DJ Husaini

DJ Husaini Menyediakan khidmat sewa PA Sistem untuk sebarang majlis. Menyediakan Pengacara dan DJ yang lebih Islamik. Semoga majlis meriah dan diredhai Allah swt.

بِسْـــــمِ آللهِ آلرَّحْمٰنِ آلرَّحِيـمِالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُPANTUN CERITA SEMALAM : ANU...
07/12/2025

بِسْـــــمِ آللهِ آلرَّحْمٰنِ آلرَّحِيـمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

PANTUN CERITA SEMALAM : ANUGERAH PASTI AL-MUSTAQIM

Burung Merpati terbang seharian,
Putih hitam di hutan rimba;
Anugerah PASTI nama kejadian,
Sewa PA sistem rezekinya hamba.

Ditepi stokin sekotak meehun,
Perasa kari pedas digagah;
PASTI al-Mustaqim lebih 20 tahun,
Tetap berdiri semakin megah.

Jangan naif banyak berangan,
Terus mendada hadapi seteru;
Asalnya daif serba kekurangan,
Kini sudah ada bangunan baru!

Tahniah!

Kepada anak-anak PASTI yang menamatkan pra-sekolah dan tahun depan akan masuk darjah 1 sekolah kebangsaan. Tahniah juga kepada ibubapa, guru-guru dan pihak pentadbiran.

Sekian. Terima kasih.

Wallahua'lam. Insya Allah.

Kalam tradisi :
Mohamad Husaini Husin @ Abang Besar.
7hb Dis 20025/ 16 Jamadilakhir 1447H

بِسْـــــمِ آللهِ آلرَّحْمٰنِ آلرَّحِيـمِالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُPANTUN PENGACARA MAJLIS LAG...
30/11/2025

بِسْـــــمِ آللهِ آلرَّحْمٰنِ آلرَّحِيـمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

PANTUN PENGACARA MAJLIS LAGI

Lauk sardin dalam kuali,
Masak kari di malam hari;
Faizah Jalaluddin dua sejoli,
Raja sehari nampak berseri.

Jauh merantau tiada dikenali,
Turun naik penat berlarian;
Di Rantau majlis meriah sekali,
Cuaca baik panas seharian.

Onak ranjau diinjak sama,
Asyik terhoyong berhati jaga;
Jingga dan hijau menjadi tema,
Bergotong-royong ramai keluarga!

Menjadi pengacara majlis untuk majlis walimatul urus Noorfaizah binti Kamaruddin dengan pasangan pilihan hatinya, Muhammad Jalauddin bin Juhari di adakan di Kampung Sri Lalang, Rautau semalam Sabtu, 29 Nov 2025/ 8 Jamadilakhir 1447 H.

Alhamdulillah. Majlis berjalan lancar, cuaca baik dengan panas seharian, ramai para tetamu dan amat meriah sekali.

Semoga Allah swt kurniakan kekuatan fizikal, sihat walafiat serta peminat yang ramai untuk diteruskan dakwah ini.

Dakwah melalui lagu!

Sekian. Terima kasih.

Pengacara Islamik anda;
Mohamad Husaini Husin
017-399 9122
53 Jalan PS 5/13
Taman Pinggiran Senawang

https://www.facebook.com/share/1beMeSmrkz/

بِسْـــــمِ آللهِ آلرَّحْمٰنِ آلرَّحِيـمِالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُPANTUN BERDAKWAH MELALUI LA...
28/11/2025

بِسْـــــمِ آللهِ آلرَّحْمٰنِ آلرَّحِيـمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

PANTUN BERDAKWAH MELALUI LAGU

Gulai kawah di tepi dagu,
Tungku disendal tak berantakan;
Berdakwah melalui nasyid lagu,
Banyak modal yang diperlukan.

Tiada mengalah tidak buntu,
Masih kekal walau pun penat;
Semoga Allah swt membantu,
Kuatkan fizikal ramaikan peminat!

Bukan gaya tapi tujuannya,
Tiada berpunya tak terserlah;
Tiada daya kecuali izinNya,
Aku hanya mampu berserah.

Doakan semoga majlis berjalan lancar & dirahmati Allah swt.

Sekian. Terima kasih.

Pengacara Islamik anda;
Mohamad Husaini Husin
017-399 9122
53 Jalan PS 5/13
Taman Pinggiran Senawang

https://www.facebook.com/share/p/16o8Dqfx7k/

بِسْـــــمِ آللهِ آلرَّحْمٰنِ آلرَّحِيـمِالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*PANTUN UNTUK RASULULLAH SA...
30/09/2023

بِسْـــــمِ آللهِ آلرَّحْمٰنِ آلرَّحِيـمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

*PANTUN UNTUK RASULULLAH SAW*

Bunga dipetik letak di perdu,
Berayun Lili bayu menderu;
Setiap detik kami merindu,
Beribu kali kami menyeru.

Daun Bidara dibuat ramu,
Ramuan padu gaul sebati;
Kami gembira jika bertemu,
Melepaskan rindu dilubuk hati.

