KD PERANTAU

KD PERANTAU KD PERANTAU one of the Royal Malaysian Navy Hydrographic Survey Vessel. She was commissioned on 12 Oct 1998.

๐—๐—˜๐—๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ ๐—ช๐—”๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ ๐——๐—œ ๐—•๐—จ๐—ž๐—œ๐—ง ๐—ฅ๐—”๐—›๐— ๐—”๐—ก ๐Ÿฅพโ›ฐ๏ธSemangat kebersamaan terus diperkukuhkan apabila Perantau Wanderers Crew 151...
11/08/2026

๐—๐—˜๐—๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ ๐—ช๐—”๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ ๐——๐—œ ๐—•๐—จ๐—ž๐—œ๐—ง ๐—ฅ๐—”๐—›๐— ๐—”๐—ก ๐Ÿฅพโ›ฐ๏ธ

Semangat kebersamaan terus diperkukuhkan apabila Perantau Wanderers Crew 151 berjaya menamatkan misi pendakian ke Bukit Rahman, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

Program ini bukan sekadar aktiviti riadah, malah menjadi platform untuk meningkatkan kecergasan fizikal, membina ketahanan mental serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan setiap warganya. Setiap langkah yang diatur melambangkan semangat berpasukan, disiplin dan komitmen yang menjadi teras kekuatan warga KD PERANTAU.

Terima kasih kepada semua Perantau Wanderers yang telah menterjemahkan semangat kekeluargaan dalam menjayakan program ini. Semoga semangat Perantau Wanderers terus membara dalam setiap cabaran dan penugasan yang dihadapi.

Keep it up PERANTAU Wanderers Crew 151!!!





๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง: ๐—๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—น๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ถ ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ตPegawai Memerintah KD PERANTAU telah menerima kunjungan hormat ...
04/08/2026

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง: ๐—๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—น๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ถ ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ต

Pegawai Memerintah KD PERANTAU telah menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Memerintah kapal-kapal TLDM yang berpangkalan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, melibatkan KD SELANGOR, KD KEDAH, KD RENCONG dan KD SUNDANG.

Kunjungan ini menjadi platform bagi mengeratkan hubungan silaturahim, memperkukuh jalinan profesional serta mempertingkatkan kerjasama antara Pegawai-Pegawai Memerintah dalam usaha memperkasakan kesiapsiagaan dan kecemerlangan operasi TLDM.

Semoga hubungan erat yang terjalin ini terus menjadi pemangkin kepada semangat kebersamaan dan kerjasama yang lebih utuh demi memastikan TLDM sentiasa kekal relevan, berwibawa dan bersedia melaksanakan amanah menjaga kedaulatan perairan negara.

Keep it up PERANTAU Wanderers Crew 151!!!





๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ ๐—ช๐—”๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ:Sambutan Hari Lahir Warga, Anugerah Kualiti Suku Tahun Kedua, Pemakaian Pangkat & Pe...
30/07/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ ๐—ช๐—”๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ:

Sambutan Hari Lahir Warga, Anugerah Kualiti Suku Tahun Kedua, Pemakaian Pangkat & Penghargaan Warga Bertukar Keluar

PERANTAU Wanderers telah menganjurkan Majlis Apresiasi Warga KD PERANTAU sebagai tanda penghargaan kepada seluruh warga atas komitmen, jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat bersama PERANTAU Wanderers Crew 151.

Senarai Warga terlibat seperti berikut:

a. Kenaikan Pangkat:

โš“ BM TMK Mohamad Khairul Adha bin Anuar

โš“ BM TMK Khairul Nursyazwan bin Noordin

โš“ BM TMK Mohamad Rizal bin Md Noh

โš“ BM TMK Kaliarasen a/l Anumuthu

โš“ BM TLS Mohamad Alief Shabani bin Subri

โš“ LK TMK W***y anak Rayong

โš“ LK TNL Tuan Muhammad Fatihi bin Tuan Yahya

b. Penerima Anugerah:

๐Ÿ… Bintara Kualiti - BK TMK Mohd Razman bin Yusoff

๐Ÿ… Laskar Kualiti - LK BDI Muhamad Fauzan bin Mat IL

Tahniah juga kepada 4 warga yang menerima kehadiran cahaya mata pertama:

๐Ÿ‘ถ BM TMK Khairul Nursyazwan bin Noordin
๐Ÿ‘ถ Koperal Muhammad Nizammuddin bin Saidin
๐Ÿ‘ถ LK I PRL Nor Azizul bin Jamil
๐Ÿ‘ถ LK I PAP Muhammad Aniff Izawan bin Rosli

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada 10 warga yang bertukar keluar atas segala jasa dan khidmat bakti sepanjang berkhidmat di KD PERANTAU.

