Hikayat Baju Terpakai

Hikayat Baju Terpakai Hikayat Baju Terpakai (jilid 1) merupakan sebuah buku rujukan mudah untuk mengenali baju-baju terpakai untuk pelbagai tujuan.

Hikayat Baju Terpakai Jilid 2Project Goal : Supaya tidak kena sidai bila nak tanya status baju. Kesedaran kitar semula p...
29/10/2022

Hikayat Baju Terpakai Jilid 2
Project Goal : Supaya tidak kena sidai bila nak tanya status baju. Kesedaran kitar semula pakaian. Jangka hayat pakaian untuk lupus adalah 3 tahun. Industri tekstil merupakan pencemaran kedua terbesar didunia. Mengetahui baju terpakai yang boleh dijual semula untuk dijadikan aktiviti ekonomi sambilan atau sepenuh masa.

Kenapa : Kadang orang tak terlayan dengan pertanyaan pasal baju. Kena cari rujukan sendiri. Buku dari oversea mahal. Online, tak tahu nak buat carian (keyword). Limitasi dalam bahasa dan ruang carian mengikut sesebuah negara.

Di mana : Di Malaysia, sebab buku rujukan sebegini kurang. Sebab publisher tidak rasa buku sebegini boleh bawa untung.

Bila : Diterbitkan setiap tahun, atau sekerap yang mungkin bergantung pada bahan. Berlainan fesyen.

Siapa : Selalunya, pemula mengalami masalah tidak di layan oleh orang yang sudah tahu atas pelbagai faktor. Antara 20an hingga 40an.

Metrik kejayaan/succes metric : Orang beli, Alhamdulillah syukur.... Terima kaseh atas sokongan. Chaaaak Muaaah 😘😘😘

Pre order sekarang. Jilid 2...lebih tebal, lebih info... Kerana baju terpakai itu mempunyai 1001 kenangan....

Masih ada yang keliru dengan Hikayat Baju Terpakai Jilid 1 dan Jilid 2...Sekali tengok dari kulit luaran mungkin kelihat...
28/10/2022

Masih ada yang keliru dengan Hikayat Baju Terpakai Jilid 1 dan Jilid 2...

Sekali tengok dari kulit luaran mungkin kelihatan sama... Sebab kita tak banyak ubah kulit dari segi kedudukan design asal. Kita ubah dari segi gambar saja.

Di Jilid 1 kita sumbat baju-baju yang berkaitan dengan muzik. Jadi kalau tanya pasal band ke Festival muzik semua ada di jilid 1. Di jilid 2 kita sumbat perkara yang berkaitan dengan s**an & streetwear. Takda dah hal muzik dekat jilid 2. Kalau ada pun kita sambung hal muzik di jilid 1 edisi ke 2.

Sebabnya, nanti bila jilid 3 keluar. Kita akan buat box untuk susun ke tiga-tiga jilid.

Sama juga dengan cabutan bertuah. Setiap jilid ada cabutan bertuah dieorang sendiri.

Tunggu apa lagi... Masuklah pre order untuk jilid 2....

BMX....Kalau nak cerita pasal BMX ni... Aku takda la pandai sangat... Cuma bila dah terkait dengan s**an dan ada peminat...
28/10/2022

BMX....

Kalau nak cerita pasal BMX ni... Aku takda la pandai sangat... Cuma bila dah terkait dengan s**an dan ada peminat dia tersendiri... Ada p**ak baju. Kita usahakan masuk dalam naskhah...

Dulu aku ingat BMX hanyalah s**an basikal kayuh-kayuh biasa je.... Kayuh petang-petang, transport anak-anak dulu zaman sebelum gasaknya motor ni semua....

Tapi sangkaan aku meleset geeeeisssss.. Seperti lesetan taik hidung selepas dikorek.... Hampas... Sia-sia...

Sebenarnya BMX ni di zaman era kegemilangan dia.... Fight-fight macam moto gp, macam RXZ membersπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† dia punya vibe.... Siap ada world championship...

Hampir kebanyakan negara-negara besar nak jadi komiti nak buat race. Macam moto gp. Siap negara jiran kita Indonesia pun submit submission untuk jadi tuan rumah.

Siap ada pertembungan antara US dan Jepun lagi sewaktu penganjuran race....

Betapa kuatnya vibe BMX ni dulu... Tak pelik kenapa kita tengok abang-abang kita gasak layan BMX ni.... Dapatlah jawapan dia...

