Biro Seni dan Budaya ISMA

Biro Seni dan Budaya ISMA Biro Seni dan Budaya ISMA adalah sebuah biro di bawah naungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Selamat Hari Ibunda Sedunia!
21/02/2021

Selamat Hari Ibunda Sedunia!

Selamat Menyambut Hari Bahasa Ibunda Sedunia

Pernah dikatakan, kalau mahu membunuh suatu bangsa itu, bunuhlah bahasanya dulu.Sasterawan Negara Baha Zain pernah menya...
11/02/2021

Pernah dikatakan, kalau mahu membunuh suatu bangsa itu, bunuhlah bahasanya dulu.

Sasterawan Negara Baha Zain pernah menyatakan kekesalan pada tahun 2015 dalam eseinya yang bertajuk Bahasa Melayu Sekali Lagi Terumbang-ambing di Tanah Air Sendiri. Katanya, kedudukan dan peranan BM masih lagi dipermasalahkan terutamanya oleh golongan Anglophile. Perkara yang ditulis oleh beliau merupakan kekesalan terhadap isu PPSMI yang jika kita lihat masih menjadi polemik sehingga ke hari ini.

Bahasa Melayu, bahasa kita. Identiti rakyat Malaysia. Kita yang bertanggungjawab membentuk dan meletakkannya di tempat tertinggi dan memeliharanya seperti menjaga nyawa sendiri.

Ilustrasi oleh Khaledah Khalid (ISMA Bangi)

08/02/2021

EDITOR DEWAN SASTERA berkongsi sedikit catatan ulasan setelah selesai membaca The Genealogy of Kings/Sulalat al-Salatin Tun Seri Lanang (Penguin, 2020):

Saya baru saja selesai membaca Sulalatus Salatin (atau Sulalat al-Salatin, abad ke-17) terjemahan Inggeris-moden mutakhir Muhammad Haji Salleh (Prof. Emeritus, Sasterawan Negara), terbitan Penguin (2020).

Mungkin kerana tulisan Inggeris Muhammad yang lancar, jernih seperti air lalu, dengan nuansa “bercerita” (seperti penceritaan kisah-kisah lama dengan baik), saya menghabiskannya begitu cepat, dalam dua minggu. Selesai membacanya, saya baru mengenali betapa nuansa yang begitu penting dimainkan oleh “sahibul hikayat-sastera sejarah” ini pada bukan sahaja pada tradisi sastera kita, fungsi bahasanya, sejarahnya, jati dirinya, jiwa dan psikologinya; apatah dengan fungsi kebesaran keturunan, kedaulatan kerajaan dan keperkasaan riwayat, tetapi ada bayangan epik (selain mitos asal usul muasal - origin), spiritual, adat resam dan kebijaksanaan Melayu, yang terhadir dalam bicara, tindakan dan gerak laku watak raja, orang kaya dan orang besar, orang alim, hamba dan rakyat jelatanya.

Dalam hal kebesaran daulat rajanya, kita tidak dapat lari berbicara tentang asal usul Sultan Melaka yang berdarah keturunan Raja Iskandar Shah (Tun Seri Lanang, pengarang buku ini memilih tubuh Alexander Agung dari Macedonia sebagai pemula asalnya), tetapi strategi pengarang, atau naratif agung sastera sejarah ini pergi lebih jauh dari itu, yakni membina satu kekuatan penjalinan cerita dan pengaruh daulat Melaka dan rajanya, menjadi mandala atau Mekkah pada setiap tamadun Alam Melayu yang wujud masa itu, termasuk Aceh (Perlak, Pasai), Jawa, Maluku, Sulawesi, Berunai, Minangkabau, Aru, Palembang, Patani, Siam (yang saya anggap, lebih kepada Nakhon Si Thammarat yang sebelumnya dikenali sebagai Ligor), Campa, Siak dan pelbagai lagi, yang “terpengaruh” dengan kehadiran Kerajaan Melaka, jika tidak pun, terkait dengan politik rajanya atau memerhatinya dengan takjub ataupun iri. Memang kebesaran ini begitu takjub, malah dipersoal, apabila tiba muslihat Melaka terhadap Maharaja Cina, atau jalinan persaudaraan Melaka dengan India dan benua Arab. Namun semua ini bukan sahaja memperlihat tujuan Melaka “mengantarabangsa” tempatnya di peta dunia, tetapi menampilkan betapa kosmopolitan tetapi masih lokal Melaka boleh jadi.