โš“ LK HDI Ahmad Zailani bin Azizan
โš“ LK BDI Muhamad Fauzan bin Mat IL
โš“ LK HDI Abdul Muhyi bin Mansor
โš“ LK HDI Rizalman bin Kese
โš“ LK HDI Taufiq bin Talib
โš“ LK PNK Muhammad Aliff bin Muhammad Nadzri
โš“ LK I HDI Amirul Hakim bin Raazlan
โš“ LK I HDI Fariz Faqhullah Fazmi bin Suffian
โš“ LK I TMK Muhammad Izzat bin Ibrahim
โš“ LK I KOM Mohamad Khairul bin Rozman

Semoga semua penerima terus cemerlang dalam kerjaya, manakala warga yang bertukar keluar sentiasa diberikan kejayaan di tempat penugasan baharu.

๐‘ฒ๐’†๐’†๐’‘ ๐’Š๐’• ๐’–๐’‘ ๐‘ท๐’†๐’“๐’‚๐’๐’•๐’‚๐’– ๐‘พ๐’‚๐’๐’…๐’†๐’“๐’†๐’“๐’” ๐‘ช๐’“๐’†๐’˜ 151!!!





๐ŸŒŸ ๐‘บ๐’†๐’–๐’๐’•๐’‚๐’Š ๐‘ซ๐’๐’‚, ๐‘บ๐’†๐’Š๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’” ๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’‰๐’‚๐’“๐’ˆ๐’‚๐’‚๐’ ๐‘ฉ๐’–๐’‚๐’• ๐‘บ๐’†๐’๐’“๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘ท๐’†๐’Ž๐’Š๐’Ž๐’‘๐’Š๐’ ๐ŸŒŸSeluruh Warga KD PERANTAU โ€“ Perantau Wanderers Crew 151 meraf...
27/07/2026

๐ŸŒŸ ๐‘บ๐’†๐’–๐’๐’•๐’‚๐’Š ๐‘ซ๐’๐’‚, ๐‘บ๐’†๐’Š๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’” ๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’‰๐’‚๐’“๐’ˆ๐’‚๐’‚๐’ ๐‘ฉ๐’–๐’‚๐’• ๐‘บ๐’†๐’๐’“๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘ท๐’†๐’Ž๐’Š๐’Ž๐’‘๐’Š๐’ ๐ŸŒŸ

Seluruh Warga KD PERANTAU โ€“ Perantau Wanderers Crew 151 merafakkan setinggi-tinggi doa dan penghargaan sempena ulang tahun kelahiran yang ke-53 buat YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md. Said Hans Said.

Semoga Allah SWT mengurniakan YBhg Panglima dengan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama keluarga tercinta, serta kekuatan dan kebijaksanaan dalam menerajui Pusat Hidrografi Nasional ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.

Terima kasih atas kepimpinan, bimbingan dan inspirasi yang sentiasa menjadi pemangkin kepada kecemerlangan seluruh warga hidrografi.

Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.

Ikhlas daripada:

๐—ช๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—ž๐—— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ
๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐—ช๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€ ๐—–๐—ฟ๐—ฒ๐˜„ ๐Ÿญ๐Ÿฑ๐Ÿญ โš“๏ธ




"๐‘ฒ๐’†๐’„๐’†๐’Ž๐’†๐’“๐’๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’Ž๐’–๐’๐’‚ ๐‘ซ๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’–๐’‚๐’๐’Š๐’•๐’Š.""๐Š๐ž๐œ๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š ๐ƒ๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐ข๐ญ๐ข."KD PERANTAU telah melaksanakan sesi temudu...
26/07/2026

"๐‘ฒ๐’†๐’„๐’†๐’Ž๐’†๐’“๐’๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’Ž๐’–๐’๐’‚ ๐‘ซ๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’–๐’‚๐’๐’Š๐’•๐’Š."

"๐Š๐ž๐œ๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š ๐ƒ๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐ข๐ญ๐ข."

KD PERANTAU telah melaksanakan sesi temuduga bagi pemilihan Calon Anugerah Bintara Kualiti dan Anugerah Laskar Kualiti bagi Suku Tahun Kedua Tahun 2026.

