08/02/2026
Dengan penuh rasa syukur, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan pembelajaran Ngajat Lama (induk) di Pd dance studio Taman Tunku, Miri bagi Batch Ke-2.
π
Tarikh kelas:
31 Januari, 1 Februari, 7 & 8 Februari 2026
Kelas ini telah berlangsung dengan baik hasil komitmen, semangat dan disiplin yang ditunjukkan oleh semua pelajar sepanjang sesi pembelajaran.
Saya, Sifu Pink, selaku Pengasas & Tenaga Pengajar dari Studio KAJAT ASAS IBAN SIBU , amat berbangga dapat membimbing dan berkongsi ilmu seni warisan budaya ini kepada anda semua.
Untuk makluman, setakat Februari 2026, jumlah pelajar yang telah belajar bersama saya telah mencapai seramai 4,600 orang.
Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda. Semoga ilmu yang dipelajari menjadi manfaat dan dapat diteruskan dalam memartabatkan seni Ngajat tradisi kita.
Sekian, terima kasih. πΈ
β
Sifu Pink
Pengasas & Tenaga Pengajar
Studio KAJAT Asas Iban Sibu