21/01/2020
Assalamualaikum WR WB
Ramai yang cuba menghubungi kami tetapi tidak sempat kami membalas atas sebab Admin agak sibuk beberapa beberapa bulan yang lepas.
Maaf jikalau apa yang kami ingin sampaikan di post ini agak memeranjatkan semua.
Setelah 10 tahun kami ditubuhkan, dengan dukacitanya kami ingin mengumumkan bahawa kumpulan kompang Andika Prak Bing Bing secara rasminya telah berhenti mengambil tempahan kompang bagi tahun 2020 dan tahun-tahun selanjutnya. Keputusan ini telah kami sahkan oleh Admin sejak tahun lepas (Bulan Ramadan). Mengapa kami mengambil keputusan ini? Apa yang kami boleh "share" disini ialah tiada sebab-sebab masalah kesulitan bersama mana-mana pihak luar atau masalah kami didalam kumpulan. kami mahu merahsiakan sebabnya.
Terima kasih kepada semua pelanggan kami yang telah menempah kami untuk memeriahkan majlis anda. Sokongan anda sangat kami hargai. Mohon maaf kepada anda yang cuba menghubungi kami beberapa bulan yang lalu.
"So what's next?"
page ini akan menjadi page rasmi dikir barat Andika Kencana dalam masa yang terdekat. Ia akan memberi tumpuan untuk mempromosikan pergerakan kami secara kumpulan atau individu dan untuk lebih mendekati kumpulan kami dengan masyarakat diluar sana. Nantikan...
Sekian terima kasih.
Admin