Secara perbandingan simplistik, cara tulis “hikayat” ini menyerupai kisah-kisah kronologi empayar Kerajaan Cina Kuno, yang selain menurunkan asal usul, juga “laporan” tingkah laku, titah dan peristiwa raja-raja, menteri-menteri dan pembesarnya. Malah novel agung klasik Cina, Romance of the Three Kingdoms (abad ke-14), prosanya yang berbentuk laporan selain petikan dialog titah, puisi dan surat muncul dalam sastera sejarah ini (menarik untuk dikaji bagaimana pentingnya Romance meriwayatkan perwira/jeneral perang yang kemudian diangkat sebagai dewa dalam alam kosmologi orang Cina, yakni Guan Yu, mampu muncul jua dalam Sulalatus Salatin yang banyak imej-imej ikon yang diangkat dan dihormati oleh alam Melayu sehingga sekarang).

Sudah tentu secara klise, dikatakan banyak “pengajaran” yang didapati daripada sastera sejarah ini, namun yang lebih mustahak disedari, ialah kemampuan kisah-kisah dalam riwayat ini, menjadi kisah-kisah yang sentiasa diturunkan, dibisikkan ke telinga sewaktu berkisah politik, diceritakan kepada anak yang hendak tidur, malah ada pelbagai himpunan buku cerita, bangsawan, drama dan filem yang lahir daripadanya. Dari sekecil pantang-larang (adat hormat orang Melayu yang sangat halus terhadap sebab musabab) tidak memakan susu atau ikan tertentu, sehingga hal-hal yang tidak dapat dinafikan pengaruhnya (yang juga secara tidak sengaja perlu dilihat dari kaca mata kepentingan sejarah dan falsafahnya) sampai hari ini. Diceritakan dalam satu bab, bagaimana Sultan Melaka memasyhurkan perayaan Aidil Fitri dengan adat resam dan tatacara pemakaian dan perarakan, ada sifat mengimarahkan masjid besar-besaran, bermula pada malam ke-27 Ramadan (hlm. 69). Saya merasakan ada pengaruh kelaziman adat di sini, jika dilihat bagaimana negeri-negeri Melayu tertentu, yang jauh lebih meraikan Aidil Fitri daripada Aidil Adha. Hal ini dapat dibezakan dengan beberapa negeri seperti Kelantan, atau Jawa, yang jauh daripada pengaruh kuat “naungan” Sultan Melaka.

Begitu juga dengan kisah popular (yang kini dianggap legenda besar, jika bukan “sejarah”) seperti pinangan Puteri Gunung Ledang, Badang, ikan todak Singapura dan pertelingkahan Hang Tuah dengan Hang J***t (Kasturi?). Walaupun kisah-kisah ini terus-menerus menjadi simbol dan metafora besar warga kita menyelidiki psyche bangsa, dari pelbagai sudut sehingga sekarang, ada berpuluh lagi kisah-kisah besar dalam sastera sejarah ini yang mampu membuka pelbagai lagi persoalan tentang patuhnya orang Melayu kepada raja (dan persoalan feudal yang kononnya masih membelenggu amal hidup orang Melayu), atau kisah yang lebih kompleks tentang menderhaka (yang lebih intense dan berkali berlaku era Sultan Mahmud dan seterusnya) - yang memberi kekelabuan (atau istilah buku ini: cemar) terhadap persoalan sumpah setia dan sumpah derhaka, apatah lagi dengan intrig nafsu, bijaksana, malah kelicikan manusianya “bermain akal”.

