23/08/2026
KEM PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM, SEKOLAH KEBANGSAAN MUHAMMAD JABAR, D**G, RAUB.
Alhamdulillah, telah pun selesai usahasama dari pihak guru-guru sekolah bersama dengan kela adventure camp untuk menjayakan program yang dirancang.
Seramai 75 peserta arus perdana, 4 pelajar PPKI diiringi 16 guru-guru pengiring, serta 3 hari 2 malam pelajar didedahkan dengan latihan latihan serta pendedahan untuk nilai disiplin diri & pasukan, keyakinan diri dalam pelbagai situasi, kemahiran penyesuaian diri, pengurusan kumpulan kecil & pasukan besar, kerjasama sepasukan & kemahiran-kemahiran luar untuk pendedahan & persediaan diri mereka pada masa akan datang.
Peserta yang terdiri dari pelajar darjah 4 sehingga 6 tahun,melalui peringkat umur sebegini sangat perlu didedahkan kemahiran sebegini sebagai asas pembangunan diri mereka.
Tahniah diucapkan pada adii-adik semua & terima kasih pada pihak sekolah & guru-guru kerana walaupun kem ini diuruskan oleh pihak kem, tetapi muafakat guru-guru urusetia & pihak pentadbir sekolah dalam bersama sama memantau & mengikuti latihan, sangat membantu dalam bersama mengangkat objektif yang mahu dicapai.
Ada rezeki berjumpa lagi, terima kasih memilih kela adventure camp, sebagai destinasi pelaksana program. Semoga pelajar -pelajar juga mendapat sesuatu dari nilai pembelajaran yang ditawarkan, selain keseronokkan bermain bersama alam semulajadi.