FaktaHaus

FaktaHaus FaktaHaus — tempat di mana cerita pelik, kisah benar, dan ending paling tak dijangka jadi hidup. Bukan auta, cuma peliknya nyata.

Kami bawakan dokumentari pendek tentang sejarah pelik, fakta luar biasa, dan kisah sebenar yang sukar dipercayai. FaktaHaus ialah destinasi utama untuk anda yang dahagakan cerita pelik, kisah benar, dan ending paling tak dijangka. Di sini, setiap video membawa anda menyelami dunia sejarah pelik, peristiwa sebenar yang jarang dibongkar, serta kisah yang buat anda tertanya—betul ke ni? Kami gabungka

n gaya dokumentari moden dengan penceritaan yang penuh intrik dan sentuhan humor halus, menjadikan setiap fakta lebih menarik, setiap misteri lebih hidup. Dari lawak gelap hingga barang viral, FaktaHaus menghidangkan sisi realiti yang tak selalu diceritakan — tapi wajib anda tahu. Kalau anda suka konten yang buat minda berfikir dan emosi terkejut, FaktaHaus ialah “rumah” anda.
📺 Langgan sekarang, dan bersedia untuk rasa haus akan fakta yang seterusnya.

Shout out to my newest followers!  Welcome aboard new FaktaHauser!! Excited to have you onboard! Riziqin Hakim, Mamath Z...
12/11/2025

Shout out to my newest followers! Welcome aboard new FaktaHauser!! Excited to have you onboard! Riziqin Hakim, Mamath Zultifad, Ahmad Taleem, Bard Jb-kl, Nik Basyir

📺 Kau tahu tak? Evolusi Televisyen ni gila jauh beza!🕰 1950-an:Televisyen masa ni hitam putih, berat hampir 30 kilogram,...
11/11/2025

📺 Kau tahu tak? Evolusi Televisyen ni gila jauh beza!

🕰 1950-an:
Televisyen masa ni hitam putih, berat hampir 30 kilogram, dan guna tiub katod (CRT).

Waktu tu, satu rumah biasanya kongsi satu TV je siaran pun cuma beberapa saluran.

Kalau hujan ribut, jangan harap nak tengok gambar jelas antenna kena pusing manual tak pun kena hentak-hentak sikit atas TV tu 🤣

🎞 1970–1980-an:
Teknologi warna mula diperkenalkan. TV dah jadi lebih kecil tapi masih tebal.

Dekat Malaysia, zaman ni TV hitam putih masih banyak, tapi orang dah mula beralih ke TV warna Sharp, Sony, National (Panasonic).

Kalau kau ingat butang pusing channel tu — ha, zaman ni la! Geng² Gen Z mmg tak merasa televisyen macam ni..

💿 1990–2000-an:
Era VHS, Astro, dan DVD.
TV CRT jadi makin nipis sikit dan mula ada remote control.

Siaran dah banyak, dan filem Hollywood mula memenuhi ruang tamu rakyat Malaysia.
Tapi berat dia masih boleh patahkan kabinet kalau jatuh. 😅

🖥 2010–Sekarang:
Masuk era LCD, LED, OLED dan kini Smart TV.
TV dah ultra nipis, ringan, dan boleh sambung WiFi.

Dulu antena wajib, sekarang Netflix, YouTube, dan Disney+ dah ganti semua tu nak tak nak kena ada sambungan internet.

Kualiti gambar pun dari 480p naik ke 8K gila tajam sampai nampak liang pori-pori pelakon! 🤯

Dan siapa sangka, dulu satu saluran je pun dah seronok… sekarang TV dah jadi komputer mini.
Dunia berubah, tapi satu benda kekal orang masih s**a tengok cerita.

📞 Kau tahu tak?Telefon bimbit pertama dunia iaitu Motorola DynaTAC 8000X (1983)  berat dia lebih 1 kilogram! 😳Bateri tah...
11/11/2025

📞 Kau tahu tak?

Telefon bimbit pertama dunia iaitu Motorola DynaTAC 8000X (1983) berat dia lebih 1 kilogram! 😳

Bateri tahan tak sampai sejam, tapi nak caj ambil masa 10 jam. ⚡

Masa tu harga dia lebih RM15,000 kalau ditukar dengan nilai sekarang.