Malah, saya amat terpesona dengan kisah perjuangan cinta penuh kesetiaan, keluhuran bercampur muslihat dan nafsu antara seorang Pangeran Surabaya, Patih Adam, dengan anak pembesar Melaka, Tun Minda (hlm. 187-190). Kisah ini jarang-jarang dipopularkan oleh mana-mana penglipur lara mahupun penulis kontemporari, sedangkan rencah drama, intrig, dinamik perasaan dan kekelabuan wataknya sungguh mempesona, malah kisah ini tentang cinta yang dikhianati oleh orang tua kerana sikap angkuh diri, dan cara muslihat jahat yang terpaksa dibalasi. Ini satu kisah Romeo-Juliet atau Uda-Dara yang menidakkan tragedi, tetapi mempunyai ketegangan cerita yang debar dan memuaskan dan lebih tulen tentang perbezaan benua dan budaya. Jika kisah ini diadaptasi dengan usahasama Malaysia-Indonesia, alangkah menariknya.

Bagi saya, watak yang sebenarnya paling menarik, selain tragis (dan membawa gundah gelana) ialah watak Sultan Mahmud mangkat di Kampar, Sultan Melaka terakhir. Wataknya cukup kental dengan inti manusia yang penuh ketidaksempurnaan, belajar ilmu agama tetapi bersekedudukan, lemah tindak tanduknya (episodnya menitah Bendahara Tun Mutahir dibunuh sekeluarga paling menghayat) dan seperti Raja Lear, menyaksikan sendiri jatuhnya kerajaan yang dibina oleh nenek moyangnya, dengan mata kepalanya sendiri. Menariknya, kisah Sultan Mahmud ini bercampur rasa sesal dan taubat, membawa diri ke pedalaman untuk mencari tuhan, menyedari segala di dunia ini fana. Dan begitulah Kerajaan Melaka juga, hanya sementara, terlepas daripada tangannya. Kisah Sultan Mahmud ini menjadi satu peringatan paling mustahak, dan kisahnya harus diulang-ulang, agar muhasabah diri dan institusi dapat selalu meneliti jejak strategi, niat, hawa nafsu dan tindakan, sebelum segala-galanya terlambat, sebelum segala-galanya hilang dari genggaman tangan.

Memang masih jua yang menyoal kesahihan sejarah dalam sastera sejarah buku ini. Malah, ada ilmuwan sampai menuduh pengarang buku ini sebagai pengkhianat. Namun, kita tidak dapat menafikan kebesaran buku ini, sumbangannya terhadap latar kisah, sejarah dan falsafah hidup kita, hingga layak memasuki daftar Memori Dunia UNESCO. Kita dihadiahi dengan sebuah anugerah yang agung sebenarnya, dan seeloknya menjadi rujukan unggul di setiap rumah dan sekolah kita.

"Kedatangan Islam bukan hanya menghasilkan tulisan jawi yang berinspirasikan tulisan Arab tetapi juga membawa kepada pen...
08/02/2021

"Kedatangan Islam bukan hanya menghasilkan tulisan jawi yang berinspirasikan tulisan Arab tetapi juga membawa kepada pengisian manuskrip yang pelbagai.

"Ia tidak sekadar merekod jurai keturunan, adat istiadat atau mengenai sejarah feudalisme tetapi juga menyalin naskhah genre agama selain ilmu perubatan dan kesusasteraan," katanya.

KUALA LUMPUR: Manuskrip Melayu diketahui bukan hanya disimpan di Malaysia tetapi juga di luar negara dengan hampir 15,000 diketahui berada antaranya di Britain dan Belanda.

Hari kemenangan kita.
31/01/2021

Hari kemenangan kita.