Hikayat Baju Terpakai Jilid 2....lebih tebal, lebih info.... Menggamit kenangan...

Lepas jilid 2, apa p**ak untuk jilid 3 ?....Untuk jilid 3....kita akan cover p**a hal-hal yang berkaitan filem, kartun, ...
27/10/2022

Lepas jilid 2, apa p**ak untuk jilid 3 ?....

Untuk jilid 3....kita akan cover p**a hal-hal yang berkaitan filem, kartun, permotoran & pelbagai... Kalau terlampau stress untuk semua itu duduk dalam satu jilid insyallah kita akan buat pecahan.. Bergantung pada keadaan.

Alhamdulillah, proses jilid 3 sudah pun berjalan. Kita masih lagi mengumpul bahan semaksimum yang mungkin.

Ada yang request hari tu pasal jeans/denime. Insyallah itu juga sudah termasuk dalam plan kita. Tunggu greenlight saja untuk mula kerja....

Apa pun terus sokong kami dengan dapatkan jilid 1 & jilid 2. Sebabnya bila anda miliki jilid-jilid tersebut. Anda bagi feedback dan kita respon supaya naskhah tersebut memenuhi permintaan semasa.

Terima kaseh....

Korang pernah tak keliru bila jumpa tshirt (selalunya kaki seller) nak kepastian.... Lepas tu, bila nak kan kepastian, t...
26/10/2022

Korang pernah tak keliru bila jumpa tshirt (selalunya kaki seller) nak kepastian.... Lepas tu, bila nak kan kepastian, tanya-tanya orang, tapi kena sidai. Rasanya, ramai yang pernah rasa dan pernah kena.

Pertama sekali, rasa marah & bengang tu pasti ada. Tapi tetap kita kena sedar diri yang sebenarnya kekurangan tu ada pada kita. Orang yang menyidai tu tetap tidak boleh dipersalahkan. Sebabnya kita tak tahu, sama ada dia perasan atau tidak dengan pertanyaan kita. Jadinya selesai satu bab.

Yang kedua, majoriti orang yang tahu, mereka invest dalam pengetahuan, supaya waktu dieorang nak menyelam dieorang sentiasa 10 langkah kedepan berbanding penyelam-penyelam lain.

Apa yang dieorang invest tu pelbagai medium. Ada yang membaca segala macam forum tentang fashion. Ada yang follow magazine fashion tiap-tiap bulan samada subscribe secara fizikal atau online. Ada yang beli buku. Dan pelbagai lagi media bertulis atau bercetak. Dan benda ni memang rancak dari dulu lagi.

Tanya abang-abang korang kalau tak percaya. Sebab waktu dulu, itu adalah medium yang paling syok untuk tahu tentang perkembangan fashion. Dan sebahagian rasanya masih simpan buku-buku atau majalah.

Kalau jepun, ada majalah lightning, go out, popeye dan macam-macam lagi... Yang belah us sana aku pun tak pasti sebab tak pernah sampai sana. Buku-buku tersebut dia cover semua segmen, sport, outdoor, streetwear, vintage, apa segala macam la.

Jadi, kat situ kita nampak pengetahuan tentang fashion tak lari dari medium bercetak ni. Dan untuk dapatkan buku-buku tersebut direct luar negara, tersangatlah mahal. Jadinya atas kesedaran tersebut. Kami sebagai peminat usahakan sedikit sebanyak kemampuan yang ada, hasilkan buku Hikayat Baju Terpakai. Alhamdulillah dah masuk Jilid 2. Kali ni kita cover sport & street.

Adalah beberapa penambahan yang kita buat. Dan mana yang kurang kita buang. Jika ada penambahbaikan lagi, kita akan bawa ke jilid yang seterusnya. Segala hasil ini, tidak lain dan tidak bukan dari sokongan korang semua yang tidak putus-putus.

Kalau ada compang camping di Jilid 1 tetap kami memohon maaf diatas kekurangan. Sebabnya, nak hasilkan buku kalau ikut penerbit , pertama sekali apa yang dieorang target adalah kebolehjualan. Boleh meletup atau tidak. Itu pasal kita kena buat secara indie. Kalau tak sampai ke sudah kita tak merasa maklumat-maklumat seperti begini.

Jadinya, tak mau cerita panjang, semua info ada pada gambar. Kalau ada yang keliru boleh tanya.

Kami berharap, teruslah menyokong kami, dan jilid-jilid yang seterusnya.

