MyTawau

MyTawau tawau online community

Hebahan,HIMPUNAN PEMUDA SELAWAT"Belia Bersama Ulama & Umara"Sempena Hari Malaysia17 September 2026 (Khamis)6 malam - 10 ...
16/09/2026

Hebahan,

HIMPUNAN PEMUDA SELAWAT
"Belia Bersama Ulama & Umara"
Sempena Hari Malaysia

17 September 2026 (Khamis)
6 malam - 10 malam
Surau Al-Firdaus, Kompleks Sukan Tawau

Muslimin & muslimat Di jemput Hadir

Sollu alan Nabiy๐Ÿค

Sebarkan, syiarkan & bantu share

TAWAU: Lebih 1,000 wanita dari seluruh Sabah membanjiri Grand Ballroom, Borneo Royale Hotel Tawau, semalam bagi menjayak...
27/08/2026

TAWAU: Lebih 1,000 wanita dari seluruh Sabah membanjiri Grand Ballroom, Borneo Royale Hotel Tawau, semalam bagi menjayakan program Wanita Luar Biasa: Inspirasi Mempesona, sebuah program pemerkasaan wanita yang menghimpunkan perkongsian inspirasi, kekuatan rohani dan pengalaman kehidupan.

Program anjuran Pertubuhan Aspirasi Komuniti Sabah (AKSI) itu dirasmikan oleh Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Rina Jainal.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli p**a menyampaikan amanat khas dan ucaptama yang mengangkat peranan wanita sebagai tonggak kekuatan keluarga, masyarakat dan negara.

Dalam ucaptamanya, beliau menekankan bahawa wanita yang luar biasa bukanlah wanita yang tidak pernah diuji, tetapi wanita yang terus memilih untuk bangkit, memperbaiki diri dan melangkah dengan keyakinan kepada Allah SWT.

Beliau turut mengajak para peserta melihat ibadah, khususnya solat, bukan sekadar sebagai kewajipan, tetapi sebagai sumber kekuatan untuk mengurus emosi, menghadapi tekanan dan membina ketahanan diri ketika berdepan cabaran kehidupan.

Program ini turut menampilkan sesi bicara selebriti โ€œDi Sebalik Pesonaโ€ bersama personaliti terkenal tanah air, Diana Rafar dan Fara Fauzana, dengan Vanidah Imran sebagai pengacara.

Menerusi perkongsian yang dekat dengan realiti kehidupan, kedua-dua panel berkongsi sisi perjuangan di sebalik kejayaan, termasuk pengalaman berhadapan ujian, tekanan dan proses membina semula kekuatan diri. Sesi tersebut membawa mesej bahawa setiap wanita mempunyai kisah dan perjuangannya sendiri yang wajar dihargai.

Program ini juga menjadi wadah untuk menyatukan wanita daripada pelbagai latar belakang dalam suasana saling menyokong, menginspirasi dan memperkasakan antara satu sama lain.

Penganjuran program ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang memberi perhatian kepada pembangunan insan, kesejahteraan keluarga dan pemerkasaan wanita secara menyeluruh. โ€” AlHijrah Online

KERATAN AKHBAR PILIHAN: ROKOK SELUDUP BERNILAI RM500,000 DIRAMPAS DI TAWAUTawau, 26 Ogos 2026 - Pasukan Polis Marin (PPM...
27/08/2026

KERATAN AKHBAR PILIHAN: ROKOK SELUDUP BERNILAI RM500,000 DIRAMPAS DI TAWAU

Tawau, 26 Ogos 2026 - Pasukan Polis Marin (PPM) merampas rokok seludup bernilai lebih RM500,000 dalam serbuan di jeti Kampung Sri Aman, di sini, awal Isnin lalu.

Dalam operasi pada jam 2.20 pagi itu, pegawai marin menghampiri sebuah bot tanpa nombor pendaftaran yang dilihat mencurigakan untuk pemeriksaan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Ahmad Amri Abd Rahman berkata, pemeriksaan mendapati dua jenama rokok tidak bercukai bernilai RM375,000 dan RM86,400.

"Dua bot gentian kaca dan dua enjin bot turut dirampas, menjadikan keseluruhan nilai rampasan RM601,400," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Daily Express seperti di lampiran.

