04/06/2024
TIRUAN‼️..
saya tidak bertanggungjawab ke atas produk yang dibeli secara tiruan..segala certified siris number dan word ditiru secara bulat2… kandungan bahan pesticide yang digunakan amat merbahaya kerana mengandungi bahan kimia iaitu beta cypermathrine..ia tidak diluluskan di jabatan pertanian..
kami sudah lame menukar formula yang telah diluluskan dan selamat digunakan..untuk kenal pasti sijil certified itu sah atau tidak boleh hubungi INSTITUT HALAL UPM..
saya sudah bertungkus lumus kenal kan produk ini kepada pelanggan dan menjaga servis dengan baik..cuma saya tidak menjual di talian membeli belah seperti di shoppee,lazada & tik tok kerana ingin memberi laluan kepada stokis dan wakil agen kami..
Tetapi ada p**a yang mengambil kesempatan untuk meniru produk saya..detail FB dan detail certified pun dia tiru juga..selepas saya bagi amaran pada 4/6/24 dia terus block saya dan ubah detail lable tetapi warna dan word masih same..membuat pengguna akan confius..
Jadi jika ada ape2 complain atau terjadi apa2 pada pelanggan akan terus direct ke saya…saya yang dipertanggungjawabkan..Jadi pelanggan semua saya minta jasa baik tolong jangan support produk tiruan.. semua produk yang dia jual adalah tiruan termasuk brand lain yang dijual..semuanya produk pesticide.. jika ada sebarang pertanyaan sila pm saya..tq