Festival Kesenian Orang Asal

Festival Kesenian Orang Asal Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Festival Kesenian Orang Asal, Arts and entertainment, Temerloh.

27/07/2025
πŸŒ™βœ¨ JOM MERIAHKAN MAJLIS TEMERLOH BERSELAWAT βœ¨πŸŒ™Sempena Festival Kesenian Peribumi Malaysia (FesKEP) 2025Ayuh warga Temerl...
17/07/2025

πŸŒ™βœ¨ JOM MERIAHKAN MAJLIS TEMERLOH BERSELAWAT βœ¨πŸŒ™
Sempena Festival Kesenian Peribumi Malaysia (FesKEP) 2025

Ayuh warga Temerloh dan sekitar Pahang, kita hayati malam penuh keberkatan bersama-sama dalam Majlis Temerloh Berselawat yang bakal diadakan sempena Festival Kesenian Peribumi Malaysia (FesKEP):

πŸ“ Dataran Temerloh, Pahang
πŸ“… l7 Julai 2025 ( Khamis) jam 8.30 malam

Sama-sama kita raikan perpaduan dan kasih sayang melalui selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, diserikan dengan kehadiran para asatizah, qasidah dan penampilan istimewa.

✨ Masuk adalah percuma
✨ Terbuka kepada semua lapisan masyarakat








πŸ“£ WARGA TEMERLOH & PAHANG, JOM RAMAI-RAMAI MERIAHKAN! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨Ayuh semua! Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Program Pela...
17/07/2025

πŸ“£ WARGA TEMERLOH & PAHANG, JOM RAMAI-RAMAI MERIAHKAN! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Ayuh semua! Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Program Pelancongan Budaya: Festival Kesenian Peribumi Malaysia (FesKEP) 2025 yang bakal berlangsung:

πŸ“… 18 – 20 Julai 2025
πŸ“ Dataran Temerloh, Pahang
πŸ•˜ 9.00 pagi – 10.00 malam

Saksikan persembahan seni warisan peribumi yang unik, pameran kraftangan, demonstrasi budaya, gerai jualan, dan pelbagai aktiviti menarik yang penuh warna-warni budaya Malaysia!

Bawa keluarga dan rakan-rakan β€” masuk adalah PERCUMA!

Jom kita raikan keindahan budaya etnik peribumi Malaysia di bumi Temerloh tercinta! πŸ’ƒπŸ½πŸŽΆπŸŒΊ









08/06/2025

Set Date Festival Kesenian Pribumi Malaysia yang akan berlangsung pada 18-20 Julai 2025 di Dataran Temerloh, Pahang.

FESTIVAL KESENIAN PERIBUMI MALAYSIA 2025 Kembali Lagi!!!Datanglah beramai-ramai ke Festival Kesenian Peribumi Malaysia 2...
27/05/2025

FESTIVAL KESENIAN PERIBUMI MALAYSIA 2025 Kembali Lagi!!!

Datanglah beramai-ramai ke Festival Kesenian Peribumi Malaysia 2025 dan Saksikan keunikan budaya pelbagai komuniti Orang Asal & Pribumi Malaysia dalam satu festival penuh warna dan warisan!

πŸŽ‰ Festival Kesenian Peribumi Malaysia 2025
πŸ“ Dataran Temerloh, Pahang
πŸ“… 18 – 20 Julai 2025

🌿 Antara yang menanti anda:
🎢 Persembahan dari pelbagai suku kaum orang asli
🎨 Pameran kraftangan dari alam
πŸ›– Demonstrasi & Pertandingan
πŸ§’ Pelbagai aktiviti Interaktif untuk disertai

πŸ’« Ayuh raikan kecantikan budaya, kekuatan warisan dan semangat komuniti peribumi dari seluruh Malaysia!









