TokImam Skateboarding

TokImam Skateboarding Islam, skateboarding, bundle shoe sale

Cinematic lighting by Gemini no.2
10/08/2026

Cinematic lighting by Gemini no.2

Cinematic lighting by Gemini
10/08/2026

Cinematic lighting by Gemini

09/08/2026

Last trick pagi tadi, aku cuba ollie gap ni. Hampir 2 deck juga jaraknya. Gagal. Next time cuba lagi.

09/08/2026

Sunday is skateday full

09/08/2026

Sunday is Skateday.

4 wheels good8 wheels suck!Siapa ingat tagline ni? 😅Skateboarding pada tahun 90-an di Malaysia dicorakkan oleh beberapa ...
08/08/2026

4 wheels good
8 wheels suck!

Siapa ingat tagline ni? 😅

Skateboarding pada tahun 90-an di Malaysia dicorakkan oleh beberapa individu terkenal. Sampai sekarang mereka masih aktif sama ada skate atau dah ada 2nd generation anak-anak mereka skate. Nama tak payah mention la kan.

Pada zaman itu sebelum kemunculan majalah Revolution, info skateboarding cuma dapat daripada Skatezine hitam putih, Sandwich antara yang terkenal. Scene underground PUNK juga turut memeriahkan suasana dan ada "knowledge" dan zine mereka tersendiri, Black Metal pun ada. Kenapa Zine hitam putih fotostat? Kerana anti establishment, anti korporat jadinya semua DIY lah buat sendiri.

Jadinya scene skate Malaysia pada waktu tu anti dengan budak-budak rollerblade/inline skate. Aku pun tak pahamlah isunya kenapa gaduh-gaduh. Tu yang muncul tagline di atas. Waktu tu Revo ada memaparkan surat daripada seorang inliner tegar, entah siapa namanya Keenan ke Keevan Raj kalau tak silap aku. Revo paparkan surat dia kutuk-kutuk skateboarder dan menggesa skater untuk hantar surat kutuk si Keevan ni balik, kahkahkah!

Zaman takde facebook bai. Misal ko hantar surat hari ni maki dia Babi kau poser inline. Seminggu kemudian dia balas maki kau balik. Cannot brain macam mana kau sanggup pergi pejabat pos tepek setem kat surat dan hantar semata-mata nak maki dia. Memang kelakarlah masa tu.

Anyway aku dengan Fendi Jamaluddin member aku bila dapat address dia, kitorang tulis surat elok-elok. Masa tu kitorang form 2 di Sekolah Menengah. Kitorang tulislah gaduh dah lama, dah panjang, isu tak tau hujung pangkal. Apa nak gaduh-gaduh rilek sudahlah. Nak main apa mainlah, respect je sesama kita.

Dia balas bai.

Ayat dia bukan main sedap dan sopan. Dia kata inliner pun ada poser juga. Dia kata dia respek orang berbudi bahasa macam kami, bangga jugaklah kami masa tu. Last sekali aku takleh lupa dia kata lebih kurang, Do what you want to, and be happy Johor skaters!

So kesimpulannya ialah go skate and be happy about it. Penat berhenti rilek. Dah hilang penat skate lagi. Set your own goal and be happy!

Gambar dari FB SkateMalaysia

07/08/2026

2 skate legends

Politik skate sikit huhuCerita sebenar yang dalam-dalam kita pun tak tahuTapi aku personally amat tak s**a cara Lakai es...
07/08/2026

Politik skate sikit huhu

Cerita sebenar yang dalam-dalam kita pun tak tahu

Tapi aku personally amat tak s**a cara Lakai especially Marc Roca layan Luis Mora.

Lakai dah tertungging, Luis Mora angkat balik, susun team, buat video, tarik Joslin masuk

Nampak dah berjalan elok sikit, tiba-tiba pecat Luis Mora

Aku rasa aku tahu sebabnya

Dalam komuniti "core skater" ni, YouTube skater duduk dalam kelas kedua

Skater yang power sekalipun macam John Hill, team Braille (dulu), Ricky Glaser pun, tapi sebab dianggap bukan core skater, semua diketepikan ke satu sudut

Thrasher yang diagung-agungkan (dulu, sekarang sell out juga) memang tak akan cover diorang, walaupun gila-gila macam Dale Decker (masuk video Thrasher setakat Hall of Meat). Selective dan bias terhadap siapa yang dia nak sahaja.

Dulu bukan main rebel terhadap korporat, dah tu Yuto Horigome sponsored by Nike SB apa, boleh pulak masuk cover depan Thrasher.

Mende la agaknya diorang ni

Kita kat Malaysia ni tak payah la beriya sampai macam tu, komuniti kita bukan besar pun, bukan ada sponsor besar, kadang tumpang KBS, kadang-kadang local brands banyak sponsor hadiah dan duit untuk event, kita bersatu jelah

Spread love not hate Ok?

Orang nak ambik video dia berjaya ollie obstacle 2 inci biar jelah, raikan je apa de hal. Pencapaianlah tu bagi dia. Bagi semangat, jangan nak kondem saje.

Kasut apa ni....cuba teka?Keyword: Ultra cush Hehehe
02/08/2026

Kasut apa ni....cuba teka?
Keyword: Ultra cush
Hehehe

Address

Serom

Telephone

+60177109201

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TokImam Skateboarding posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to TokImam Skateboarding:

Shortcuts

Share