24/07/2025
Hebahan: Pameran sedang berlangsung sekarang
-------------------------------
Pameran EEW 2025 kini dibuka:
Lokasi:
Galeri Shah Alam
Durasi Pameran:
21 Julai - 28 Ogos 2025
Waktu Lawatan:
Di buka ISNIN - AHAD, 10.00 am - 5.00 pm.
Tutup pada cuti umum
Pengumuman:
Pameran Fotografi Ekspresi Emosi Warna 2025 di Galeri Shah Alam akan bermula pada 21 Julai hingga 28 Ogos 2025. Kita bawakan 100 karyawan fotografi dari kump**an ASFON WP (fotografer professional tempatan) dan FOKUS UiTM (Alumni UiTM) untuk mempamer dan menjual karya masing-masing di gelanggang Galeri Shah Alam.
Tahniah karyawan EEW dari ASFONWP kerana telah sama-sama komited dari segi masa dan wang ringgit untuk menjayakan pameran EEW 2025 ini. Kita maju selangkah lagi kegelanggang yang lebih mencabar dalam satu kump**an. Kita juga ada nama-nama besar dalam dunia fotografi yang turut mempamerkan karya mereka; Yusoff Othman, Prof. Dr. Mustaffa halabi Azahari, Nik Ridzuan, Din Arshad, Soraya Yusof Talisman, Alex Mo, Ali Shamsul Bahar, Raja Kamal, Amri Ginang dan 90 karyawan lain yang tidak kurang hebatnya.
Kita ada pelbagai program fotografi yang akan berlangsung di setiap hujung minggu sepanjang bulan pameran yang akan diumumkan dari masa ke semasa. Semua pengemar seni melihat dijemput hadir untuk meraikan dan belajar bersama.
Klik pada pautan di bawah untuk informasi selanjutnya tentang pameran ini:
https://shorturl.at/sWK2v
https://shorturl.at/sWK2v
Pameran dan pertandingan fotografi EEW 2025 ini telah mendapat tajaan dari SONY Malaysia dan Balai Seni Visual Negara. Kita jumpa di Galeri Shah Alam ya sahabat-sahabat.
ps: Syabas kepada Karyawan ASFONWP EEW 2025 dan goodluck! untuk pertandingan gambar terbaik nanti. Respect!