26/06/2026
Ada yang bertanya kepada saya…
“Lama tak nampak posting sebelum ni. Kenapa tiba-tiba sekarang aktif menulis di media sosial?”
haha terhibur hati bila baca soalan ini.
Ya.
Hampir 2 tahun saya menyepi.
Bukanlah langsung tidak posting, tetapi sangat jarang. Dalam tempoh itu, saya melalui satu fasa yang sangat luar biasa dalam hidup.
Fasa yang membuatkan saya banyak diam.
Ada masa rasa terlalu down. Ada masa badan rasa shaking secara tiba-tiba. Tidur p**a sudah tidak seperti manusia biasa. Malam jadi panjang. Fikiran p**a sukar berhenti berbicara.
Macam-macam saya cuba buat untuk alihkan perhatian.
Tetapi akhirnya saya sedar satu perkara…
Sampai bila saya nak terus begini?
Berlawan dengan diri sendiri bukan perkara mudah. Kadang-kadang musuh paling kuat bukan orang lain, tetapi rasa yang sedang bergaduh dalam jiwa kita sendiri.
Namun terlalu lama menyendiri juga tidak baik.
Jadi saya ambil keputusan untuk keluar perlahan-lahan daripada kepompong itu.
Saya mula menulis apa saja.
Saya mula bercakap semula.
Saya mula untuk dapatkan diri saya yang sebelum ini.
Bukan kerana saya sudah terlalu kuat, tetapi kerana saya tidak mahu terus kalah kepada rasa yang sedang menekan dari dalam.
Down itu fitrah.
Sedih itu fitrah.
Sakit itu fitrah.
Penat itu juga fitrah.
Kita manusia. Kita ada hati. Kita ada rasa.
Cuma jangan biarkan rasa itu memimpin seluruh hidup kita.
Bangun.
Bangkit.
Buat sesuatu.
Walaupun kecil.
Walaupun hanya sekadar mula menulis di media sosial.
Walaupun hanya sekadar mula berkomunikasi semula dengan orang lain.
Itu pun sudah satu kejayaan awal.
Kepada kalian yang sedang melalui fasa berat dalam hidup…
Teruskan.
Perlahan pun tidak mengapa.
Yang penting jangan berhenti berharap.
Kita tidak tahu bagaimana susunan Allah untuk kita.
Tetapi kena yakin, susunan Allah sentiasa yang terbaik untuk hamba-Nya. 💛
insyaAllah!