Terima kaseh dan kongsikan pada semua orang ya.

Sudah rasmi, boleh pre order.... Semua butiran maklumat ada pada gambar. Jangan ragu-ragu, teruslah pre order.Pastikan m...
26/10/2022

Sudah rasmi, boleh pre order.... Semua butiran maklumat ada pada gambar. Jangan ragu-ragu, teruslah pre order.

Pastikan maklumat sama seperti yang tertera pada gambar ya sebelum membuat apa-apa pembayaran.

Pelbagai hadiah menarik tersedia untuk anda.

Aku tak banyak kenangan sangat dengan s**an gusti ni.... Adalah beberapa watak zaman WWF tu yang aku kenal... Yang betul...
24/10/2022

Aku tak banyak kenangan sangat dengan s**an gusti ni.... Adalah beberapa watak zaman WWF tu yang aku kenal... Yang betul-betul pop**ar je la... WWE punya era memang dah tak terlayan... Waktu tu p**ak dah tau yang gusti ni gimik je... Jadi stim nak tengok tu dah takda... Ibarat macam tengok magic tapi dah tau step... Macam tu lah....

Semua orang kenal Stone Cold dengan aksi stunt dia.... Kira kalau dia dah bukak kuda-kuda stunt dia, memang dah boleh agak game tu siapa menang. Tapi mesti korang tak pernah tau kan, yang Stone Cold pernah kena scamπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†....jangan ingat orang melayu je yang kena scam... Stone cold yang kaki stunt ni pun pernah kena scam....

Pada awal stone cold nak ceburi s**an gusti ni, dia join kelas jugak, kena bayar dalam 45usd sebulan waktu tu. Jadinya bila dah berbulan dia masuk, dia perasan yang sebenarnya kelas tu jenis mencekik duit orang... Bukan nak ajar jadi penggusti pun... Last sekali dia jumpa proper kelas, jauh lebih murah yuran dia dan dari situ barulah dia bersinar dalam arena gusti.

Tapi yang aku ingat hal gusti ni, setiap kali balik kampung kalau ada kenduri kawin, perkara wajib yang perlu dipasang sewaktu rewang belah malam. Zaman tu sewa tape VHS. Kalau rewang sampai kenduri makan 2-3 hari.. Makanya kena sewalah 2-3 hari....korang bayang, kalau pasang khemah, mesti siap ada tapak untuk tv ikat dekat penjuru khemah. Dulu takda lagi tv nipis-nipis ni. Tv gedabak tu lah dieorang ikat. S**a betul pakcik-pakcik yang datang rewang waktu tu... Yang sepupu sepapat ikutlah meniru aksi kat dalam rumah...

Bila dah besar ni baru tau yang rupanya, gusti ini ada s**an yang real punya. Yang bertanding di S**an Komanwel macam dalam cerita hindustan Danggal tu. Kalau ada peluang dulu mesti dah masuk.. Mana tau dapat wakil MalaysiaπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†....

Apa memori korang dengan gusti ni....?

Hikayat Baju Terpakai Jilid 2...muka surat 376...agak-agak berapa muka surat jilid 2 ni?

Kalau sekali tengok, mesti orang ingat baju challenge lari/race... Memang baju lari/race pun... Tapi race sempena kempen...
23/10/2022

Kalau sekali tengok, mesti orang ingat baju challenge lari/race... Memang baju lari/race pun... Tapi race sempena kempen Pepsi yang lebih besar pada waktu tu.

Sekitar lewat 70s, Coca Cola dah jadi gergasi, abang besar soda perisa cola, (est.1892). Pepsi (est.1965) baru anak-anak waktu, tapi berjiwa besar, ada keinginan nak usik abang besar. Nak buktikan dia ada tempat dalam dunia soda Cola ni.

Jadinya, dia pun buatlah kempen marketing 'Pepsi Challenge'. Buat blind test rasa soda, lepas tu tanya s**a yang mana. A atau B. Lepas tu tengok brand A apa brand B apa... Ala tipikal iklan 90s kat tv dulu mesti ingatlah... Pepsi pun syok bila tengok ramai yang pilih Pepsi berbanding Coke.

Apa yang Pepsi buat dapat perhatian abang besar Coke. Meloncat member bila tau keputusan Pepsi Challenge yang ramai s**a Pepsi. Coke tak duduk diam, nak berlawan macam malas-malas, dieorang pun guna tagline, kalau tak boleh lawan dieorang, kita join dieorang. Jadi dia buat versi baru Coke rasa sama macam Pepsi, jadilah New Coke (Perisa baru) kalau korang perasan.

