AADK Daerah Sepang

Directions Website

AADK Daerah Sepang Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) adalah sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri

17/09/2026

"Nanti orang gelak."
"Saya tak pandai macam mereka."
"Kalau gagal macam mana?"

Sedih, kan? Awak sendiri yang jadi 'pembunuh' paling kejam kepada impian sendiri. Awak beri laluan untuk orang lain melangkah, bukan sebab mereka lebih hebat. Tapi, sebab awal-awal lagi awak dah menyerah kalah sebelum bertarung.

Sampai bila awak nak jadi tukang sorak di bawah, sedangkan awak sepatutnya berada di atas sana? Berapa banyak lagi peluang yang awak nak 'sedekahkan' dekat orang lain hanya sebab awak rasa awak tak layak?

Ingat ni baik-baik. Orang yang awak nampak berjaya tu, mereka pun ada rasa takut yang sama. Tapi bezanya, mereka tak izinkan rasa takut tu pegang stereng hidup mereka.

Berhenti guna alasan "saya tak boleh" untuk tutup rasa malas atau takut awak untuk mencuba. Dunia takkan tunggu awak habis rasa โ€œinsecureโ€. Jangan pelik kalau satu hari nanti awak terbangun dan sedarโ€ฆโ€ฆ Hidup awak habis hanya dengan melihat orang lain berjaya dari jauh.

Kalau hari ini adalah hari terakhir awak, adakah awak bangga dengan hidup awak yang penuh dengan alasan, atau awak terkilan sebab tak pernah mencuba?

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
16/09/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026

Semangat pembentukan Malaysia yang berteraskan perpaduan, persefahaman dan kebersamaan hendaklah terus dipelihara sebagai kekuatan negara dalam menghadapi cabaran semasa.

Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun memperingati detik bersejarah pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, apabila Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bersama-sama membentuk sebuah persekutuan baharu. Detik bersejarah ini menjadi simbol perpaduan dan kebersamaan rakyat dalam membina sebuah negara yang berdaulat dan sejahtera.

Dalam konteks memerangi masalah dadah, AADK menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus bersatu dan memainkan peranan masing-masing dalam membina komuniti yang bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Jadikan semangat Hari Malaysia sebagai kekuatan untuk kita terus melangkah bersama membina negara yang lebih selamat, sejahtera dan bebas daripada ancaman dadah.

Ikhklas daripada
Dato' Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)







๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š๐—œ ๐—ช๐—”๐—๐—”๐—› ๐—”๐—ก๐——๐—”, ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š๐—œ ๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ช๐—” ๐—”๐—ก๐——๐—”
15/09/2026

๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š๐—œ ๐—ช๐—”๐—๐—”๐—› ๐—”๐—ก๐——๐—”, ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š๐—œ ๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ช๐—” ๐—”๐—ก๐——๐—”

Ramai ingat kesan dadah ni cuma dekat kesihatan mental, tapi sebenarnya ia "makan" diri dari dalam sampai terpancar pada wajah. Terutamanya bagi orang yang mengambil dadah jenis Syabu (M**h) atau He**in.

Kenapa wajah boleh berubah drastik? Ini puncanya:
โ€ข Kulit kurang oksigen โ†’ nampak pucat, kusam & kurang sihat
โ€ข Luka atau jerawat lambat sembuh โ†’ mudah tinggalkan parut

Sayangi wajah anda, sayangi nyawa anda. Elakkan diri sebelum terlambat. ๐Ÿ’š

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ง๐—”๐—ž๐—ญ๐—œ๐—”๐—›
15/09/2026

๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ง๐—”๐—ž๐—ญ๐—œ๐—”๐—›

SALAM TAKZIAH

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ู€ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนูˆู†

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) merakamkan ucapan takziah kepada Mohd Ashrofudin bin Ramdzon, Pengawal Keselamatan Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kuala Muda, Kedah dan seluruh ahli keluarga atas pemergian dua orang anak beliau, Muhammad Aeril Aziz, 11 tahun dan Muhammad Arif Naufal, 8 tahun, yang telah kembali ke rahmatullah dalam tragedi lemas di Taman Desa Kayangan Kulim pada 14 September 2026.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah





