KRT Bandar Seksyen 17, Shah Alam.

KRT Bandar Seksyen 17, Shah Alam. KRT Bandar Seksyen 17. Berkhidmat untuk masyarakat.

Memainkan peranan penting dalam mempromosikan perpaduan, keselamatan, dan pembangunan komuniti di kawasan kejiranan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.PEMAKLUMAN: AJK UTAMA KRT BANDAR SEKSYEN 17 (SESI 2026-2029) 📢Berikut a...
12/06/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

PEMAKLUMAN: AJK UTAMA KRT BANDAR SEKSYEN 17 (SESI 2026-2029) 📢

Berikut adalah senarai barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) Utama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Seksyen 17 bagi sesi 2026-2029.

Tahniah diucapkan kepada semua yang dilantik. Semoga barisan kepimpinan baharu ini dapat memimpin komuniti kita dengan cemerlang dan harmoni.

Terima kasih.

Aidiladha bukan sekadar tentang ibadah korban, tapi tentang pengorbanan hati.Sejauh mana kita sanggup melepaskan sesuatu...
27/05/2026

Aidiladha bukan sekadar tentang ibadah korban, tapi tentang pengorbanan hati.

Sejauh mana kita sanggup melepaskan sesuatu yang kita sayang demi ketaatan kepada Allah SWT? Belajar daripada Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S, pengorbanan yang ikhlas tidak akan pernah sia-sia.
Semoga titisan darah korban hari ini membersihkan jiwa kita daripada sifat mazmumah dan mendekatkan lagi diri kita kepada-Nya.

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua.

Gambar oleh Masjid Al-Amin, Seksyen 17 Shah Alam Official sekitar ibadah korban pada hari ini 27-05-2026.

17 Mei 2026Lantikan AJK Baharu KRT17B bagi sesi 2026–2029. Tahniah diucapkan kepada semua yang dilantik. Semoga terus ce...
17/05/2026

17 Mei 2026

Lantikan AJK Baharu KRT17B bagi sesi 2026–2029. Tahniah diucapkan kepada semua yang dilantik. Semoga terus cemerlang dalam memacu KRT17B ke arah komuniti yang lebih harmoni, progresif dan aktif.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada tampuk kepimpinan sebelum ini atas segala jasa, komitmen dan pengorbanan sepanjang menerajui KRT17B. Segala usaha dan sumbangan yang dicurahkan amat dihargai dan menjadi asas kepada kesinambungan kecemerlangan komuniti ini. Semoga segala bakti diberikan mendapat ganjaran yang terbaik.

Untuk makluman semua⬇️⬇️⬇️
01/03/2026

Untuk makluman semua

⬇️⬇️⬇️

19/02/2026
31/08/2025

🇲🇾 Selamat Hari Kemerdekaan ke-68 Malaysia! 🎉

Hari ini kita meraikan bukan sahaja tarikh bersejarah, tetapi juga semangat perpaduan, keberanian, dan ketabahan rakyat Malaysia.

Kemerdekaan adalah hasil perjuangan generasi terdahulu yang penuh pengorbanan, dan menjadi tanggungjawab kita untuk meneruskan legasi itu dengan menjaga keharmonian, menghargai kepelbagaian, serta membina masa depan yang lebih gemilang.

✨ Semoga semangat “Malaysia Madani” terus menyemai rasa cinta dan bangga dalam diri setiap rakyat.

❤️ Mari kita terus bersatu, maju, dan sejahtera di bumi bertuah ini.

Daripada,
Kawasan Rukun Tetangga Seksyen 17 Bandar

Aktiviti Jiran Wanita pada hari ini, 10 Ogos 2025:Bacaan Yasin dan Doa Selamat. Terima kasih kepada semua yang hadir dan...
10/08/2025

Aktiviti Jiran Wanita pada hari ini, 10 Ogos 2025:

Bacaan Yasin dan Doa Selamat.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan membawa juadah yang sedap-sedap 🥰 Alhamdulillah!

Semoga ikatan ukhuwah dan persaudaraan sesama kita akan berpanjangan dan berkekalan sampai bila-bila.

Sekalung Tahniah & Selamat BertugasPenduduk Kawasan Rukun Tetangga Seksyen 17 Bandar mengucapkan setinggi-tinggi tahniah...
05/08/2025

Sekalung Tahniah & Selamat Bertugas

Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Seksyen 17 Bandar mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Zulkifli bin Hashim atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional berkuat kuasa 6 Ogos 2025.

Semoga terus cemerlang dalam menerajui usaha memperkukuh perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia.

Aktiviti hari Ahad wanita KRT Seksyen 17 Bandar. Gotong-royong membersihkan rumah KRT. Tarikh: 20 Julai 2025Terima kasih...
20/07/2025

Aktiviti hari Ahad wanita KRT Seksyen 17 Bandar. Gotong-royong membersihkan rumah KRT.

Tarikh: 20 Julai 2025

Terima kasih kepada semua yang hadir 💕

Address

No. 112, Blok 7, Jalan Selar 17/26, Seksyen 17
Shah Alam
40200

Telephone

+60123910012

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Bandar Seksyen 17, Shah Alam. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to KRT Bandar Seksyen 17, Shah Alam.:

Shortcuts

Share