04/03/2025
BioData Pelukis
ABDULLAH THAMBY (CHE' LAH)
Lahir di Kuala Lumpur 3-11-1952)
Berbakat di dalam bidang seni lukis dan
memulakan kerjaya pada 1971 sebagai
pelukis poster panggung wayang di
United Artist Film'Singapura.
Beliau meneruskan kerjaya di
Perusahaan Filem Malaysia' (PERFIMA)
pada 1972.
Abdullah pernah bekerja di beberapa
syarikat pengiklanan sebagai pengarah
lukisan grafik, dan mempunyai
beberapa pengalaman dalam bidang
rekaan grafik, pintu gerbang dan
kereta berhias pada
Perayaan Hari Kebangsaan.
Pernah memenangi tempat pertama
anugerah buku fiksyen kanak-kanak
yang bertajuk 'Ke Mana Sang Kancil' di
'Pesta Buku Malaysia 1985, dengan
kerjasama 'Dewan Bahasa Pustaka'.
Pada 1982- 2004, beliau berkerja di
syarikat The New Straits Times Press'
sebagai pelukis grafik, dan pernah
menghasilkan beberapa buah buku,
salah satunya bertajuk'Daftar Hari
Merdeka 86 dan buku'Tamadun Islam
Sedunia' dengan kerjasama Pusat Islarm
Kuala Lumpur.
Kini, beliau menghasilkan pelbagai
lukisan seni halus dengan gabungan
seni khat. Beliau juga berbakat dalam
seni pertukangan model kapal layar.