15/09/2026

Sayang keluarga bukan bermaksud kita simpan rahsia yang memusnahkan mereka. Kalau ada rasa syak, jangan buat spekulasi sendiri. ๐Ÿ›‘
Dapatkan Nasihat Pakar AADK secara Rahsia. Anda boleh bertanya, berbincang, dan minta panduan tanpa perlu dedahkan identiti individu tersebut. Langkah kecil anda hari ini mungkin penyelamat besar buat masa depan mereka.
Bantu sebelum terlambat. Pintu kami sentiasa terbuka untuk mendengar. ๐Ÿคฒ
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



11/09/2026

ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ู„ูŽุง ูŠูุบูŽูŠู‘ูุฑู ู…ูŽุง ุจูู‚ูŽูˆู’ู…ู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ูฐ ูŠูุบูŽูŠู‘ูุฑููˆุง ู…ูŽุง ุจูุฃูŽู†ู’ููุณูู‡ูู…ู’

โ€œSesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.โ€

โ€” Surah Ar-Raโ€˜d, 13:11

Perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik bermula daripada kesedaran dan kemahuan dalam diri sendiri.

Setiap individu mempunyai peranan dalam membentuk kehidupan yang lebih positif, meninggalkan perkara yang memudaratkan serta memilih jalan yang membawa kepada kebaikan.

Marilah kita bersama-sama membudayakan sikap prihatin, saling menyokong dan berusaha melakukan perubahan positif demi membina masyarakat yang sihat, selamat dan sejahtera serta bebas daripada ancaman dadah.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah




๐——๐—จ๐—œ๐—ง ๐—”๐—ก๐——๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ '๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—จ๐—ฅ' ๐——๐—œ ๐— ๐—”๐—ก๐—”?
10/09/2026

๐——๐—จ๐—œ๐—ง ๐—”๐—ก๐——๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ '๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—จ๐—ฅ' ๐——๐—œ ๐— ๐—”๐—ก๐—”?

Duit anda selalu โ€˜leburโ€™ di mana?

Pelik, kan? Kerja dah kuat tapi hujung bulan baki akaun tinggal RM10 je. Rupanya banyak 'kebocoran' halus dalam gaya hidup kita.

Salah satu cara paling drastik nak jimat duit sebenarnya bukan dengan jimat makan, tapi dengan BERHENTI membazir pada perkara yang merosakkan kesihatan. Bayangkan kalau RM10-RM20 sehari yang digunakan untuk perkara tak berfaedah disimpan dalam tabung, hujung tahun boleh pergi bercuti atau beli gaming chair baru! Gaya hidup sihat bukan setakat jaga badan, tapi juga jaga poket.

Setuju ke setuju? Cuba korang share satu 'bad habit' yang kalau korang berhenti, korang boleh jadi kaya-raya?

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



๐Ÿ“ข ๐—•๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—”๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—”๐—”๐——๐—ž ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—  ๐—ฆ๐—จ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—” ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿ“† 10 September 2026 | Khamis๐Ÿ“ SK SalakAgensi Antidad...
10/09/2026

๐Ÿ“ข ๐—•๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—”๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—”๐—”๐——๐—ž ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—  ๐—ฆ๐—จ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—” ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐Ÿ“† 10 September 2026 | Khamis
๐Ÿ“ SK Salak

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sepang telah menyertai Karnival Kita STEM Supernova Tahun 2026 yang berlangsung di SK Salak menerusi pengisian Bas Pameran AADK.

Penglibatan ini menjadi salah satu platform AADK untuk mendekati para pelajar melalui pendekatan pendidikan dan pencegahan yang lebih santai, interaktif dan menarik.

Menerusi Bas Pameran AADK, para pelajar berpeluang melihat pelbagai bahan pameran serta mendapatkan maklumat berkaitan bahaya penyalahgunaan dadah, kesan terhadap diri, keluarga dan masa depan, di samping kepentingan membuat pilihan yang bijak dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Pameran turut memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai peranan dan perkhidmatan AADK dalam usaha pencegahan, rawatan dan pemulihan serta penguatkuasaan berkaitan isu dadah.

