Pusat Kajian & Apresiasi Filem

Pusat Kajian & Apresiasi Filem Centre for Film's Research & Appreciation. Sebuah organisasi yang memfokuskan pada aktiviti penyeli

Jumaat ini,   membawakan MOVING (1993) arahan Shinji Somai menerusi slot Sandiwara Keluarga Shinji Somai. Renko, seorang...
02/09/2026

Jumaat ini, membawakan MOVING (1993) arahan Shinji Somai menerusi slot Sandiwara Keluarga Shinji Somai.

Renko, seorang anak yang sedang membesar, berhadapan dengan isu perceraian antara kedua-dua ibu bapanya lalu kecewa. Beliau cuba memberontak dan melakukan pelbagai hal bagi menghalang perceraian tersebut.

Tayangan percuma dan bertujuan pendidikan. Terbuka kepada semua, jemput hadir.

Salam sinema. Slot seterusnya yang akan mengisi September ini   membawakan SANDIWARA KELUARGA SHINJI SOMAI.Slot retrospe...
01/09/2026

Salam sinema. Slot seterusnya yang akan mengisi September ini membawakan SANDIWARA KELUARGA SHINJI SOMAI.

Slot retrospektif yang menghargai karya luar biasa pengarah Jepun Shinji Somai, yang kurang didendangkan dalam ranah sinema dunia. Sinonim dengan teknik long take dan paparan hubungan manusiawi yang kompleks, karya beliau telah menginspirasi pengarah Jepun kontemporari seperti Hirokazu Kore-eda, Ryusuke Hamaguchi dan Kiyoshi Kurosawa. Slot ini menghadirkan dua karya garapan Somai dari era 1990-an yang berfokus pada drama dan konflik keluarga.

Tayangan pertama akan bermula Jumaat ini. Nantikan pengumuman tayangan filem pertama sikit masa lagi.

Terakhir dalam slot Suara-Potret Palestin, Jumaat ini   melayarkan WHEN I SAW YOU (2012) arahan Annemarie Jacir. Tareq d...
17/08/2026

Terakhir dalam slot Suara-Potret Palestin, Jumaat ini melayarkan WHEN I SAW YOU (2012) arahan Annemarie Jacir.

Tareq dan ibunya tinggal di kem pelarian Jordan. Beliau mendambakan untuk pulang ke Palestin. Hidupnya berubah bila bertemu sekumpulan pejuang penentang ketika cuba melarikan diri. Berlatarkan Jordan (1967) selepas Perang Arab-Israel ketiga, filem yang cukup menyentuh ini digarap dengan keindahan visual dan kepaduan lakonan.

Tayangan percuma dan bertujuan pendidikan. Terbuka kepada semua, jemput hadir.

Tayangan Larut Malam diteruskan Ogos ini dengan filem ALLIGATOR (1980) arahan Lewis Teague. Seluruh Chicago digemparkan ...
10/08/2026

Tayangan Larut Malam diteruskan Ogos ini dengan filem ALLIGATOR (1980) arahan Lewis Teague.

Seluruh Chicago digemparkan dengan insiden seekor buaya raksasa yang berkeliaran di sepanjang jalan, menyerang dan membaham mangsa-mangsa. Seorang pegawai polis bersama seorang pakar reptilia telah ditugaskan untuk menghentikan insiden tersebut.

Tayangan bermula jam 11.59 malam. Percuma dan terbuka kepada semua. Jemput hadir.

Seterusnya dalam slot Suara-Potret Palestin, Jumaat ini   melayarkan TALES OF THE THREE JEWELS (1995) arahan Michel Khle...
03/08/2026

Seterusnya dalam slot Suara-Potret Palestin, Jumaat ini melayarkan TALES OF THE THREE JEWELS (1995) arahan Michel Khleifi.

Yusef, budak Palestin berusia 12 tahun, ialah anak Intifada. Bapanya sedang dipenjarakan, manakala abangnya ialah pelarian dari tentera Israel. Yusef sering berimaginasi dan gemar meneroka pedalaman Gaza, yang menemukannya dengan seorang gadis Gipsi yang jelita.

