Akademi Jawi Malaysia

  • Home
  • Akademi Jawi Malaysia
Call Directions Website Contact the establishment

Akademi Jawi Malaysia Pusat ke‘ilmuan, kebudayaan dan persuratan Bahasa Jawi GERAK KERJA AKADEMI JAWI MALAYSIA
1.

Akademi Jawi Malaysia ialah sebuah sharikat persendirian yang menghidup, memulihara dan memperkasakan warisan persuratan Jawi melalui penerbitan semula karya Jawi dengan wibawa keilmuan yang tinggi, pelatihan melalui kegiatan pendidikan dan bengkel ilmiah, dan perundingan khidmat penerbitan, penjawian dan perumian untuk pelbagai institusi dan orang perseorangan yang berkaitan. CITA-CITA AKADEMI JAWI MALAYSIA
Menjadi sebuah badan ke‘ilmuan utama yang di’itirafi di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Gerak kerja Ke’ilmuan: Menjadi pusat budaya ‘ilmu berteraskan peradaban Islam
2. Gerak kerja Bahasa Jawi: Memperkenal dan menghidupkan semula Bahasa Jawi sebagai sebuah tradisi ke‘ilmuan Melayu-Islam
3. Gerak kerja Ekosistem Perbukuan: Menerajui ekosistem perbukuan bermutu untuk judul-judul ke‘ilmuan

25/10/2026

Bicara Buku Bangi bersama Dato Seri Zaini Ujang dan Prof Dr Muhammad Zainiy Uthman. Buku Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam, Profesor Diraja Terpuji Syed Muhammad Naquib al-Attas

Pendeta Za'ba meninggal dunia pada Selasa, 23 Oktober 1973 dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari hospital, enam hari ...
23/10/2026

Pendeta Za'ba meninggal dunia pada Selasa, 23 Oktober 1973 dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari hospital, enam hari selepas menjalani pembedahan. Beliau berusia 78 tahun ketika itu. Kematiannya cukup menghibakan, mendatangkan rasa dukacita rakyat jelata, dan berita pemergiannya tersebar ke seluruh Semenanjung, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.

Surat khabar tempatan menyiarkan berita duka ini dengan rakaman jasa dan sumbangan Za'ba sepanjang hayatnya kepada bahasa dan persuratan. Pemimpin negara, sarjana tempatan dan rakyat mengunjungi jenazah Allahyarham di rumahnya di Petaling Jaya sebelum dibawa bersemadi di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang.

—-

"Allahyarham akan senantiasa dingat sebagai seorang nasionalis ulung dan anak watan yang telah banyak berjasa dan berbakti kepada negara terhadap perkembangan bahasa dan persuratan Melayu."
– Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri (1973)

*Kita tidak akan jumpa orang yang sepertinya lagi, yang telah menghabiskan sepanjang hayatnya berusaha untuk kepentingan bangsa dan negara."
– Datuk Haji Asri, Menteri Kemajuan Tanah dan Tugas-tugas Khas (1973)

"Kecintaan Allahyarham kepada tanah air dan juga bangsa lebih banyak disalurkan melalui hasil karya dan pemupukan bahasa ibunda. Beliau yakin bahawa bahasa harus ditegak dan diperkembangkan."
– Utusan Melayu, 25 Oktober 1973

"Tidak hairan kalau ia mendapat berbagai-bagai anugerah kerana jasanya dalam meninggikan mutu bahasa Melayu. Ia adalah ahli bahasa yang tunggal dan bijak dalam segala aspek ilmu persuratan."
– Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) (1973)

"Barangkali tidak silap kalau dikatakan Pendeta ialah orang yang pertama mengangkat darjah bahasa Melayu dengan kajiannya yang 'sistematik' terhadap bahasa itu. Beliau juga mahir dalam adat istiadat dan kebudayaan Melayu dan agama Islam."
– Berita Harian, 28 Oktober 1973

Za'ba adalah derma termahal yang diberikan oleh Islam ke dalam Kesusasteraan Melayu Modern. Za'ba adalah laksana jambatan yang menghubungkan di antara perbendaharaan Melayu lama dengan perkembangan bahasa yang modern.
– Hamka (1976)

"Ketahuilah bahawa lama sebelum pakar-pakar ekonomi muncul melaungkan peri kemiskinan Melayu, lama sebelum golongan-golongan sosialis memukul gendang anti-feudalisme, Zainal Abidin bin Ahmad yang bukan pakar ekonomi atau sosialis, telah dengan beraninya mengulas, membidas dan melaberak punca-punca dan akar umbi masalah ini."
– Profesor Diraja Terpuji Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas (1973)

——

𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐡.