Masyarakat Orang Asli Temuan: Warisan Hutan yang TerpeliharaMasyarakat Temuan merupakan salah satu kump**an etnik Orang ...
05/05/2025

Masyarakat Orang Asli Temuan: Warisan Hutan yang Terpelihara

Masyarakat Temuan merupakan salah satu kump**an etnik Orang Asli yang mendiami Semenanjung Malaysia, khususnya di kawasan Negeri Sembilan, Selangor, Pahang dan Melaka. Mereka tergolong dalam kelompok Proto-Melayu dan terkenal dengan gaya hidup yang erat dengan alam sekitar.

Kehidupan harian mereka masih banyak berkait rapat dengan hutan seperti memburu, memancing, dan mengutip hasil hutan merupakan antara rutin yang diwarisi turun-temurun. Namun, itu tak bermakna mereka ketinggalan zaman. Kini ramai dalam kalangan masyarakat Temuan yang berjaya dalam pendidikan dan kerjaya, malah ada yang aktif memperjuangkan hak tanah adat dan pemuliharaan warisan mereka.

Bahasa Temuan sendiri masih digunakan dalam kalangan komuniti, meskipun ramai juga yang fasih berbahasa Melayu. Dari segi kepercayaan, ada yang masih berpegang kepada amalan tradisional animisme, namun ramai juga yang telah memeluk agama Islam atau Kristian. Menariknya, walau bagaimana pun peredaran zaman, adat resam dan semangat kekitaan tetap menjadi tunjang kekuatan mereka.

Makanan tradisional seperti ubi kayu, pucuk paku, dan hasil sungai sentiasa menjadi pilihan utama. Seni mereka p**a terzahir dalam anyaman, ukiran kayu, serta muzik tradisi seperti alat muzik β€œgelemoi” dan tarian ritual seperti sewang yang dipersembahkan dalam upacara tertentu.

Masyarakat Temuan ibarat nadi hutan kerana bersifat tenang, berakar kuat, dan sentiasa memberi. Mereka bukan sekadar warisan, tetapi juga penjaga alam dan budaya yang perlu kita kenali, hargai, dan pelihara.

Gambar;
Galeri Kebudayaan WCO, Cheras, Selangor









Demonstrasi Mengayam Tikar Mengkuang oleh salah seorang kaum asli di Perkampungan Orang Asli sempena Festival Kesenian P...
20/07/2024

Demonstrasi Mengayam Tikar Mengkuang oleh salah seorang kaum asli di Perkampungan Orang Asli sempena Festival Kesenian Peribumi Malaysia 2024 di Dataran Temerloh, Pahang yang berlangsung pada 19-21 Julai 2024.

Orang ramai dijemput hadir sama-sama memeriahkan program ini sehingga Ahad ini. Pelbagai jualan makanan, kraftangan dan produk-produk hutan yang telah dibawa khas oleh masyarakat orang asli ke Temerloh Pahang.

Mohh laa kite datang Temerloh wehh…

Sesi Demonstrasi Pembuatan Miniatur Makanan Orang Asli dan Mewarna Pakaian Orang Asli oleh World Culture Organisation (W...
20/07/2024

Sesi Demonstrasi Pembuatan Miniatur Makanan Orang Asli dan Mewarna Pakaian Orang Asli oleh World Culture Organisation (WCO) di Khemah Pameran JKKN sempena Festival Kesenian Peribumi Malaysia 2024 dengan menampilkan dua aktiviti utama iaitu;

Demonstrasi Pembuatan Miniatur Makanan Tradisional Orang Asli dengan menggunakan Bahan-bahan dan peralatan bagi mencerminkan menu makanan tradisional komuniti Orang Asli.

Demonstrasi Mewarna Pakaian tradisional Orang Asli p**a menggunakan teknik, warna dan corak asli untuk memperkenalkan seni tekstil Orang Asli dan menghargai keunikan dan kecantikan pakaian tradisional mereka.

Kedua-dua sesi ini telah memberi peluang kepada pengunjung untuk lebih mendalami dan memahami kebudayaan dan seni Orang Asli, selain memupuk rasa hormat dan penghargaan terhadap warisan mereka.

Address

Temerloh
28000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Festival Kesenian Orang Asal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share