RisYa Artz

RisYa Artz My art portfolio.

10/05/2025
Mohon sama-sama doakan saya berjaya melepasi ujian-ujian dalam temuduga hari ini.
09/05/2025

Mohon sama-sama doakan saya berjaya melepasi ujian-ujian dalam temuduga hari ini.

SELAMAT HARI GURU Tarikh: 22/05/2024
28/04/2025

SELAMAT HARI GURU

Tarikh: 22/05/2024

OCTarikh: 10/11/2023
28/04/2025

OC

Tarikh: 10/11/2023

28/04/2025
SENJALukisan ini menggambarkan pemandangan malam yang tenang dan damai. Terdapat sebuah rumah kecil dan berbumbung biru ...
28/04/2025

SENJA

Lukisan ini menggambarkan pemandangan malam yang tenang dan damai. Terdapat sebuah rumah kecil dan berbumbung biru gelap. Cahaya kekuningan kelihatan memancar dari tingkap-tingkapnya.
Rumah tersebut terletak di atas kawasan berumput hijau yang mengelilingi tasik dimana airnya berwarna ungu muda yang mencerminkan langit senja. Sebuah perahu kecil berwarna gelap terapung di atas permukaan air menimbulkan elemen sunyi.

Di sekeliling rumah dan tasik, terdapat tumbuh-tumbuhan renek dan pokok-pokok yang berwarna hijau, ungu dan biru tua. Langit senja dipenuhi dengan awan-awan berwarna merah jambu, ungu dan putih. Sebuah bulan sabit berwarna putih tergantung di langit, memberi impak fantasi kepada pemandangan.

Lukisan ini dihasilkan secara digital sepenuhnya menggunakan drawing tablet dan perisian Medibang.

Ukuran: 420mm x 297mm (A3)

Tarikh: 17/04/2025

PENSIL MAGIKSebuah papan cerita. A storyboard.Ukuran: 420mm x 297mm (A3)Tarikh: 19/04/2025
28/04/2025

PENSIL MAGIK

Sebuah papan cerita. A storyboard.

Ukuran: 420mm x 297mm (A3)

Tarikh: 19/04/2025

JEBON VIIIlustrasi ini merupakan poster parodi sebuah siri filem penyiasatan yang terkemuka. Ia menggambarkan siluet yan...
28/04/2025

JEBON VII

Ilustrasi ini merupakan poster parodi sebuah siri filem penyiasatan yang terkemuka. Ia menggambarkan siluet yang berlatar belakang matahari terbenam. Bulatan besar berwarna jingga menggambarkan matari yang sedang terbenam dikaki langit, terlindung sebahagiannya dengan kep**an-kep**an awan. Bahagian bawah siluet ditempatkan tipografi ‘’Jebon VII’’ iaitu nama karakter titular siri filem tersebut.

Pemandangan dilengkapi dengan siluet seekor rusa berdiri diatas tiang tembok mengaitkan poster dengan sebahagian jalan cerita filem. Di bahagian tengah p**a, terdapat siluet watak hero sedang memegang senjata api bersesuaian dengan karektornya sebagai seorang agen penyiasat.

Bahagian tanah diwarnakan dalam warna hitam yang bergerigi untuk menunjukkan rumput dan tanah yang tidak rata.

Lukisan dihasilkan menggunakan gouache sepenuhnya di atas sekeping panel kanvas.

Ukuran: 178mm x 229mm (7’’ x 9’’)

Tarikh: 23/04/2025

SEPOTONG TEMBIKAIBuah tembikai yang dipotong dan diletakkan di atas papan pemotong mampu memberikan persembahan visual y...
28/04/2025

SEPOTONG TEMBIKAI

Buah tembikai yang dipotong dan diletakkan di atas papan pemotong mampu memberikan persembahan visual yang menarik dari aspek keseimbangan warna, kontras dan tekstur. Sepotong tembikai merah terdiri dari gabungan beberapa warna yang signifikan; hijau tua, hijau muda, putih, merah, merah jambu dan hitam. Meskipun kelihatan ringkas, pengamatan yang teliti diperlukan bagi menampakkan perbezaan tekstur antara isi, kelongsong biji dan kulit tembikai.

Papan pemotong diwarnakan menggunakan warna perang untuk menampakkan permukaan ira kayu tembusu yang biasa digunakan dalam pembuatan kayu alas pemotong tradisional. Ira kayu dihasilkan dengan jalur-jalur perang yang berbeza-beza tona cerah dan gelap silih berganti secara rawak.

Potongan tembikai dan papan pemotong yang terlindung dari sumber cahaya diberikan tona yang lebih gelap dan serakan bayang-bayang yang kabur bagi menggambarkan sumber cahaya semulajadi yang tidak tertumpu.

Catan ini dihasilkan menggunakan warna gouache di atas panel kanvas.

Ukuran: 178mm x 229mm (7" x 9")
Tarikh: 25/04/2025

TIADA KELUAR MASUKSeiryū Miharashi-eki di Jepun merupakan sebuah stesen keretapi yang sangat unik kerana tiada sebarang ...
28/04/2025

TIADA KELUAR MASUK

Seiryū Miharashi-eki di Jepun merupakan sebuah stesen keretapi yang sangat unik kerana tiada sebarang pintu dan laluan keluar masuk untuk penumpang disediakan. Ia sekadar sebuah binaan kecil yang dikhususkan untuk para penumpang keretapi singgah berehat dan menikmati keindahan alam semulajadi di sekeliling stesen ini.

Sudut pandangan yang hampir berserenjang dengan landasan keretapi dipilih bagi mendapatkan kesan perspektif di samping menyerlahkan kehijauan kawasan berbukit sebagai latar belakang. Stesen dan keretapi dilukis dengan garisan-garisan yang tajam dan halus seakan-akan subjek utama telah ditempatkan pada titik fokal lensa kamera, manakala latarbelakang diberikan kesan bokeh atau kabur memberikan ekspresi ia berada jauh dari titik fokus lensa.

Lukisan pemandangan perspektif ini dihasilkan secara digital sepenuhnya menggunakan drawing tablet, dan perisian Medibang dan GiMP untuk imej raster, manakala Inkscape untuk grafik vektor.

Ukuran: 420mm x 297mm (A3)

Tarikh: 25/04/2025

Address

Bandar Baru Lagenda
Teluk Intan
36000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RisYa Artz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category