Gambar: Berita kematian Za'ba disiarkan di The Straits Times, 24 October 1973, hlm 18

𝗧𝗢𝗠𝗢𝗥𝗥𝗢𝗪 𝗠𝗢𝗥𝗡𝗜𝗡𝗚: 𝗦𝗘𝗦𝗦𝗜𝗢𝗡 𝟬𝟮 𝗢𝗙 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗦𝗦 𝗢𝗙 𝗔𝗗𝗔𝗕Wan Mohd Nor Wan Daud delivers the second lecture of "The Problem of the...
17/10/2026

𝗧𝗢𝗠𝗢𝗥𝗥𝗢𝗪 𝗠𝗢𝗥𝗡𝗜𝗡𝗚: 𝗦𝗘𝗦𝗦𝗜𝗢𝗡 𝟬𝟮 𝗢𝗙 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗦𝗦 𝗢𝗙 𝗔𝗗𝗔𝗕

Wan Mohd Nor Wan Daud delivers the second lecture of "The Problem of the Loss of Adab and Other Issues" tomorrow.

🗓 Sunday, 18 October 2026, 9.00 am to 11.00 am (Malaysia time)
📍 Balai Jawi, Kajang (doors open 8.30 am for registered participants)
📺 Live from 8.50 am on Maratib.my (https://www.maratib.my/loss-of-adab), and on the Akademi Jawi Malaysia page and YouTube channel.

Organised by Akademi Jawi Malaysia, Adab International Network and Ta'dib International Institute.

16/10/2026
𝗕𝗜𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗗𝗜𝗦𝗜 𝗥𝗔𝗧𝗜𝗕 𝗔𝗟-'𝗔𝗧𝗧𝗔𝗦Berita gembira buat sahabat-sahabat yang meng'amalkan dan mencintai Rātib al-'Aṭṭās.Akadem...
16/10/2026

𝗕𝗜𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗗𝗜𝗦𝗜 𝗥𝗔𝗧𝗜𝗕 𝗔𝗟-'𝗔𝗧𝗧𝗔𝗦

Berita gembira buat sahabat-sahabat yang meng'amalkan dan mencintai Rātib al-'Aṭṭās.

Akademi Jawi Malaysia dengan sukacitanya mempersembahkan Bicara Tradisi Rātib al-'Aṭṭās, satu majlis 'ilmu yang membicarakan rātib susunan al-Ḥabīb 'Umar bin 'Abd al-Raḥmān al-'Aṭṭās serta tradisi peng'amalannya di 'Alam Melayu.

Bersama kami:

Ustadh Syed Muhiyuddin al-Attas
Ustadh Wan Mohamad Mukmin bin Wan Mahadi
Haji Abdul Razak Abdul Rahman

Ustadh Wan Mohamad Mukmin dan Haji Abdul Razak ialah penulis buku Tradisi Rātib al-'Aṭṭās di 'Alam Melayu: Sanad, Kitab dan Peng'amalannya.

★ Hari: Jum'at, 16 Oktober 2026
★ Waqtu: bermula 8.00 malam
★ Siaran langsung: Facebook dan YouTube Akademi Jawi Malaysia

Ikuti siaran langsung pada malam tersebut di:
Facebook: https://www.facebook.com/akademijawi
YouTube: https://www.youtube.com/

Kongsikan hebahan ini kepada sahabat dan keluarga yang meng'amalkan rātib ini.

Terima kasih! 🌿

𝗧𝗛𝗜𝗦 𝗦𝗨𝗡𝗗𝗔𝗬: 𝗦𝗘𝗦𝗦𝗜𝗢𝗡 𝟬𝟮 𝗢𝗙 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗦𝗦 𝗢𝗙 𝗔𝗗𝗔𝗕The lecture series "The Problem of the Loss of Adab and Other Issues" by Wan ...
14/10/2026

𝗧𝗛𝗜𝗦 𝗦𝗨𝗡𝗗𝗔𝗬: 𝗦𝗘𝗦𝗦𝗜𝗢𝗡 𝟬𝟮 𝗢𝗙 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗦𝗦 𝗢𝗙 𝗔𝗗𝗔𝗕

The lecture series "The Problem of the Loss of Adab and Other Issues" by Wan Mohd Nor Wan Daud continues this Sunday with the second of six sessions.

