Jelebu Geopark Guide

Jelebu Geopark Guide Nombor Pendaftaran Pertubuhan : PPM-016-05-19012004

21/10/2024
  Adalah dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa pihak Pendaftar Pertubuhan telah menerima permohonan pendaftaran Persa...
19/01/2024



Adalah dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa pihak Pendaftar Pertubuhan telah menerima permohonan pendaftaran Persatuan Jurupandu Jelebu Geopark sebagai salah sebuah persatuan berdaftar.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Setiausaha Persatuan En. Mohd Razainor Hisham bin Mohd Saufi menerusi email ([email protected]) untuk maklumat lanjut.

Sekian dimaklumkan.

Daripada

Mahathir Mohd Noor
Biro Media & Perhubungan Awam
Persatuan Jurupandu Jelebu Geopark

Geologic Time Scale (GTS) adalah skala rujukan masa geologi yang dikira bermula dari kewujudan bumi (4.6 juta tahun dulu...
13/01/2024

Geologic Time Scale (GTS) adalah skala rujukan masa geologi yang dikira bermula dari kewujudan bumi (4.6 juta tahun dulu) hingga sekarang.

SESI KUNJUNGAN HORMAT KEATAS PENGARAH PERHUTANAN NEGERI, JABATAN PERHUTANAN NEGERI SEMBILAN Satu sesi kunjungan hormat P...
16/11/2023

SESI KUNJUNGAN HORMAT KEATAS PENGARAH PERHUTANAN NEGERI, JABATAN PERHUTANAN NEGERI SEMBILAN

Satu sesi kunjungan hormat Persatuan Jelebu Geopark Guide ke atas YBhg. Tuan Haji Hamidi bin Abdul Halim, Pengarah Perhutanan Negeri, Jabatan Perhutanan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus yang baharu telah diadakan di pejabatnya di Seremban pada 16 November 2023.

Dalam sesi itu persatuan yang diwakili oleh En. Mahathir Mohd Noor (Pengerusi), En. Razainor Hisham bin Mohd Saufi (Setiausaha) dan En. Hasbi Effendi bin Senawi (Ketua Biro Latihan & Aktiviti) telah berkesempatan bersuai kenal dengan YBhg. Tuan Pengarah yang baharu disamping dapat memperkenalkan persatuan kepada pihak jabatan.

Di kesempatan ini pihak persatuan telah memaklumkan kepada YBhg. Tuan Pengarah akan komitmen persatuan bagi membantu Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan & Melaka untuk meneroka lebih banyak lagi lokasi yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sebahagian lagi geotapak-geotapak untuk Jelebu Geopark yang terdapat dalam Hutan Simpan Kekal di N. Sembilan.

YBhg. Tuan Pengarah juga memandang positif dengan usaha ini dan mengalu-alukan kerjasama persatuan dan semua agensi yang terlibat untuk menjayakan agenda ini.

Turut hadir dalam sesi ini ialah Timbalan Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan En. Mohd Rizal bin Sabran.

Semoga sesi ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat dan menjadikan Jelebu Geopark sebagai satu lagi destinasi tarikan ekopelancongan di Negeri Sembilan.

Alhamdulillah... selesai sudah kursus Eco-Host MOTAC. Min doakan semua geoguide yang telah menghadiri kursus ini lulus d...
01/11/2023

Alhamdulillah... selesai sudah kursus Eco-Host MOTAC. Min doakan semua geoguide yang telah menghadiri kursus ini lulus dan memperolehi lesen MOTAC.

Min bagi pihak persatuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.

KEPENTINGAN BATUAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIANKebiasaannya kita tidak menghiraukan bila terjumpa batu.  Ini kerana kita tid...
21/07/2023

KEPENTINGAN BATUAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Kebiasaannya kita tidak menghiraukan bila terjumpa batu. Ini kerana kita tidak tahu apa-apa tentang batu.

Namun, pernah tak kita bertanya kepada diri kita soalan macam ni, "kenapa orang buat kuari batu?" dan ada tak jawapannya selain dari batu guna untuk buat jalan?

Batuan yang ada di muka bumi ini terbentuk daripada satu mineral sahaja atau gabungan beberapa bahan mineral.

Secara am, batuan dikategorikan kepada 3 iaitu batuan igneus, batuan sedimen dan batuan metamof.

Setiap batuan ini ada bahan-bahan mineral yang tanpa disedari memberikan manfaat kepada kita.

Contoh bahan mineral tersebut adalah seperti :-
- grafit (bahan yang digunakan untuk membuat mata pensil)
- floride (bahan yang terkandung dalam ubat gigi)
- silika (bahan yang digunakan untuk membuat cermin, komponen elektronik dalam komputer/hp)
- talkum (bahan yang digunakan untuk membuat bedak)

Banyak lagi jenis bahan mineral dan ada sebahagiannya bernilai tinggi. Sebab itulah wujudnya kuari batu. Tujuannya adalah samada untuk menggunakan batuan itu secara terus atau untuk mendapatkan mineral yang terkandung di dalamnya.

Betapa pentingnya batuan dalam kehidupan seharian kan!

Sumber gambar : Google

Pengenalan kepada Jelebu Geopark dan juga geotapak-geotapak yang terdapat di sana.Hubungi kami untuk maklumat lanjut ten...
04/12/2022

Pengenalan kepada Jelebu Geopark dan juga geotapak-geotapak yang terdapat di sana.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang Jelebu Geopark

Sumber video : Youtube amin khalili | Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan & Melaka

Jelebu Geopark JMGNSM 2022

Sedikit aktiviti sampingan geoguide Jelebu Geopark selepas mesyuarat AJK penaja1. Pengenalan kepada asas tali tinggi2. A...
27/11/2022

Sedikit aktiviti sampingan geoguide Jelebu Geopark selepas mesyuarat AJK penaja

1. Pengenalan kepada asas tali tinggi
2. Aktiviti membaca peta topografi.

MESYUARAT AJK PENAJA PENUBUHAN PERSATUAN JURUPANDU JELEBU GEOPARKAlhamdulillah...Dengan izin-Nya pada hari ini 27 Nov 20...
27/11/2022

MESYUARAT AJK PENAJA PENUBUHAN PERSATUAN JURUPANDU JELEBU GEOPARK

Alhamdulillah...

Dengan izin-Nya pada hari ini 27 Nov 2022 (Ahad) selesai sudah mesyuarat AJK Penaja bagi penubuhan Persatuan Jurupandu Jelebu Geopark.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh seramai 7 orang AJK penaja yang terdiri daripada jurupandu Jelebu Geopark yang ditauliahkan oleh KeTSA melalui Jabatan Mineral dan Geosains.

Mesyuarat ini telah membincangkan agenda utama iaitu pembentukan perlembagaan persatuan dan beberapa hal yang berkaitan.

Terima kasih kepada barisan AJK Penaja yang sanggup meluangkan masa dan menyumbang idea untuk penubuhan persatuan ini nanti.

Diharapkan dengan usaha ini akan dapat merealisasikan penubuhan Persatuan Jurupandu Jelebu Geopark ini nanti sekali gus akan membantu mempromosikan industri geo-pelancongan di Jelebu Geopark nanti.

Mengenali jenis batuan dan mineral
06/10/2022

Mengenali jenis batuan dan mineral

A study guide made for the students of Fleming College in Lindsay Ontario Canada and anybody else who might find it useful. If you like this video check out ...

Address

Masjid Felda Pasoh 4
Simpang Pertang
72300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jelebu Geopark Guide posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Jelebu Geopark Guide:

Share