Sesi temuduga ini bertujuan menilai tahap kompetensi, kepimpinan, disiplin, profesionalisme serta komitmen calon dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Penilaian dilaksanakan secara telus dan objektif bagi memastikan calon yang dipilih benar-benar menepati kriteria sebagai penerima anugerah.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga PERANTAU Wanderers untuk terus membudayakan kecemerlangan, meningkatkan prestasi serta mengamalkan budaya kerja yang berkualiti demi kemajuan organisasi.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon.

๐Š๐ž๐ž๐ฉ ๐ข๐ญ ๐ฎ๐ฉ ๐๐„๐‘๐€๐๐“๐€๐” ๐–๐š๐ง๐๐ž๐ซ๐ž๐ซ๐ฌ ๐‚๐ซ๐ž๐ฐ ๐Ÿ๐Ÿ“๐Ÿ!!!





๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ ๐‹๐š๐ซ๐ข๐š๐ง ๐’๐ข๐ก๐š๐ญ ๐๐„๐‘๐€๐๐“๐€๐” ๐–๐š๐ง๐๐ž๐ซ๐ž๐ซ๐ฌ ๐‚๐ซ๐ž๐ฐ ๐Ÿ๐Ÿ“๐Ÿ ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธAlhamdulillah, Program Larian Sihat PERANTAU Wanderers Crew 151 terus ...
23/07/2026

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ ๐‹๐š๐ซ๐ข๐š๐ง ๐’๐ข๐ก๐š๐ญ ๐๐„๐‘๐€๐๐“๐€๐” ๐–๐š๐ง๐๐ž๐ซ๐ž๐ซ๐ฌ ๐‚๐ซ๐ž๐ฐ ๐Ÿ๐Ÿ“๐Ÿ ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ

Alhamdulillah, Program Larian Sihat PERANTAU Wanderers Crew 151 terus menjadi rutin warga dalam membudayakan amalan gaya hidup sihat.

Aktiviti santai kekeluargaan ini bukan sekadar larian, malah menjadi platform untuk menyemai semangat berpasukan, mengeratkan silaturahim serta merehatkan minda menikmati keindahan panorama alam semula jadi.

Semoga aktiviti ini terus menyuntik semangat positif disamping membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan PERANTAU Wanderers.

๐‘ฒ๐’†๐’†๐’‘ ๐’Š๐’• ๐’–๐’‘ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ป๐‘จ๐‘ผ ๐‘พ๐’‚๐’๐’…๐’†๐’“๐’†๐’“๐’” ๐‘ช๐’“๐’†๐’˜ 151 !!!





๐Ÿ’ช๐Ÿ‘‘ ๐Š๐ˆ๐๐† ๐Ž๐… ๐’๐“๐‘๐„๐๐†๐“๐‡ ๐Ÿ‘‘๐Ÿ’ชSorakan dan semangat juang mewarnai pertandingan King of Strength Perantau Wanderers yang menyaksi...
18/07/2026

๐Ÿ’ช๐Ÿ‘‘ ๐Š๐ˆ๐๐† ๐Ž๐… ๐’๐“๐‘๐„๐๐†๐“๐‡ ๐Ÿ‘‘๐Ÿ’ช

Sorakan dan semangat juang mewarnai pertandingan King of Strength Perantau Wanderers yang menyaksikan pertembungan Antara Tim PLUTO vs UTARID dalam beradu kekuatan, ketahanan dan strategi dalam usaha menjatuhkan lawan masing-masing.

Setiap perlawanan berlangsung dengan penuh semangat kesukanan dan semangat berpasukan, sekali gus mengeratkan lagi hubungan serta ukhwah dalam kalangan keluarga PERANTAU Wanderers Crew 151.

Tahniah kepada ๐—ง๐—ถ๐—บ ๐—ฃ๐—Ÿ๐—จ๐—ง๐—ข dinobatkan sebagai ๐—๐—จ๐—”๐—ฅ๐—” serta semua peserta yang telah memberikan saingan sengit dan aksi terbaik sepanjang aktiviti kekeluargaan berlangsung.

๐‘ฒ๐’†๐’†๐’‘ ๐’Š๐’• ๐’–๐’‘ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ป๐‘จ๐‘ผ ๐‘พ๐’‚๐’๐’…๐’†๐’“๐’†๐’“๐’” ๐‘ช๐’“๐’†๐’˜ 151 !!!





