01/08/2026
π Aktiviti di Luar Bilik Darjah yang Bermakna!
Anak-anak Pre-K seronok menjalankan aktiviti membuka pengepit baju daripada badan dan memasukkannya ke dalam bakul. Selain menceriakan suasana pembelajaran di luar bilik darjah, aktiviti ini turut membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan serta kemahiran pra-menulis, iaitu asas penting sebelum mereka belajar menulis.
Belajar bukan sekadar di dalam kelas, malah setiap pengalaman adalah peluang untuk berkembang. π