27/08/2026

๐ŸŽถโœจ TAWAU, ARE YOU READY?! โœจ๐ŸŽถ
The vibes are about to go UP! ๐Ÿ”ฅ
TAWAU MUSIC FEST 2026 is coming your way! ๐ŸŽธ๐ŸŽค๐Ÿ’ƒ๐Ÿป
๐Ÿ“… 28/08/2026 โ€“ 31/08/2026
๐Ÿ“ Tapak Swasta, Sabindo
(Berhadapan Sabindo Plaza)
Bring your besties, bring your energy & letโ€™s make some noise! ๐Ÿชฉ๐Ÿ”ฅ
See you there, Tawau! ๐ŸŽถ๐ŸคŽ

Monumen kebangsaan di Jalan Chester Tawau. Selamat hari kebangsaan ke69 Tahun.
26/08/2026

Monumen kebangsaan di Jalan Chester Tawau. Selamat hari kebangsaan ke69 Tahun.

The Tropical Rainforest Run 2026 diadakan pada 20 September 2026 bertempat Tawau Hills Park, Sabah. berbaki 6 hari untuk...
14/08/2026

The Tropical Rainforest Run 2026 diadakan pada 20 September 2026 bertempat Tawau Hills Park, Sabah. berbaki 6 hari untuk pendaftaran 28km dan 10km.

14/08/2026

Semoga kita semua mendapat rahmat, keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT di hari Jumaat ini.

05/08/2026

Semoga pagi ini membawa ketenangan, kelapangan dalam rezeki, kesihatan yang baik dan urusan yang di permudahkan.

Muzik adalah singkatan dari emosi
04/08/2026

Muzik adalah singkatan dari emosi

PEMUZIK DARI KAMPUNG HIDAYAT TAWAU CURI PERHATIAN WARGA TIKTOK

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, hampir setiap hari saya terlihat video jamming sebuah band anak muda yang bersiaran secara Tiktok Live dari sebuah rumah atas air. Bagi masyarakat Sabah, pemandangan seperti ini mungkin sudah biasa. Namun bagi saya, ada sesuatu yang cukup menarik untuk diperhatikan dan dihebahkan pada dunia.

Apa yang mencuri perhatian saya bukanlah lokasi mereka bermain muzik, tetapi konsistensi dan semangat yang ditunjukkan oleh anak anak muda ini. Hampir setiap hari, mereka akan upload video jamming santai di kaki lima rumah sambil berinteraksi dengan penonton di TikTok Live.

Rasa ingin tahu ini akhirnya membawa saya menjejaki mereka. Rupanya mereka ini berasal dari Kampung Hidayat, Batu 4, Jalan Apas, Tawau. Mereka menggunakan nama IRAMA BAND dan aktif di TikTok menerusi akaun IRAMA STUDIO.

Kump**an ditubuhkan pada awal tahun 2025 dan dianggotai oleh Wan, Mal Reen, Ree, Din, Ajmi, Bhen, Laysing, Diey, Sham serta Bear. Line up kump**an ini agak ramai dengan posisi yang sentiasa bertukar ganti.

Apa yang bermula sekadar aktiviti suka-suka, kini mula mendapat perhatian ramai. Setiap kali live di TikTok, mereka menerima pelbagai kata-kata semangat daripada penonton. Ada yang mengirim gift dan tidak ketinggalan rekues lagu untuk dimainkan secara langsung di live seterusnya.

Aktiviti muzik yang mereka adakan di kawasan rumah atas air itu mendapat kerjasama baik daripada jiran-jiran sekitar. Setakat ini, mereka belum menerima sebarang aduan negatif. Mereka juga sentiasa menghormati waktu solat dengan menghentikan sesi jamming apabila tiba waktunya.

IRAMA BAND belum merancang untuk menghasilkan lagu sendiri. Namun mereka terbuka untuk sebarang kerjasama daripada individu, organisasi atau pihak yang ingin membantu mengembangkan lagi bakat anak-anak muda Kampung Hidayat ini.

Dalam dunia media sosial yang sentiasa bergerak pantas, semangat yang ditunjukkan oleh IRAMA BAND membuktikan bahawa minat, kesungguhan dan sokongan komuniti masih mampu melahirkan sesuatu yang positif. Siapa tahu, dari kaki lima rumah atas air inilah lahirnya satu lagi nama besar yang bakal mewarnai landskap muzik Sabah pada masa akan datang.

Cuti Umum bulan Ogos 2026 ๐Ÿ•Œ 25 Ogos (Selasa): Maulidur Rasul ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 31 Ogos (Isnin): Hari Kebangsaan.
02/08/2026

Cuti Umum bulan Ogos 2026
๐Ÿ•Œ 25 Ogos (Selasa): Maulidur Rasul
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 31 Ogos (Isnin): Hari Kebangsaan.

Address

Tawau
91007

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MyTawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share