Dan yang paling lucu, fungsi dia cuma buat panggilan! itu je wey! ☎️

Hari ni, dalam satu telefon, kau boleh ambil gambar 200MP, edit video 4K, buat pembayaran, malah cipta konten global. 🌍

Teknologi bukan sekadar berkembang, dia semakin mengecil tapi jadi makin hebat. 🔥

💡 Kau tahu tak?Komputer pertama dunia, ENIAC (1945), sebesar sebuah bilik darjah dan berat lebih 27 tan! 😳Tapi kuasa pro...
11/11/2025

💡 Kau tahu tak?
Komputer pertama dunia, ENIAC (1945), sebesar sebuah bilik darjah dan berat lebih 27 tan! 😳
Tapi kuasa proses dia... jauh lebih perlahan daripada smartphone dalam poket kau sekarang. 📱

Masa berlalu, komputer berubah dari mesin raksasa jadi cip sekecil kuku.
Dulu 1 kalkulasi ambil masa beberapa saat, sekarang berjuta-juta operasi berlaku dalam satu detik. ⚡

Dan kalau kau nak tahu, laptop moden hari ni ada lebih kuasa pemprosesan daripada komputer NASA yang hantar manusia ke bulan tahun 1969. 🌕🚀

Teknologi tak tunggu sesiapa.
Yang dulu mustahil, sekarang boleh duduk atas meja kau.

Selamat pagi semua pengikut FaktaHaus 🌤️Hari ni tarikh 11 November dan ada satu fakta menarik yang berlaku pagi-pagi har...
10/11/2025

Selamat pagi semua pengikut FaktaHaus 🌤️

Hari ni tarikh 11 November dan ada satu fakta menarik yang berlaku pagi-pagi hari pada tarikh ini:

Pada pukul 5 pagi pada 11 November 1918, pihak Armistice of 11 November 1918 menandatangani gencatan senjata antara Tentera Berikat dan Jerman untuk menghentikan peperangan dalam First World War.

Kemudian, pada jam 11 pagi di hari yang sama, peperangan secara rasmi dihentikan.. Disebabkan itulah peribahasa “pada jam ke-11, hari ke-11, bulan ke-11” digunakan.

Jadi, hari ini bukan sekadar hari biasa. Ia mengingatkan kita bahawa setiap pagi baru adalah peluang baharu peluang untuk berhenti, refleksi, dan mula semula dengan penuh semangat.

Jadi hari ni… ambil nafas dalam-dalam, hargai detik hari ini, dan fikir: “Apa yang aku boleh hentikan hari ini supaya boleh start semula dengan lebih baik esok?”

Have a good one, geng FaktaHaus! 💪✨

🚗 Kau tahu tak?Kalau kau hidup sampai umur 70 tahun, secara purata kau dah habiskan lebih 4 tahun hidup hanya untuk dudu...
10/11/2025

🚗 Kau tahu tak?
Kalau kau hidup sampai umur 70 tahun, secara purata kau dah habiskan lebih 4 tahun hidup hanya untuk duduk dalam kereta. 😱

Tak kisah la kau tengah memandu, terperangkap dalam trafik, atau tunggu lampu isyarat semua tu dikira sekali.
Maknanya, dalam seumur hidup… 4 tahun tu hilang atas jalan.

Dan yang lagi gila, enjin kereta moden boleh hasilkan suhu lebih 1,000°C cukup panas untuk cairkan logam aluminium! 🔥

Lepas ni bila kau start enjin pagi-pagi, ingat… mesin tu bukan biasa-biasa.
Dia hasil sains yang gila hebat tapi makan masa hidup kau tanpa sedar. ⏳

🧠 Kau tahu tak?Otak manusia cuma mewakili 2% daripada berat badan, tapi dia guna hampir 20% tenaga seluruh tubuh setiap ...
10/11/2025

🧠 Kau tahu tak?
Otak manusia cuma mewakili 2% daripada berat badan, tapi dia guna hampir 20% tenaga seluruh tubuh setiap hari! ⚡

Bayangkan, benda sekecil tu la yang kawal semua keputusan, emosi, dan ingatan dalam hidup kita dari rasa lapar, jatuh cinta, sampai la mimpi waktu tidur.