🗓 Sunday, 18 October 2026
🕘 9.00 am to 11.00 am (Malaysia time)
📍 Balai Jawi, Kajang
Map: https://maps.app.goo.gl/ychNNURdbKZHLCf58

The lectures are delivered in English, in person and online. Registered in-person participants are welcome at Balai Jawi from 8.30 am. The live stream begins at 8.50 am on:
• Maratib.my: https://www.maratib.my/loss-of-adab
• Facebook: https://www.facebook.com/akademijawi
• YouTube: https://www.youtube.com/

Missed Session 01? The recording, with English captions, is available at maratib.my/loss-of-adab.

Admission is free. Contributions help sustain programmes like this:
CIMB 8602828597 (The Trustee of Ta'dib International Foundation)

Organised by Akademi Jawi Malaysia, Adab International Network and Ta'dib International Institute.

Akademi Jawi Malaysia akan bersama-sama memeriahkan Karnival Citra Penulis 2026 anjuran Perpustakaan Negara Malaysia, Ke...
08/10/2026

Akademi Jawi Malaysia akan bersama-sama memeriahkan Karnival Citra Penulis 2026 anjuran Perpustakaan Negara Malaysia, Kementerian Perpaduan Negara.

Editor Kanan kami, Norziati Mohd Rosman akan membicarakan tajuk “Karya Za’ba dengan Nafas Baharu”. Beliau akan berkongsikan segala kerja di belakang tabir dan gerak daya usaha menerbitkan serta memperkenalkan semula karangan-karangan Pendeta Za’ba kepada khalayak umum.

Selain itu, kami juga akan terlibat sebagai pempamer sepanjang 3 hari di sana. Jumpa kami di:

[Reruai 4]
Lokasi: Ruang Pameran & Lobi, Aras 1, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia
Tarikh: 8-10 Oktober 2026
Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang

Perpustakaan Negara Malaysia | Kementerian Perpaduan Negara

Sepuluh judul terlaris yang dibawa oleh Akademi Jawi Malaysia sempena Festival Buku Islami yang baru selesai dua hari ya...
22/09/2026

Sepuluh judul terlaris yang dibawa oleh Akademi Jawi Malaysia sempena Festival Buku Islami yang baru selesai dua hari yang lalu di Masjid Putra, Putrajaya.

Terima kasih kepada para pembeli dan pengunjung yang sudi singgah dan menyapa kami.

Bagi meraikan Festival Turath Islami, kami bawakan khusus buku-buku turath dari tradisi Jawi dan Arab. Alhamdulillah, kalangan pembaca turath sangat menghargai kehadiran judul-judul ini.

Semoga ada kesempatan untuk bertemu lagi pada tahun hadapan.

20/09/2026

bersama Dato Seri Zaini Ujang dan Prof Muhammad Zaini Uthman membicarakan Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam karangan Profesor Diraja Terpuji Syed Muhammad Naquib al-Attas

𝗠𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗮𝗹𝗶 𝗣𝗿𝗼𝗱𝘂𝗸 𝗩𝗶𝘀𝘂𝗮𝗹, 𝗦𝗲𝗻𝗶 & 𝗧𝗮𝗻𝗱𝗮𝗵𝗮𝘁𝗶 Akademi Jawi MalaysiaEncik Amir Ashraf, Pengurus Penerbitan kami akan berkongs...
18/09/2026

𝗠𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗮𝗹𝗶 𝗣𝗿𝗼𝗱𝘂𝗸 𝗩𝗶𝘀𝘂𝗮𝗹, 𝗦𝗲𝗻𝗶 & 𝗧𝗮𝗻𝗱𝗮𝗵𝗮𝘁𝗶
Akademi Jawi Malaysia

Encik Amir Ashraf, Pengurus Penerbitan kami akan berkongsi kisah di belakang tabir penerokaan Akademi Jawi Malaysia dalam menghasilkan pelbagai produk seni, visual dan infografik mutakhir ini. Selain itu, beliau juga akan menjelaskan kaedah bagaimana untuk memanfaatkan setiap satu daripada produk tersebut.

📍Workshop Hall, Masjid Putra, Putrajaya
📜 Sabtu, 19 September 2026
🕰️ 2.00–3.30 petang

Diundang hadir kepada semua yang berminat 😁✨


Address

8-1, Jalan Puteri 2A/6

43000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60389289899

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Jawi Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Akademi Jawi Malaysia:

  • Want your establishment to be the top-listed arts & entertainment?

Share