Tadika Restu Ria

Tadika Restu Ria Our TASKA care for babies and children under the age of four, and our TADIKA care for children aged four to six.

We adore children and believe that every child is unique, and we encourage them to be creative and knowledgeable.

🀝 Parent-Teacher Meeting Day 2026 | Siri 1 🀝Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir pada sesi Parent-Teacher Meeti...
04/06/2026

🀝 Parent-Teacher Meeting Day 2026 | Siri 1 🀝

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir pada sesi Parent-Teacher Meeting Day hari ini. Setiap perbincangan, perkongsian dan kerjasama yang terjalin menjadi langkah penting dalam memastikan perkembangan terbaik buat anak-anak kita.

Bersama kita membina asas pendidikan yang kukuh untuk masa depan mereka. ❀️

πŸŒ™βœ¨ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha βœ¨πŸŒ™Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu keberkatan, ketenangan jiwa dan meng...
26/05/2026

πŸŒ™βœ¨ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha βœ¨πŸŒ™

Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu keberkatan, ketenangan jiwa dan mengeratkan lagi kasih sayang sesama insan. πŸ’š
Semoga setiap pengorbanan diterima dan setiap doa dipermudahkan oleh-Nya. πŸ€²πŸ‘

Ikhlas daripada seluruh warga Tadika Restu Ria 🌼
β€œMenemai kasih, membina generasi.”

19/05/2026

πŸŽ‰βœ¨ SAMBUTAN HARI GURU & HARI JADI βœ¨πŸŽ‚

Alhamdulillah, program Sambutan Hari Guru & Sambutan Hari Jadi bagi pelajar yang lahir pada bulan Mei dan Jun telah berlangsung dengan begitu meriah dan penuh kegembiraan! πŸ₯³πŸ’–

Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan anak-anak yang bersama-sama memeriahkan majlis ini. Gelak tawa, nyanyian, kejutan dan momen indah hari ini pasti akan menjadi kenangan manis buat semua warga sekolah β€οΈπŸ“š

Selamat Hari Guru kepada semua pendidik hebat yang sentiasa mendidik dengan penuh kasih sayang dan kesabaran πŸŒΉπŸ‘©β€πŸ«πŸ‘¨β€πŸ«
Dan buat anak-anak yang menyambut hari lahir, semoga membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya dunia akhirat πŸŽ‚πŸŽˆ





πŸŒ·πŸ“š SELAMAT HARI GURU 2026 πŸ“šπŸŒ·β€œGuru Bitara, Nadi Negara”Terima kasih cikgu kerana menjadi pelita yang menerangi perjalanan...
16/05/2026

πŸŒ·πŸ“š SELAMAT HARI GURU 2026 πŸ“šπŸŒ·

β€œGuru Bitara, Nadi Negara”

Terima kasih cikgu kerana menjadi pelita yang menerangi perjalanan anak-anak menuju masa depan yang lebih gemilang. Segala jasa, pengorbanan dan kesabaran cikgu akan sentiasa terpahat di hati kami selamanya. ✨

πŸ‘©πŸ»β€πŸ« Jasa Cikgu, Tersimpan Selamanya πŸ‘¨πŸ»β€πŸ«

Selamat Hari Guru daripada kami semua! 🌸




10/05/2026

Selamat Hari Ibu 2026 🌷✨

β€œSeteguh kasih ibu” β€” kasih yang tidak pernah lelah, doa yang tidak pernah putus, dan pengorbanan yang tidak ternilai harganya. ❀️

Buat semua ibu hebat di Tadika Restu Ria, terima kasih kerana sentiasa menjadi tulang belakang dalam setiap langkah kecil anak-anak. Dari menghantar mereka ke sekolah setiap pagi, memberi semangat, hingga menjadi pendidik pertama di rumah. Jasa ibu amat bermakna buat kami dan si kecil. 🫢🏻

Semoga setiap pengorbanan ibu dibalas dengan kebahagiaan, kesihatan yang baik, dan kasih sayang yang berpanjangan. Teruslah menjadi insan terhebat dalam hati anak-anak. πŸ’

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Tadika Restu Ria 🀍

✨ Selamat Hari Pekerja! ✨Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa yang bekerja keras seti...
01/05/2026

✨ Selamat Hari Pekerja! ✨

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa yang bekerja keras setiap hari demi masa depan anak-anak tercinta. ❀️

Pengorbanan, usaha dan kasih sayang anda adalah inspirasi buat kami dan si kecil. Terima kasih kerana sentiasa memberi yang terbaik walau dalam kesibukan tugas harian. 🌟

Hari ini, kami raikan anda semua – wira sebenar di sebalik senyuman anak-anak!

29/04/2026

🌬️ Blow! Blow! Blow! 🌬️
Sedia, mula… TIUP! πŸ’¨ Anak-anak comel kami seronok meniup cawan sepanjang tali dalam perlumbaan mini hingga ke garisan penamat! 🏁

Aktiviti oral motor ini membantu menguatkan kawalan pernafasan, meningkatkan fokus serta menyokong perkembangan pertuturan mereka β€” sambil bergelak tawa bersama rakan-rakan! πŸ˜„βœ¨ Setiap tiupan membawa mereka selangkah ke arah kemahiran komunikasi yang lebih baik.

Belajar sambil bermain memang paling menyeronokkan! πŸ’›

09/04/2026

Recap Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Hari Jadi Tadika Restu Ria 2026✨🎬

Alhamdulillah, majlis yang penuh warna, gelak tawa dan kasih sayang berjaya dilaksanakan dengan begitu meriah! πŸ’šπŸŒ™

Daripada busana raya yang cantik 😍, juadah potluck yang menyelerakan 🍽️, hinggalah momen sambutan hari jadi yang penuh kegembiraan πŸŽ‚β€”semuanya menjadi kenangan indah buat anak-anak dan warga Restu Ria.

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan anak-anak yang hadir serta memeriahkan majlis ini. Kehadiran anda semua benar-benar menceriakan suasana! πŸ’•

Semoga kenangan ini kekal tersemat dan kita jumpa lagi di program akan datang! ✨

Selamat Hari Raya Aidilfitri πŸŒ™βœ¨Seluruh warga Tadika Restu Ria ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri πŸŒ™βœ¨

Seluruh warga Tadika Restu Ria ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M πŸ’š

Semoga Syawal kali ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan keceriaan buat semua keluarga tersayang. Maaf zahir & batin daripada kami semua πŸ€²πŸ’«

Raikan kemenangan dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang πŸ’•



07/03/2026

πŸ•Œ Kuiz Mengenai Peristiwa Nuzul Al-Quran

Seronoknya kanak-kanak di Tadika Restu Ria menjawab kuiz mengenai peristiwa Nuzul Al-Quran! Melalui kuiz ini, mereka dapat menguji pengetahuan sambil memahami dengan lebih dekat kisah turunnya Al-Quran.

Address

Jalan Putra Perdana 7/10, Taman Putra Perdana
Puchong
47130

Opening Hours

Monday 07:00 - 19:00
Tuesday 07:00 - 19:00
Wednesday 07:00 - 19:00
Thursday 07:00 - 19:00
Friday 07:00 - 19:00

Telephone

+60126590530

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika Restu Ria posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share