Anak benih dari kaki Jerai,
Rasa tenang semai bertamu;
Airmata jernih jatuh berjurai,
Bila terkenang pergorbanan mu.

Anak Kelah di Tasik Cini,
Cantik warna memikat hati;
Ya Rasullullah, temukan kami ini,
Di dunia fana dan di masyar nanti.

Mancung hidung indah tersemat,
Tiada beralah gigih dakwahnya;
Jadikan pelindung kepada umat,
Ketika Allah (swt) tunjuklan mutkaNya.

*Kami menyediakan audio sistem untuk majlis Maulidurasul : TTJ berselawat pada hari Khamis 28hb Sept 2023. Semoga usaha kecil ini diredaiNya dan mendapat perhatian kekasih kita Muhammad Rasulullah SAW.*

Terima kasih kepada semua jawatankuasa pengajur dan krew yang mahu bertolak-ansur, gigih dan teliti.

Alhamdulillah. Wallahua'lam. Sekian. Terima kasih.

Karya nukilan :
Abang Besar Trading
Abang Besar (AB) @ Mohamad Husaini
017-399 9122
https://www.facebook.com/mohamadhusaini.husin

Perlukan PA sistem bersama pengacara Islamik, sila klik...
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5664796490211514&id=100000436580783

Perlukan Madu ASLI, sila klik...
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5396977326993433

بِسْـــــمِ آللهِ آلرَّحْمٰنِ آلرَّحِيـمِالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُCERITA HARI AHAD 3 JULAI 20...
04/07/2022

بِسْـــــمِ آللهِ آلرَّحْمٰنِ آلرَّحِيـمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

CERITA HARI AHAD 3 JULAI 2022

Tanjak berlipat di tiang seri,
Hati tertawan indah bercermin;
Pengantin empat nampak berseri,
Berkongsi dewan juga pelamin.

Tiada terluah sahabat bertemu,
Lima deria anggun dicermati;
Suasana meriah ramai tetamu,
Meriah ceria semoga diberkati.

Hilang lara di bulannya Jun,
Nampak kelibat di taman Coral;
Jadi pengacara bidan terjun,
Bantu sahabat yang beraral.

Sejarah Jepun hitam gelap,
Kain satin dibawa berjaga;
Mohon ampun andai tersilap,
Nama pengantin tersasul juga.

Sejenak berhenti bukan beralah,
Musuh terkecar terus menghilang;
Puaslah hati syukur alhamdulillah,
Majlis lancar tambah gemilang.

Jadi pengacara majlis kenduri perkahwinan 2 pasang mempelai iaitu Mohamad Najjar bin Abdullah bersama pasangan Nur Syaza Zuhailee binti Roslee dan Muhammad Syazwan Zuhailee bin Roslee dengan pilihan hatinya Nurul Huda binti Shamsuri. Semoga dirahmati Allah swt kehidupan mereka di dunia dan akhirat.

Majlis bertempat di Dewan Melur, Dewan Sharifah Kohijrah & Event Hall, Nilai. Dewan indah dengan pakej yang sangat berpatutan.

Alhamdulillah. Terima kasih.

Sekian. Wallahua'lam.

Abang Besar @ Mohamad Husaini
017-399 9122

Anda perlukan PA sistem bersama pengacara Islamik, sila wassap. Semoga majlis diberkati Allah swt. Insya Allah
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5664796490211514&id=100000436580783

Madu ialah ubat, minuman dan makanan. Inginkan madu Kelulut & Tualang asli, sila klik..
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5396977326993433&id=100000436580783

Salam.Lama rumah indah bertangga,Air berlinang ros memerah;Majlis walimah Hafiz & Jija,Suasana tenang lagi meriah.Kunyit...
23/02/2019

Salam.

Lama rumah indah bertangga,
Air berlinang ros memerah;
Majlis walimah Hafiz & Jija,
Suasana tenang lagi meriah.

Kunyit halia besar berisi,
Dihiris Limah cuma sekerat;
Dewan Komplek Belia jadi saksi,
Indahnya walimah penuh berkat.

Karya :
Pengacara anda hari ini,
DeeJay Husaini
23 Feb 2019/ 18 JamadilAkhir 1440

Salam.Juadah lazat hasil usaha,Tiada sesia masakan dijamin;Mohd Zulaizat & Siti Najiha,Bergambar ceria diatas pelamin.Di...
08/09/2018

Salam.

Juadah lazat hasil usaha,
Tiada sesia masakan dijamin;
Mohd Zulaizat & Siti Najiha,
Bergambar ceria diatas pelamin.

Dihias kain berwarna merah,
Tiada jemu ditatap orang;
Kenduri kahwin sangat meriah,
Ramai tetamu memenuhi ruang.

Sangat cermat memilih bilis,
Untuk sajian santapan beralas:
Hamba berkhidmat ceriakan majlis,
Mendapat pujian semoga ikhlas.

Pengacara Islamik anda,
Abang Besar
8 Sept 2018/ 27 Zulhijjah 1439H
No. 19 Jalan Menteri
kampung Kundur Hulu
71400 Pedas
Negeri Sembilan.

Address

Seremban
70450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DJ Husaini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share