12/02/2020
Minta jasa baik akak2 yang cantik manis lagi menawan untuk share post ini di wall masing2 ye.
***************************************************************************************
Sempena Majlis Perasmian The Tunku Azizah Handmade Market, kami akan menyediakan WORKSHOP JAHITAN KREATIF SECARA PERCUMA sahaja buat semua pengunjung yang hadir. Kami berharap, melalui workshop ini anda semua dapat merasai kenikmatan sebenar seni jahitan kreatif disamping dapat mempelajari ilmu baru yang sangat berguna dan praktikal dalam kehidupan seharian.
Untuk slot ini, kami juga menyediakan bengkel jahitan upcycle. Kenapa kami menitikberatkan upcycle? Tak lain tak bukan adalah kerana Bumi ini kita nak guna lama. Kita nak wariskan Bumi ini kepada generasi akan datang. Sebab itulah upcycle ini penting supaya kita dapat kurangkan pencemaran alam. Bukan saja untuk alam, tapi upcycle juga sebenarnya dapat mencetus kreativiti dan menjimatkan wang. Sebenarnya, pakaian2 kita yang sudah tidak digunakan lagi, jika ditambah dengan sedikit sahaja usaha + keinginan + kreativiti, macam2 yang boleh kita buat. Contohnya baju yang tak pakai tu, kita ubahsuai sikit je dah boleh jadi beg. Kalau nak buang pon boleh tapi adakah itu satu tindakan yang bijak? Jawab sendiri la ye… Jadi sekiranya anda seorang yang mencintai alam sekitar, rajin dan ingin menjadi kreatif, disinilah tempat yang paling sesuai untuk anda.
Selain dari workshop ni, apa lagi menarik sepanjang program? Ada banyal lagi yang menarik sebenarnya. Ini senarai yang menarik sepanjang program. Teruskan baca sampai habis ye:
200 booth jualan produk kraf tangan handmade.!
Seramai 200 orang crafter dari seluruh Malaysia akan berkampung disini. Mereka akan membuka booth jualan produk yang mereka sendiri hasilkan. Ada macam2 kumpulan crafter disini. Ada yang dari kumpulan OKU, orang asli, ibu tunggal, suri rumah, warga emas dan kanak-kanak. Crafter paling muda disini berumur 7 tahun (ini kita panggil Little Artisan) dan yang paling senior umur dalam 70 lebih.
Pameran karya seni jahitan kreatif.!
Pelbagai karya seni jahitan akan dipamerkan sepanjang program. Ada patchwork, Applique, Quilting, sulaman dan macam2 lagi. Tapi karya yang paling menarik nak dikongsikan disini ialah karya Guinness World of Records iaitu Beg Terbesar di Dunia dan Bunga Fabrik Paling Banyak di Dunia. Beg ni memang besar boleh muat hampir 3 buah kereta Myvi. Bunga fabrik ni pulak kita dah hias jadi Asma ul Husna, kaligrafi tulisan Cina dan macam2 hiasan lagi. Kalau nak tengok boleh la datang ke pameran ye… Masuk percuma sahaja.
Crazy Sales a.k.a Jualan Hebat.!
Pelbagai aksesori jahitan akan dijual dengan harga yang murah-murah sahaja. Kepada crafter dan juga tukang jahit diluar sana, ini adalah peluang terbaik untuk mendapatkan bekalan jahitan anda.
Ini saja lah dulu untuk hari ini… Ada banyak lagi nak kongsi tapi tunggu posting yang seterusnya ye… Jangan lupa like dan share di wall masing2 sebagai tanda sokongan kepada kami dan juga crafter2 yang membuka booth jualan mereka…
******************************************************************************************
Anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program kami:
The Tunku Azizah Handmade Market
27 Feb – 1 Mac 2020
Sky Park@One City USJ, Subang Jaya.