Kumpulan Sibu D'Tari

Kumpulan Sibu D'Tari Kumpulan yang menyediakan perkhidmatan persembahan tarian tradisonal dan sewaan busana

Setinggi-Tinggi Tahniah! 👏✨Seluruh warga Kumpulan Kebudayaan & Kesenian Sibu D'Tari ingin mengucapkan setinggi-tinggi ta...
27/08/2026

Setinggi-Tinggi Tahniah! 👏✨

Seluruh warga Kumpulan Kebudayaan & Kesenian Sibu D'Tari ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Kumpulan kami, En. Dicky Zulkalnain bin Dahri, atas pengurniaan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak: Bentara Bintang Sarawak (B.B.S.).

Pengurniaan ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar pada 27 Ogos 2026 bertempat di Dewan Besar Astana Negeri Sarawak, sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak.

Kami amat berbangga dengan pencapaian bakti beliau. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat kita semua untuk terus cemerlang dan berkhidmat dengan penuh dedikasi! 🌟

KUMPULAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SIBU D’TARITARIKH: 26 OGOS 2026KENYATAAN RASMI PENGURUSANISU PEMULANGAN ANUGERAH KEJUAR...
26/08/2026

KUMPULAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SIBU D’TARI

TARIKH: 26 OGOS 2026

KENYATAAN RASMI PENGURUSAN
ISU PEMULANGAN ANUGERAH KEJUARAAN FESTIVAL TARI DAN LAGU MELAYU ASLI (FTLA) ZON TENGAH 2026

1. PEMULANGAN ITEM KEJUARAAN

Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian Sibu D’Tari mengesahkan telah menyerahkan secara rasmi keseluruhan item kemenangan selaku Johan Festival Tari dan Lagu Melayu Asli (FTLA) Zon Tengah 2026 kepada pihak penganjur, Majlis Seni Sarawak. Penyerahan fizikal ini disempurnakan kepada wakil Majlis Seni Sarawak, merangkumi:

- Piala Kejuaraan Johan FTLA Zon Tengah 2026
- Wang tunai kemenangan beserta Mock Check

2. PENJELASAN ISU TEKNIKAL

Keputusan ini diambil susulan aduan bersurat rasmi daripada sebuah pasukan bertanding berhubung jumlah keahlian kontinjen kami.

Secara keseluruhannya, persembahan kami melibatkan 16 orang penari (10 penari bagi kategori Tarian Tradisi; 6 penari wanita dan 6 penari lelaki bagi kategori Tarian Kreatif Etnik). Disebabkan pertindihan peranan ini, berlaku lebihan satu (1) pendaftaran daripada had kuota pendaftaran yang ditetapkan dalam kertas konsep.

Pihak kami tidak menyalahkan mana-mana pihak dan akur dengan ketegasan Majlis Seni Sarawak dalam menguatkuasakan syarat pertandingan berlandaskan aduan bersurat rasmi tersebut. Kami mengakui bahawa kesilapan ini mungkin hadir daripada kekhilafan kami sendiri yang tidak mendalami syarat serta alpa dalam menilai kehendak kertas konsep yang ditetapkan.

3. PENDIRIAN PENGURUSAN DAN PENOLAKAN WANG SAGUHATI

Demi memelihara integriti industri seni, maruah pasukan, serta kelancaran penganjuran FTLA 2026, Pengurusan Sibu D’Tari sebulat suara memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang rayuan atau bantahan balas.Bersama-sama pemulangan trofi ini, pihak kami juga secara rasmi menolak sebarang bentuk wang saguhati penyertaan daripada pihak penganjur.

Bagi kami, karya Ajat Ubong dan Ajat Indu (versi Ulu Rajang) adalah hak milik eksklusif kami yang nilainya tidak boleh ditukar ganti. Karya ini lahir daripada ketulusan yang kami petikkan dengan ikhlas, sulamkan dengan ilham, ikatkan dengan rasa, tenunkan dengan hati, dan warnakan dengan jiwa. Nilai estetika, keaslian, dan darjatnya adalah terlalu tinggi untuk direndahkan demi sekeping kertas aduan, atau dinilai oleh pihak yang lebih tekun mengira jumlah keahlian di luar pentas berbanding mengagumi mutu seni di atas panggung.

4. UCAPAN PENGHARGAAN

Sibu D’Tari merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Seni Sarawak atas penganjuran FTLA 2026 sebagai wadah memartabatkan seni budaya tempatan. Ucapan terima kasih dan kebanggaan yang tidak terhingga juga ditujukan khusus buat:

Tokoh Rujukan: Atas bimbingan dan kebenaran mengolah rujukan ragam tari Ajat Iban Indu (versi Ulu Rajang).