Tayangan percuma dan bertujuan pendidikan. Terbuka kepada semua, jemput hadir.

Jumaat ini,   membawakan RANA’S WEDDING (2002) arahan Hany Abu-Hassad menerusi slot Suara-Potret Palestin. Satu hari, Ra...
27/07/2026

Jumaat ini, membawakan RANA’S WEDDING (2002) arahan Hany Abu-Hassad menerusi slot Suara-Potret Palestin.

Satu hari, Rana, gadis Palestin di Baitulmaqdis, yang bangun dari tidurnya pada hari yang sepatutnya mengikut bapanya ke Mesir, telah melarikan diri. Rana keluar untuk menjejaki pemuda yang dicintainya, yakni calon suami yang tidak direstui oleh si bapa, yang sedang terkandas di Tebing Barat.

Tayangan percuma dan bertujuan pendidikan. Terbuka kepada semua, jemput hadir.

Seterusnya dalam slot Suara-Potret Palestin, Jumaat ini   melayarkan THE DUPES (1972) arahan Tewfik Saleh. Kisah tiga pe...
13/07/2026

Seterusnya dalam slot Suara-Potret Palestin, Jumaat ini melayarkan THE DUPES (1972) arahan Tewfik Saleh.

Kisah tiga pelarian Palestin dipertemukan setelah melalui keterdesakan dan nestapa hidup. Dengan menyandarkan harapan pada masa depan, mereka mengharungi perjalanan ke negara kaya minyak, Kuwait, untuk memulakan hidup baharu.

Tayangan percuma dan bertujuan pendidikan. Terbuka kepada semua, jemput hadir.

Jumaat ini,   membawakan filem 200 METERS (2020) arahan Ameen Nayfeh menerusi slot Suara-Potret Palestin. Jarak 200 mete...
30/06/2026

Jumaat ini, membawakan filem 200 METERS (2020) arahan Ameen Nayfeh menerusi slot Suara-Potret Palestin.

Jarak 200 meter menjadi penghalang utama bagi Mustafa, seorang bapa, untuk berhubungan dengan isterinya dan anaknya yang dipisahkan oleh pagar/dinding Israel. Hal ini menjadi genting apabila anaknya ditimpa musibah dan dimasukkan ke hospital.

Tayangan percuma dan bertujuan pendidikan. Terbuka kepada semua, jemput hadir.

Salam sinema. Memulakan separuh kedua 2026, Julai-Ogos ini   buka panggung dengan slot SUARA-POTRET PALESTIN. Slot khusu...
30/06/2026

Salam sinema. Memulakan separuh kedua 2026, Julai-Ogos ini buka panggung dengan slot SUARA-POTRET PALESTIN. Slot khusus yang melayarkan filem-filem tentang Palestin serta perang dan konflik politik di sana yang dihasilkan dalam lima dekad yang berbeza. Namun, seleksi filem yang menghiasi slot ini membawakan pelbagai tema dan isu, dari kisah berkaitan pelarian yang mendambakan kemerdekaan, hinggalah realiti harian berkaitan garis sempadan geopolitik.

Tayangan pertama akan bermula Jumaat ini. Nantikan hebahan seterusnya.

Menutup separuh pertama 2026, Sabtu ini   menerusi slot Tayangan Larut Malam, membawakan THIS IS SPINAL TAP (1984) araha...
23/06/2026

Menutup separuh pertama 2026, Sabtu ini menerusi slot Tayangan Larut Malam, membawakan THIS IS SPINAL TAP (1984) arahan Rob Reiner.

Sebuah pseudo-rockumentari yang mengikuti perjalanan sebuah kumpulan rock Britain (yang tidak pernah wujud), Spinal Tap, yang dianggap band ‘paling bising.’ Sarat dengan elemen parodi, filem ini juga ialah satira yang menyengat dan komedi yang cukup melucukan era 1980-an.

Tayangan bermula jam 11.59 malam. Percuma dan terbuka kepada semua. Jemput hadir.

Address

No. 13-2, Jalan Pulau Lumut P U10/P, Seksyen U10, Alam Budiman
Shah Alam
40150

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00

Telephone

+603-7832 3944

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kajian & Apresiasi Filem posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share