21/08/2018
[UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1439H]
Assalamualaikum w.b.t
Pada hari ini, Rabu, 22 Ogos 2018 bersamaan 10 Zulhijjah 1439, umat Islam di Malaysia akan merayakan Hari kebesaran Islam iaitu hari Raya Aidiladha. Hari kebesaran ini dikenali juga sebagai Hari Raya Haji yang merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi umat Islam di seluruh dunia mengikut kiraan bulan Islam di tempat masing-masing.
Oleh itu, Supreme LegendX 2018/2019 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga amalan kita pada bulan barakah ini akan diterima Allah.