30/04/2026
Hello, akan saya berkongsi satu sesi ceramah bertajuk:
“Peluang & Laluan Pengajian Seni Tari daripada Perspektif Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF)” di dua lokasi seperti berikut:
Projek ini ditaja oleh Dana Kreatif Perak @ PORTIpoh
Lokasi dan tarikh:
1. JKKN Perak, 07 Mei 2026 (Khamis), 10:00 pagi
2. Sekolah Seni Malaysia Perak, 08 Mei 2026 (Jumaat), 3:00 petang
Sesi ini akan memberikan pendedahan tentang hala tuju pengajian dalam bidang seni tari berdasarkan kerangka MQF. Pelajar, guru, dan individu yang berminat dalam bidang seni tari dan seni persembahan dijemput datang.
Foto oleh Malek
Poster oleh Shioa Por