Tapi, apa yang coke buat tak kekal lama, ramai peminat setia Coke bangkit bagitau dieorang s**a rasa yang lama. Makanya Coke pun ambil jalan mudah layan kan je. Kekalkan perisa baru bawa keluar semula rasa yang lama. Jadilah New Coke & Original (Coke Classic) πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†.

Ingat dah happy ending, rupanya tidak. Dah orang bergaduh pasal New Coke & Original. Yang asalnya adalah kempen Pepsi Challenge. Tapi berakhir dengan orang ramai bahas tentang rasa Coke. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Lembu punya susu, sapi dapat nama. Yang buat kempen Pepsi, yang hype hujung-hujung Coca Cola.... Kesian Pepsi...

Tapi dalam kisah ni, siapa kaki marketing banyak benda boleh belajar, bolehlah study artikel-artikel yang berkaitan...

Begitulah serba serbi Cola War yang terjadi pada waktu tu....

Hikayat Baju Terpakai jilid 2....

Rasanya, tak perlu cerita apa sangat pun pasal ciri-ciri baju ni.... Semua dah tau dah.... Baju paling viral waktu PKP t...
22/10/2022

Rasanya, tak perlu cerita apa sangat pun pasal ciri-ciri baju ni.... Semua dah tau dah.... Baju paling viral waktu PKP tempoh hari... Tapi adalah satu cerita dari baju ni yang mungkin kita tak biasa dengar.... Cerita pasal semangat kes**anan...

Kalau kat baju sempena cascade run off 1980...cerita berlaku di Cascade run off 1981....sorang cikgu dari New Zealand (Anne Audin) datang ke US untuk mencuba nasib dalam s**an larian. Taklah mencuba nasib sangat, lebih kepada mencari semangat baru.

Saudari ni sebelumnya dah wakil olimpik berkali-kali dah pun... Cuma waktu Olimpik 1980 (US boikot sebab buat kat Moscow) New Zealand pun ikut boikot sama. Jadinya dia pun down.... Terus tak lari-lari dah, badan pun dah benyai, berat badan semua out.

Lepas beberapa bulan, semangat lari datang balik atas sokongan coach dia, sebab nak suruh join lari kat Sepanyol. Dapat tempat ke-5. Masa kat Sepanyol tu dia ada dengar yang kat US, scene road race kat sana perempuan dah boleh join yang jauh punya. Masa tu, paling jauh yang ada kat Olimpik untuk kategori perempuan 800m & 1500m je.

Jadi dia pun bagitau mak ayah dia tak balik dari Sepanyol, nak terus ke US. Ngam dia sampai ada satu event lari 10km kat New Orleans, dia dapat no 3. Punya la dia seronok. Lepas New Orleans, di Eugene, Spokane, Boulder, New York, Denver, & Colorado. Pakat naik podium... Jumpa kawan-kawan baru yang supportive, bagi duit, bagi tempat tinggal.

Dan akhirnya, sampailah ke Portland, Oregon Cascade Run Off 15k....waktu tu Nike offer 50k usd hadiah. Bagi-bagi setiap kategori tempat pertama 10k usd. Hari race pun tiba, dia pun perform menang tempat pertama. Waktu tu, kalau datang US guna visa pelancong, join event dan terima duit menjadi kesalahan. Undang-undang amateur waktu tu pun berkait jika dah naik level pro. Ngam lepas dia menang terus dapat telegram dari New Zealand yang dia kena banned.

Dipendekkan cerita, selepas dapat bantuan dari Nike, coach, penganjur race, lawyer imigresen, kawan-kawan atlit, benda pun setel. Dia pun boleh race balik. Memang tak bagi can dah lepas tu. 20 race dia masuk menang berturut-turut. Sampailah pecah rekod dunia 5000m. Dan akhirnya dia pun bersara pada tahun 1992.

Disebabkan Cascade Run Off 15k 1981 hidup dia pun berubah. Dari seorang guru yang pergi sekolah 2km pun kena jalan kaki, tak mampu nak berlari kereta. Akhirnya menjadi pelari profesional sepenuh masa.

Disebabkan beberapa pelari di Cascade Run off tersebut, mungkin Michael Jordan dan kawan-kawan 'dream team' mereka tak dapat join olimpik 1992 di Barcelona. Sebab sebelum tu siapa yang dah pro tak boleh join olimpik.

