11/09/2026
KUNJUNGAN HORMAT INSTITUT SENI KREATIF NUSANTARA (INSAN) KE JKKN NEGERI SEMBILAN
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan telah menerima kunjungan hormat daripada Institut Seni Kreatif Nusantara (INSAN), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam bidang seni kreatif dan warisan kebudayaan.
Kunjungan ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah JKKN Negeri Sembilan, Encik Mohd Zuhairi Ibrahim, serta melibatkan perbincangan berkaitan perkongsian kepakaran, program seni budaya dan peluang kolaborasi antara kedua-dua pihak.
Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kerjasama dalam memperkasa ekosistem seni, budaya dan warisan di Negeri Sembilan.