Pendekatan sebegini penting dalam menyampaikan mesej pencegahan sejak di bangku sekolah, sekali gus membantu membentuk generasi muda yang berilmu, berdaya tahan dan mampu menolak pengaruh negatif.

AADK Daerah Sepang akan terus memperkukuhkan kerjasama bersama pihak sekolah dan komuniti dalam menyampaikan mesej pencegahan secara kreatif dan berkesan demi melahirkan generasi yang sihat, cerdas, berdaya tahan dan bebas dadah. ๐Ÿค๐Ÿปโœจ

STEM MEMBINA MINDA,
PENCEGAHAN MEMBENTUK GENERASI. ๐Ÿง โœจ๐Ÿšซ๐Ÿ’Š

๐Ÿ“ž Ada Masalah Dadah?

Hubungi Talian Hotline AADK:
โ˜Ž๏ธ 1-800-22-2235 (AADK)
๐Ÿ“ฑ 019-626 2233

๐ŸŒ icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan.
๐ŸŒ www.aadk.gov.my untuk maklumat lanjut.








๐Ÿ“ข ๐—”๐—”๐——๐—ž ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—•๐—” ๐—ฆ๐—”๐—™๐—˜๐—ง๐—ฌ ๐——๐—”๐—ฌ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿ“† 9 September 2026 | Rabu๐Ÿ“ MAB Academy, KLIAAgensi Antidadah Kebang...
10/09/2026

๐Ÿ“ข ๐—”๐—”๐——๐—ž ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—•๐—” ๐—ฆ๐—”๐—™๐—˜๐—ง๐—ฌ ๐——๐—”๐—ฌ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐Ÿ“† 9 September 2026 | Rabu
๐Ÿ“ MAB Academy, KLIA

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sepang telah menyertai Program MABA Safety Day 2026 yang berlangsung di Campus, Southern Support Zone, KLIA.

Program ini melibatkan beberapa pengisian utama iaitu Bas Pameran AADK, Pameran Statik serta Forum, sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga kerja berkaitan bahaya penyalahgunaan dadah serta kepentingan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan bebas dadah.

Menerusi Bas Pameran AADK, para peserta berpeluang mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan pencegahan dadah, perkhidmatan AADK serta bahan pendidikan secara lebih interaktif dan dekat dengan komuniti.

Selain itu, Pameran Statik AADK turut menyediakan informasi berkaitan isu penyalahgunaan dadah, kesan terhadap individu, keluarga dan kerjaya serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil bersama.

Penyertaan AADK Daerah Sepang dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik bersama pihak industri serta komuniti, khususnya dalam membudayakan kesedaran antidadah dan mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, sihat dan bebas dadah.

Bersama mencegah, bersama membanteras.
Dadah bukan pilihan. Keselamatan dan masa depan adalah tanggungjawab kita bersama. ๐Ÿค๐Ÿป

---

๐Ÿ“ž Ada Masalah Dadah?

Hubungi Talian Hotline AADK:
โ˜Ž๏ธ 1-800-22-2235 (AADK)
๐Ÿ“ฑ 019-626 2233

๐ŸŒ icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan.
๐ŸŒ www.aadk.gov.my untuk maklumat lanjut.







๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐—”๐—จ๐——๐—œ๐—ง ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—•๐—˜๐—•๐—”๐—ฆ ๐——๐—”๐——๐—”๐—› (๐—ง๐—˜๐—ž๐—”๐——) ๐—”๐—”๐——๐—ž ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
10/09/2026

๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐—”๐—จ๐——๐—œ๐—ง ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—•๐—˜๐—•๐—”๐—ฆ ๐——๐—”๐——๐—”๐—› (๐—ง๐—˜๐—ž๐—”๐——) ๐—”๐—”๐——๐—ž ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Address

KM 4, Jalan Banting, Dengkil
Sepang
43800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Sepang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share