Yang lagi menarik, bila kita belajar benda baru, otak kita betul-betul ubah bentuk sambungan neuron akan tumbuh dan kuatkan “laluan maklumat” baru tu. 🔄

Jadi kalau kau rasa otak dah penat belajar… sebenarnya, dia tengah berotot dan jadi lagi power. 💪

🌤 Selamat Pagi, FaktaHauser!Maaf ya sebab seminggu ni FaktaHaus senyap sikit... 😅 Ada urusan penting yang tak dapat diel...
10/11/2025

🌤 Selamat Pagi, FaktaHauser!

Maaf ya sebab seminggu ni FaktaHaus senyap sikit... 😅 Ada urusan penting yang tak dapat dielakkan, tapi jangan risau kami dah kembali beraksi! 💪

Dalam masa terdekat ni, bersedia untuk fakta-fakta baru yang lagi pelik, lagi mind-blowing, dan confirm buat kau terfikir dua kali… 🤯

✨ Kadang diam tu bukan berhenti cuma tengah kumpul tenaga untuk datang balik dengan sesuatu yang lagi gempak!

🌤️ Selamat Pagi!Setiap pagi sebenarnya mempunyai bau tersendiri hasil kombinasi ozon, minyak tumbuhan, dan geosmin (seba...
06/11/2025

🌤️ Selamat Pagi!
Setiap pagi sebenarnya mempunyai bau tersendiri hasil kombinasi ozon, minyak tumbuhan, dan geosmin (sebatian kimia dari tanah basah) yang terhasil bila udara mula lembap selepas malam.
Sebab tu bau udara pagi tu lain macam… rasa segar, tenang, dan buat otak kita lebih fokus untuk mula hari baru 💭☕

✨ Fakta pagi: Kajian dari University of Toronto mendapati otak manusia paling aktif dalam membuat keputusan antara jam 8:00–11:00 pagi sebab tahap kortisol sedang tinggi dan bantu tumpuan.

🎉 Just completed level 3 and I'm so excited to continue growing as a creator on Facebook!
05/11/2025

🎉 Just completed level 3 and I'm so excited to continue growing as a creator on Facebook!

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard! Nur Syazwani Samsudin, Hasrul Yohops, Roy Ek, Mia Anie Al...
05/11/2025

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard! Nur Syazwani Samsudin, Hasrul Yohops, Roy Ek, Mia Anie Alex, Correnna Jereman, Anna Nursery, Muhd Firdaus, Abdul Rashid Abdullah, Yunus Yusuf, Ninaa Naa, Pentol Mirul, Tha Golik, Mohamad Firdaus Muhaini, Zain, Mardiana Ana

03/11/2025

Kau tahu tak?

Langit yang kita nampak biru setiap hari tu… sebenarnya tak berwarna pun.

Cahaya matahari tu bukan sekadar putih. Dalam cahaya putih tu ada semua warna merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Bila cahaya tu masuk ke atmosfera bumi, dia akan bertembung dengan berjuta-juta molekul udara.

Dari situ lah terjadinya satu fenomena yang saintis panggil Rayleigh Scattering.

Warna biru dan ungu ni ada gelombang pendek, jadi dia lebih mudah tersebar ke seluruh arah, berbanding warna merah atau kuning yang gelombangnya panjang. Tapi sebab mata manusia ni lebih sensitif pada warna biru, kita nampak langit tu berwarna biru padahal hakikatnya udara tu jernih.

Bila waktu matahari terbit atau terbenam, cahaya kena lalu lapisan udara yang lebih tebal. Semua warna biru dah tersebar jauh sebelum sampai ke mata kita, tinggal warna merah dan jingga je yang mampu tembus. Itu sebab langit waktu senja nampak oren kemerahan yang cantik tu.

Dan kalau kau berdiri atas bulan, langitnya hitam pekat walaupun matahari tengah bersinar sebab kat sana tak ada atmosfera nak hamburkan cahaya. 🌑

💬 Soalan FaktaHaus:
Pernah tak kau tengok langit waktu senja sampai rasa tenang gila?
Cuba komen kau team Langit Biru ke Langit Senja? 😎👇

🧠 Bukan auta, cuma peliknya nyata.

Address

Tawau
91007

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FaktaHaus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to FaktaHaus:

Share