Pengurus Pasukan(Harry Richard): Atas kepimpinan berintegriti dan pengurusan berkesan sepanjang pertandingan.

Koreografer (Arnab Jed): Atas sentuhan kreativiti, wawasan artistik, serta ketelitian susunan gerak tari yang menterjemahkan jiwa dan keindahan karya di atas pentas.

Komposer Muzik(Gusti Pratama) : Atas dedikasi dan kreativiti melahirkan gubahan muzik yang memukau mengiringi persembahan dengan instrumen engkerumong kayu secara rakaman khas (one-off).

Penari : Atas disiplin, komitmen, dan persembahan berkelas tinggi yang berjaya meraih penghormatan serta standing ovation daripada para penonton.

Krew Belakang Tabir: Atas kerja keras dan sokongan teknikal yang memuluskan persembahan di atas pentas.

Penyumbang Dana: Atas sokongan kewangan dan sumbangan yang membolehkan kontinjen beraksi dengan jayanya.

KESIMPULAN

Dengan pemulangan ini, Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian Sibu D’Tari mengisytiharkan pengunduran diri sepenuhnya daripada siri FTLA 2026.

Kedudukan dan trofi kemenangan mungkin boleh bertukar tangan atas perincian aduan teknikal, namun penghormatan penonton serta keaslian seni yang disajikan di atas pentas akan kekal menjadi kebanggaan abadi kami. Memandangkan isu aduan seumpama ini merupakan yang pertama kali berlaku dalam sejarah penganjuran FTLA, kami menerima episod ini dengan dada terbuka sebagai satu pengajaran dan pengalaman yang amat berharga buat Sibu D'Tari, kerana kami adalah insan yang terpilih untuk melalui pengalaman yang seumpama ini.

Di samping itu, sebagaimana yang telah dipersetujui bersama, hubungan baik serta kerjasama strategik antara Majlis Seni Sarawak dengan Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian Sibu D’Tari akan terus terjalin kukuh demi pembangunan seni budaya pada masa akan datang.

Akhir kata, Sibu D’Tari akan terus melangkah yakin untuk berkarya dan memartabatkan seni budaya Sarawak.

Sekian, terima kasih.

Dikeluarkan oleh,
JAWATANKUASA PENGURUSAN
Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian Sibu D’Tari

🫶🏼❤️
13/08/2026

🫶🏼❤️

Come and join us💃🏻 The next big event will come! 12th Sibu International Dance Festival 2026🔥 ✨
10/08/2026

Come and join us💃🏻

The next big event will come!
12th Sibu International Dance Festival 2026🔥

9 Ogos 2026 🌼✨ ~Persembahan sempena Perhimpunan Agung Tritahunan Saberkas Sarawak ke - 18 Bertempat di Kingwood Hotel, S...
10/08/2026

9 Ogos 2026 🌼✨

~Persembahan sempena Perhimpunan Agung Tritahunan Saberkas Sarawak ke - 18
Bertempat di Kingwood Hotel, Sibu Sarawak🔥

7-8 Ogos 2026💛🖤❤️ ~ Sedikit sedutan penglibatan Sibu D'Tari sempena Program Sarawak Ku Sayang Daerah Sarikei Bertempat d...
10/08/2026

7-8 Ogos 2026💛🖤❤️

~ Sedikit sedutan penglibatan Sibu D'Tari sempena Program Sarawak Ku Sayang Daerah Sarikei
Bertempat di Kompleks Sukan Sarikei.

03/08/2026

NOTIS HAK CIPTA TERPELIHARA

Adalah dimaklumkan bahawa Muzik Tarian Kreatif dan Taboh Iban (Papong Kayu) yang telah dipersembahkan oleh Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian Sibu D'Tari dalam Siaran Langsung (Facebook Live) oleh Majlis Seni Sarawak sempena Festival Tarian dan Lagu Melayu Asli Peringkat Zon Tengah pada 17 – 18 Julai 2026 adalah HAK CIPTA TERPELIHARA.

AMARAN:
Sebarang bentuk pendaftaran, penggunaan, penyalinan, muat turun, pemotongan klip (clipping), pemuatnaikan semula, atau pengedaran muzik tersebut TANPA KEBENARAN BERTULIS adalah DILARANG SAMA SEKALI.

Muzik berkenaan telah didaftarkan secara sah di bawah undang-undang Hak Cipta.

Sekian, terima kasih.

Daripada:

Pengurusan
Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian Sibu D'Tari

02/08/2026

SDT join the challenge🔥

02/08/2026

Siapaaa?🔥

02/08/2026

It's a wrap!🔥

Address

Lorong Satria 2b
Sibu
96000

Telephone

+601112644200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kumpulan Sibu D'Tari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category