๐ŸŽณโš“ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—•๐—ข๐—ช๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—š๐—˜๐—Ÿ๐—”๐——๐—”๐—ž ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ช๐—œ๐—ฆ๐— ๐—” โš“๐ŸŽณPERANTAU Wanderers telah menganjurkan Pertandingan Bowling Geladak Antara...
10/07/2026

๐ŸŽณโš“ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—•๐—ข๐—ช๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—š๐—˜๐—Ÿ๐—”๐——๐—”๐—ž ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ช๐—œ๐—ฆ๐— ๐—” โš“๐ŸŽณ

PERANTAU Wanderers telah menganjurkan Pertandingan Bowling Geladak Antara Wisma yang melibatkan Wisma ANTARTIKA (Pegawai), Wisma Atlantik (Bintara) dan Wisma Artik (Laskar).

Acara santai keluarga ini dimulakan seusai beratur pagi sebagai satu inisiatif menggalakkan warga menjaga tahap kesihatan dan kecergasan fizikal di sebalik kesibukan melaksanakan tugas dan tanggungjawab harian.

Aktiviti ini bukan sahaja menguji ketepatan, kemahiran dan strategi setiap pasukan, malah turut menjadi platform dalam memupuk semangat kerjasama berpasukan serta mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan warga.

๐Ÿ† Tahniah kepada ๐—ช๐—ถ๐˜€๐—บ๐—ฎ ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—ง๐—œ๐—ž๐—” (๐—ฃ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ถ) yang telah dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Bowling Geladak Antara Wisma.

๐™†๐™š๐™š๐™ฅ ๐™ž๐™ฉ ๐™ช๐™ฅ ๐™‹๐™€๐™๐˜ผ๐™‰๐™๐˜ผ๐™ ๐™’๐™–๐™ฃ๐™™๐™š๐™ง๐™š๐™ง๐™จ ๐˜พ๐™ง๐™š๐™ฌ 151!!!





๐Ÿ’ฆ๐ŸŽˆ ๐–๐€๐“๐„๐‘ ๐๐€๐‹๐‹๐Ž๐Ž๐ ๐๐ž๐ซ๐š๐ง๐ญ๐š๐ฎ ๐–๐š๐ง๐๐ž๐ซ๐ž๐ซ๐ฌ ๐ŸŽˆ๐Ÿ’ฆSuasana penuh ceria dan semangat kesukanan mewarnai Pertandingan Water Balloon PER...
06/07/2026

๐Ÿ’ฆ๐ŸŽˆ ๐–๐€๐“๐„๐‘ ๐๐€๐‹๐‹๐Ž๐Ž๐ ๐๐ž๐ซ๐š๐ง๐ญ๐š๐ฎ ๐–๐š๐ง๐๐ž๐ซ๐ž๐ซ๐ฌ ๐ŸŽˆ๐Ÿ’ฆ

Suasana penuh ceria dan semangat kesukanan mewarnai Pertandingan Water Balloon PERANTAU Wanderers antara Awasan Port vs Awasan Stbd, sekali gus mengeratkan lagi semangat kekeluargaan dalam kalangan warga.

๐Ÿ† Tahniah kepada Awasan Port yang berjaya mengungguli dengan pelbagai aksi dan semangat kekeluargaan yang tinggi.

Keep it up PERANTAU Wanderers Crew 151!!!





๐Ÿธ ๐’๐š๐ญ๐ฎ ๐†๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ ๐š๐ง๐ , ๐’๐š๐ญ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š ๐ŸธPERANTAU Wanderers telah menganjurkan Sukan Badminton sebagai salah satu inisiatif mem...
26/06/2026

๐Ÿธ ๐’๐š๐ญ๐ฎ ๐†๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ ๐š๐ง๐ , ๐’๐š๐ญ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š ๐Ÿธ

PERANTAU Wanderers telah menganjurkan Sukan Badminton sebagai salah satu inisiatif membudayakan gaya hidup sihat di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kapal.

Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan kecergasan fizikal dan merehatkan minda selepas pelayaran, malah memperkukuhkan semangat kerja berpasukan, persefahaman serta keharmonian sesama warga.

Penganjuran ini berjaya menyatukan warga KD PERANTAU dalam semangat kesukanan dan kekeluargaan.

๐Š๐ž๐ž๐ฉ ๐ข๐ญ ๐ฎ๐ฉ, ๐๐„๐‘๐€๐๐“๐€๐” ๐–๐š๐ง๐๐ž๐ซ๐ž๐ซ๐ฌ ๐‚๐ซ๐ž๐ฐ ๐Ÿ๐Ÿ“๐Ÿ! ๐Ÿ’ช๐Ÿธ





Address

Stiawan
32100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KD PERANTAU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to KD PERANTAU:

Shortcuts

Share