1 Februari 1948: Memperingati Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

Saya yakin ramai yang tidak mengetahui bahawa tarikh 1 Februari adalah hari penubuhan Persekutuan Tanah Melayu di mana negeri-negeri Melayu telah diisytiharkan sebagai sebuah persekutuan, ataupun negara.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ini adalah hasil perjuangan jitu orang Melayu yang bersatu-padu menggagalkan penubuhan Malayan Union yang sepatutnya menjadi satu entiti koloni mahkota British. Tidak lama selepas itu, Tanah Melayu pun diistiharkan merdeka dan kemudiannya terbentuknya Persekutuan Malaysia selepas Sabah, Sarawak dan Singapura menyertainya.

Saya tidak ingin menceritakan lanjut mengenai perincian-perincian sejarah tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu, tetapi saya ingin menulis mengenai iktibar dan refleksi realiti masa kini terhadap perkara ini.

Kini, bukan sahaja tidak ramai yang tahu akan asalnya Malaysia adalah Persekutuan Tanah Melayu tetapi memang sudah jadi norma bahawa apabila disebut perkataan "Tanah Melayu" maka dilabelnya sebagai rasis dan pelbagai konotasi negatif. Ini membimbangkan kita kerana hakikat ini akan menjadikan generasi akan datang tidak mengetahui akan asal usul negara bangsa yang kita ada hari ini. Malah, 'Melayu' mereka akan hanya pada nama sahaja.

Konotasi Tanah Melayu memberikan makna bahawa bangsa Melayu berdaulat di tanah airnya sendiri, maka mereka perlu ada rasa izzah dan bersungguh-sungguh untuk menjaga izzah itu dengan berusaha bersungguh-sungguh membangun anak bangsa dari segenap aspek. Bangsa lain bangga menyebut tentang bangsa mereka, menyebut tentang tanah mereka. Namun, semakin ramai orang Melayu malu mengaku Melayu, jauh sekali ingin berjuang mengubah nasib anak bangsa mereka sendiri yang ketinggalan.

Bukan setakat itu, saya bimbang jika naratif sejarah akan ditukar dimana hakikat tanah ini adalah asalnya Tanah Melayu akan lenyap dan akhirnya orang Melayu tidak merasakan ini adalah tanah keramat yang diwariskan nenek moyang mereka. Jika kita lupa akan asalnya tanah ini, maka kita akan tidak merasakan apa-apa apabila tanah-tanah Rizab Melayu hilang digadai kepada orang lain. Itu yang kita sudah mula lihat berlaku pada masa kini. Apatahlagi apabila menjadi pemimpin; tiada rasa bersalah menggadai tanah dan maruah bangsa.

Apa salahnya tarikh 1 Februari dijadikan cuti umum di semua negeri yang pernah menganggotai Persekutuan Tanah Melayu. Bukan sahaja cuti, kita jadikannya sebagai sambutan tahunan sebagaimana kita menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Kita sambut kemenangan kita menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu setelah berjaya menumbangkan Malayan Union yang penuh tipu daya. Bayangkan apa yang akan terjadi jika kita terus dengan Malayan Union, dan tidak berjaya menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu?

Alangkah baiknya jika perkara ini direalisasikan suatu hari nanti. Ameen.

Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA / Pengerusi PEMBELA
1 Februari 2021



____

▪️Telegram: telegram.me/aminuddinyahaya
▪️Twitter: www.twitter.com/AminuddinYahaya

18/01/2021

Selamat Hari Lahir Sasterawan Negara Noordin Hassan.

14/12/2020
31/10/2020

Tersiar di rancangan Selamat Pagi Malaysia jam 8.40 pagi hari Sabtu 31 Oktober 2020. Ustaz Ridzuan Ahmad Mazaki menerangkan Titisan Terimba yang merupakan salasilah di dalam pembuatan tanjak warisan.

Dikhuatiri pembuat tanjak yang tidak mengikuti Titisan Terimba ini akan menghilangkan seni,sejarah dan falsafah yang sebenar bagi destar alam Melayu ini.

Kredit video Radio Televisyen Malaysia (RTM)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=369450001064821&id=103965210946636&sfnsn=mo




06/09/2020

Siapa boleh baca?

Address

Stiawan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Biro Seni dan Budaya ISMA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share