01/05/2024
Bro berpeluang untuk mencuba ketiga-tiga SUV dari Proton, yakni Proton X50, X70, dan X90 dalam tempoh beberapa bulan ini.
Banyak faktor yang Bro perlu pertimbangan jika ditanya, model yang mana satu menjadi pilihan hati. Sebab citarasa, keperluan dan kemampuan setiap orang tidak sama.
Jika ditanya kepada Bro.
Bro pasti akan memilih SUV yang selesa untuk digunakan seisi keluarga, lebih-lebih lagi bila anak sudah meningkat dewasa. Mereka lebih s**a kereta yang mempunyai ruang yang lebih besar dan luas.
Kadangkala, Bro nak juga nampak muda dan mengikut citarasa sesama. Paling penting, nampak macam golongan profesional dan tidak terlalu tua jika dinilai dari pemilikkan kereta.
Paling penting, kemampuan untuk ia beraksi dalam kawasan bandar mahupun diluar bandar. Tidak lupa juga kemampuan ia beraksi untuk perjalanan jauh dan turut memberi kelesaan kepada penumpang.
Penggunaan minyak juga perlu dititik beratkan lebih-lebih lagi kebanyakan kenderaan sekarang dilengkapi dengan pilihan eco mode, untuk lebih penjimatan.
Rasa-rasa korang, model SUV manakah pilihan Bro sebenarnya? Sila tinggalkan nyatakan di ruangan komen ya!
Baca : https://www.broframestone.com/2024/04/perbandingan-antara-proton-x50-x70-dan-x90/