Koreografi Bara

Directions Website Contact the establishment

Koreografi Bara Koreografi Bara by Sallymatsuda | Visual documentary of the Tualang Tree of Pedu Forest Reserve ecosystem.

Exploring science, harvest ethics and the dance between embers and wild bees. A travel addict, an explorer at heart, a photographer, a storyteller and a very curious person

The obsession for the electrifying tallest tree continue. Thanks Md Aziman Abd Aziz for this shoot taken during KLPF 202...
04/09/2026

The obsession for the electrifying tallest tree continue. Thanks Md Aziman Abd Aziz for this shoot taken during KLPF 2026.

Koreografi Bara: "Turun Hitam Manis"Ember Choreography: "Turun Hitam Manis"This collection of photos were exhibited at K...
27/08/2026

Koreografi Bara: "Turun Hitam Manis"
Ember Choreography: "Turun Hitam Manis"

This collection of photos were exhibited at Kuala Lumpur Photography Festival KLPF on 21st to 23rd August 2026. As the exhibition ended I would like to sell the prints to whomever interested to 'home' aka 'own ' my Koreografi Bara collection.

Medium: Gallery-Grade UV Pigment Ink on Archival Rigid Polymer Panel, Sealed with a Clear Acrylic Shield Finish.

I am selling this collection at a bargain price and I am accepting order for print in any requested size and medium.

Artist Statement:

In the quiet of the night beneath the Pedu forest canopy, the striking of the Mentawan torch (bintang) releases a sudden cascade of embers that breaks the darkness. Swarming alongside the falling embers, thousands of Apis dorsata guard bees surge toward the sparks of light, accompanied by the traditional call "Turun Hitam Manis". Standing beneath the towering Tualang tree, my camera may have captured a quiet conversation between nature and man, as if the tree itself was conveying a simple message through lines of light.
To the naked eye, the sparks may seem ordinary, fleeting in a split second. Yet through a slow shutter camera technique, those light trails are captured, forming unique patterns and shapes. Each path of embers is shaped by the height of the branches, the stroke of the harvester, and the unseen breath of the night wind. These brief sparks seem to hold a secret code, a quiet pledge from the canopy, softly calling for its survival.
Stripped of narrative text, this 6 piece installation invites us to appreciate the beauty born from hardship: the courage of traditional harvesters, the vulnerable nature of the Tualang bees that must be protected, and the resilience of the rainforest. These lines of light are not merely play on fire; they are a gentle reminder for us to learn to love, respect, and preserve the Tualang tree before it fades into time.

Dalam keheningan malam di bawah kanopi hutan Pedu, ketukan jamung Mentawan (bintang) membebaskan guguran percikan bara yang memecah kegelapan. Bersama kejatuhan bara itu, ribuan lebah tentera Apis dorsata meluru menyambut percikan cahaya, diiringi laungan adab "Turun Hitam Manis". Berdiri di bawah pokok Tualang yang tinggi menjulang, kamera saya mungkin telah merakam satu perbualan sunyi antara alam dan manusia, seolah olah pokok itu sendiri sedang menyampaikan pesanan ringkas melalui garisan cahaya.
Jika dilihat dengan mata kasar, percikan api itu mungkin kelihatan biasa dan berlalu pergi dalam sesaat. Namun melalui teknik kamera slow shutter, garisan cahaya itu terperangkap lalu menghasilkan pelbagai corak dan bentuk yang unik. Setiap laluan bara dibentuk oleh ketinggian dahan, hayunan penuai, dan tiupan angin malam. Percikan api yang singkat ini seakan menyimpan satu kod rahsia, satu ikrar sunyi dari rimba yang merayu untuk terus dipelihara.
Tanpa sebarang teks cerita, 6 keping gambar ini mengajak kita menghayati keindahan yang lahir daripada kepayahan: keberanian penuai tradisional, sifat lebah Tualang yang perlu dijaga, dan ketahanan rimba. Garisan cahaya ini bukan sekadar gambar mainan api, ia adalah peringatan halus supaya kita belajar menyayangi, menghormati, dan menjaga pokok Tualang sebelum ia hilang ditelan zaman.

— Salliza Salleh

26/08/2026

Memahami proses penghasilan Koreografi Bara dari atas pokok Tualang dan hasil terakhir adalah madu asli dari lebah liar Apis dorsata di hutan simpan Pedu, Tasik Pedu, Kedah.

25/08/2026

Menuai Madu Tualang Tasik Pedu untuk musim 2026.

Obsesi saya dengan pokok Tualang bersambung lagi di musim 2026. Betullah setelah saya kaji secara mendalam sebenarnya saya seorang yang 'obses pada pokok' and people who are obsessed with trees are called 'dendrophiles' ... tapi saya bukan arborists.

Cabaran kali ini ialah mengikuti kump**an penuai madu legend ini sambil berpuasa di bulan Ramadhan. Selama 10 hari saya berkampung dan berpuasa bersama kump**an ini di Tasik Pedu Pedu Lake memerhatikan dan hiking keluar masuk hutan sambil petik kamera. Apo nak di kata ... prinsip saya 'FINISH WHAT EVER YOU START'. Dengan cuaca panas dan tak tido malam sepanjang aktiviti menuai ... alhamdullilah saya survive hidup lagi, rupanya boleh je hidup kan.

Tapi, pada masa itu saya kurangkan aktiviti 'curiousity' saya ke tahap minimal untuk fokus ambil gambar dan observing storytelling saja. Minimal social media post, minimal main phone , rehat sambil main dengan beruk dan burung-burung di p**au Che Hat, Tasik Pedu hahah just be in the moment with the team. Kalau ingat balik suasana masa tu terasa rindu p**a walaupun separuh nyawa dah gantung kat dahan pokok ... giler penat weh.

Masa tu dalam fikiran saya ... sikit saja lagi ni Sally, In Sha Allah boleh cover cerita yang mahu saya hasilkan, rupanya akan sentiasa ada cerita yang menarik bersambung-sambung untuk musim akan datang sampailah saya bertukar menjadi Tarzan di hutan Pedu agaknya baru selesai cerita yang mahu direka.

Perjalanan cerita merakam ini saya kumpulkan dalam snippet video Menuai Madu Tualang di Tasik Pedu musim 2026 ini. Tahun ini yang menarik ialah kami fokus pada 1 pokok sahaja dan setiap malam akan berulang-alik menaiki bot utk ke pokok Tualang. Pengalaman bergerak di atas tasik di dalam gelap gelita sambil memandang berjuta bintang di langit ialah moment paling best untuk saya. Kisah dalam hidup ini akan datang dan pergi, bila kita rakam hari ini In Sha Allah akan kita wariskan untuk hari esok.

10 keping gambar bersiri untuk pameran Apa Khabar Malaysia di Kuala Lumpur Photography Festival KLPF 2026 adalah tentang...
25/08/2026

10 keping gambar bersiri untuk pameran Apa Khabar Malaysia di Kuala Lumpur Photography Festival KLPF 2026 adalah tentang sekump**an anak jati Kedah yang diketuai oleh Mazlizam Mustafa yang telah lebih separuh abad menuai madu Tualang dari 2 batang pokok Tualang di hutan simpan Pedu, Kedah. Untuk pameran ini saya fokuskan kepada proses penghasilan Koreografi Bara. Saya kongsikan di sini untuk sama-sama kita hayati.

Address

Subang Jaya
47600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koreografi Bara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Koreografi Bara:

Shortcuts

Share

Category