Sekian... Terima kaseh kerana sudi baca sampai habisπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Kalau tanya geng-geng grafik, sudah semestinya mereka tau... Kalau tanya fans yang betul s**a dengan brand ni... Pun sem...
21/10/2022

Kalau tanya geng-geng grafik, sudah semestinya mereka tau... Kalau tanya fans yang betul s**a dengan brand ni... Pun semestinya mereka tau... Takdalah nak cerita pasal supreme.... Cuma nak cerita pasal font yang digunakan oleh supreme... Tu je....

FUTURA typeface (nama font)

Semua sedia maklum font tersebut dipop**arkan oleh jenama Supreme dan hasil seni Barbara Kruger. Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana font tersebut survive semasa perang dunia ke 2 dan nyaris terkubur bersama N**i di WW2.

Dicipta oleh Paul Renner pada tahun 1924 di Jerman. Sewaktu perkembangan kuasa N**i di Jerman, Paul Renner merasakan font Futura yang kemas & bersih boleh menjadi simbol perubahan (jelas & moden) di negara Jerman. Sesuai digunakan dalam menyampaikan apa-apa risalah.

Tetapi N**i pada ketika itu lebih memilih font Fraktur (yang biasa korang tengok dalam paper jerman waktu dalam movie). Dan akhirnya cuba menghapuskan font Futura dengan membuang penciptanya ke luar negara. Sampai macam tu sekali kalau dah benciπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†...

Masa pun berlalu dan akhirnya N**i dikalahkan.... Pada waktu itu font Futura juga sudah menjadi sebagai satu font antarabangsa yang menggambarkan masa depan.

Muncul sebagai font yang digunakan di Apollo 11 membawa manusia pertama ke bulan. Dan akhirnya menjadi font dalam reka bentuk dunia kini....agak-agak kalau font futura ni terkubur... Apa rupa supreme box logo ek.... πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
Hikayat Baju Terpakai Jilid 2...

Sebenarnya, banyak cerita menarik yang boleh kita pelajari dari jenama baju-baju yang kita kenal ni.... Contoh bila kita...
20/10/2022

Sebenarnya, banyak cerita menarik yang boleh kita pelajari dari jenama baju-baju yang kita kenal ni.... Contoh bila kita ambil tahu dari sudut yang berbeza....

Seperti di gambar.... Adidas & Nike.... Adidas start 1949 Nike start 1964... Beza dekat 15 tahun.... Pada waktu itu, Nike sentiasa terinspirasi untuk mengasilkan kasut seperti Adidas. Segala apa perkembangan Adidas, Nike cucuk rapat... Sampai waktu mula-mula nak develop logo Nike pun, inspirasi bentuk dan idea pun terpengaruh dari Adidas.

Dipendekkan cerita, Nike waktu sign M. Jordan pun, dia tak tau apa nak jadi lepas tu. Lebih pada pasrah dengan konfiden gitulah. Bisnes kena la konfiden juga. Seterusnya adalah sejarah....Adidas p**a waktu tu tengok Nike sign M. Jordan dia fight sign Patrick Ewing...

Walaupun M. Jordan dah retire pun dari main basketball dia tetap dapat 60juta USD setiap tahun untuk royalti dari Nike. Royalti pun dah banyak tu...lain tak payah cerita la...

Banyak lagi sebenarnya rentetan kisah bersambung, dan semuanya sangat memberi inspirasi....

Dan Nike terus menjadi no.1 kasut pilihan...

ni nak cerita pasal baju ke pasal kasutπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜πŸ˜πŸ˜ itulah view lain di jilid 2 ni....

Insyallah untuk Jilid 2....kita akan tambah bahan2 bantu belajar supaya mudah untuk paham ceritaπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†...Buat meriah orang ...
19/10/2022

Insyallah untuk Jilid 2....kita akan tambah bahan2 bantu belajar supaya mudah untuk paham ceritaπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†...Buat meriah orang kata....

Kritikan dan pendapat anda di jilid 1 kami dengar dan kami cuba perbaik di jilid 2....mana yang tak boleh disumbat di jilid 2...kita akan bawa lagi pendapat & kritikan tersebut ke jilid 3 dan seterusnya.....macam nak dekat 4xx ms dah ni....

Terima kaseh atas sokongan yang diberikan....

Address

Shah Alam
40170

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hikayat Baju Terpakai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Hikayat Baju Terpakai:

Share