Segtura

Segtura Segtura by OrangKita eu.

10/06/2022

Comprar bilhetes para MEO KALORAMA Festival em Parque Da Bela Vista do distribuidor oficial, Kalorama."

Seorang Mamat Khalid. Selepas era emas Filem Melayu Jalan Ampas  alam seni filem Melayu seperti sedikit hilang arah dala...
25/10/2021

Seorang Mamat Khalid. Selepas era emas Filem Melayu Jalan Ampas alam seni filem Melayu seperti sedikit hilang arah dalam mencari identiti .Pengkarya teater mula merwarnai kain rentang di era 70an dan 80an namun masih sedikit , bersifat rebel dan berani.90 an ,slogan "Malaysia Boleh" turut meresap dalam tutur filem di Tanah Melayu, Filem propa. ala material ,koperat, Melayu baru harus "begitu" dan "begini ".Namun dalam kecelaluruan muncul seorang penjiwa besar bernama Mamat Khalid. Mamat Khalid bukan sekadar Pengarah Filem .Karya beliau terlampau banyak ,sungguh prolifik namun jika harus dipilih yang tiga terbaek dihati kami.

1) Kala Malam Bulan Mengambang

2)Man Laksa

3)Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Terima Kasih Mamat Khalid atas karya2 yang berjenaka namun bersulamkan pemikiran tentang Melayu,agama dan tanahair dan meraikan Bangsa Malaysia dari sudut pandang seorang Mamat Khalid

M.Nasir   "live in Dublin"          ' Guest'         Art Fadzil         Rendra Zawawi ,                                 ...
19/10/2021

M.Nasir "live in Dublin"
' Guest'
Art Fadzil
Rendra Zawawi , Ambassador Theatre ,Dublin.
21/03/2008

Buat yang pertama kali ,Sifu Dato M.Nasir sudi singgah menjenga'h anak-anak,bapak serta rakyat Tanah Melayu dan sekitarnya di kota Dublin.Ini mungkin tiada impaknya pada persada seni di tanah ayer namun tetap menjadi catatan buat kami.Inilah percubaan kami yang pertama .Bagaimana ,mengapa dan siapa? Inilah soalan sinonim yang bermain dikepala tika waktu terfikir ,mengapa tiada wakil irama nusantara di kota2 eropah . Aku ada mendengar tentang "Jawi empayar" dikota London,Kumpulan Art Fazil (Rausyanfikir) ,dia sudah lama dikota London pada waktu itu.Art seperti "man on a mission " disana .Sememangnya rezeki untuk mengundang M.Nasir dipermudahkan sepanjang hingga ke akhir rancangan.Setiap permulaan perjalanan harus ada sesat,jauh,likunya, apa lagi kalau kita dibumi orang.Harusnya jika kita bangga berbangsa ,berbudaya dan berseni "KITA" maka sebarkanlah benih alunan susilaan di rumah dan halaman jauh ditanah Eropah ini dan inilah di awal garisan permulaan .Ianya satu 'Journey' bukan rentas laju ,Kami masih disini. Alhamdulillah.

Address

Segamat

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Segtura posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Segtura:

Share