Tanjong Resort

Tanjong Resort Sebuah kampung yang mempunyai "cita - cita" untuk mewujudkan 1 eco pelancongan didalam daerah Pontian, Johor.


Salam Maulidur Rasul 1447H / 2025 "Sempena kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, marilah kita bersama-sama memper...
05/09/2025

Salam Maulidur Rasul 1447H / 2025

"Sempena kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, marilah kita bersama-sama memperkukuh iman dan taqwa dengan mencontohi akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian".

Semoga peringatan ini menjadi titik tolak untuk kita menjadi insan yang lebih baik dan membawa manfaat kepada masyarakat.

Ikhlas dari JPKK, Kariah Masjid Kg Tanjung Ayer Hitam serta seluruh penduduk kampung.



πŸ‡²πŸ‡Ύ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!68 tahun negara kita berdiri gagah, hasil darah, keringat dan jiwa pejuang yang tak pernah ...
30/08/2025

πŸ‡²πŸ‡Ύ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
68 tahun negara kita berdiri gagah, hasil darah, keringat dan jiwa pejuang yang tak pernah kenal erti menyerah!

Kini, giliran kita untuk teruskan legasi, satukan tenaga, dan jadikan Malaysia bangsa yang hebat dan disegani dunia!

πŸ”₯ SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE 68
dari JPKK dan komuniti Kg Tanjung Ayer Hitam.
kita bangkit, kita kuat, kita MERDEKA!

Tanjong Resort

29/08/2025
terima kasih Johorfm
29/08/2025

terima kasih Johorfm

πŸ”₯ Rasakan pengalaman pancing & staycation TERBAIK!🎣 Tanjong Resort berkolaborasi bersama Jeti Bumbung Biru bawakan pakej...
24/08/2025

πŸ”₯ Rasakan pengalaman pancing & staycation TERBAIK!
🎣 Tanjong Resort berkolaborasi bersama Jeti Bumbung Biru bawakan pakej eksklusif untuk anda!
πŸ›Ά Santai di perairan Sungai Pontian Besar, nikmati bot, homestay & makanan lengkapβ€”all dalam satu pakej!
πŸ’₯ Tempat TERHAD, jangan lepaskan peluang!

πŸ“… 31 Ogos – 31 Sept 2025 SAHAJA
πŸ’° Pakej serendah RM180/sehari semalam
πŸ“ Jeti Bumbung Biru, Tanjung Ayer Hitam, Pontian, Johor
πŸ“ Koordinat: 1.4436Β° N, 103.7568Β° E
🌐 [Google Maps Location](https://maps.app.goo.gl/Cg6hm8GDzYVQYf2TA)

πŸ“² Tempah sekarang!
Pn. Suhana: 017-5130607
Wak Maman: 011-37746467



---

21/08/2025
Ucapan Selamat Menyambut Ramadhan 1446H02 Mac 2025 (Ahad)Assalamualaikum w.b.t., Bersempena dengan kedatangan bulan yang...
28/02/2025

Ucapan Selamat Menyambut Ramadhan 1446H
02 Mac 2025 (Ahad)

Assalamualaikum w.b.t.,

Bersempena dengan kedatangan bulan yang penuh keberkatan dan rahmat, kami, Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung (JPKK) Tanjung Ayer Hitam, qariah Masjid Kampung Tanjung Ayer Hitam, dan seluruh warga Kg. Tanjung Ayer Hitam ingin mengucapkan:

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1446H

Semoga kedatangan bulan Ramadhan kali ini membawa banyak keberkatan, pengampunan, dan rahmat kepada kita semua. Bulan yang mulia ini adalah peluang bagi kita untuk memperbaharui iman, memperbanyakkan amal ibadah, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Marilah kita menyambut Ramadhan dengan hati yang ikhlas, menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran, dan melaksanakan amalan-amalan sunnah dengan penuh penghayatan. Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk melaksanakan setiap ibadah dengan penuh keikhlasan dan semangat.

Selamat berpuasa, semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna, penuh kebahagiaan, dan mendekatkan kita semua kepada Allah SWT.

Wassalamualaikum w.b.t.

---

28 Februari 2025 - Jumaat ---Pada sebelah petang tadi, telah berlangsung pemasangan signboard logo Tanjong Resort di tug...
28/02/2025

28 Februari 2025 - Jumaat


---

Pada sebelah petang tadi, telah berlangsung pemasangan signboard logo Tanjong Resort di tugu yang terletak bersebelahan dengan sungai. Proses pemasangan berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak yang terlibat. Signboard yang baru ini bukan sahaja akan mempromosikan Tanjong Resort sebagai destinasi utama untuk percutian, malah menjadi mercu tanda yang jelas dan menarik perhatian para pengunjung yang melalui kawasan tersebut.

Tugu tersebut kini semakin dikenali sebagai lokasi yang bukan sahaja cantik, tetapi ia juga menjadi mercu tanda Kg Tanjung Ayer Hitam. Dengan adanya signboard logo ini, diharap lebih ramai pengunjung akan datang ke Tanjong Resort untuk menikmati pengalaman yang luar biasa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Terima kasih kepada semua yang telah membantu menjayakan pemasangan ini. Semoga Tanjong Resort akan terus berkembang dan menjadi kebanggaan kita semua.

---.

28 Februari 2025 - Jumaat Pada hari yang penuh berkah ini, program gotong-royong yang dianjurkan di Kampung Tanjung Ayer...
28/02/2025

28 Februari 2025 - Jumaat

Pada hari yang penuh berkah ini, program gotong-royong yang dianjurkan di Kampung Tanjung Ayer Hitam telah selesai dilaksanakan dengan jayanya. Lokasi-lokasi yang telah dibersihkan termasuk Tanah Wakaf Kampung Tanjung Ayer Hitam, Masjid Kampung Tanjung Ayer Hitam, serta Jalan Benteng ke PT Hj Rashid Lapis.

Program ini melibatkan kerjasama semua penduduk kampung yang datang bersama-sama untuk menjayakan usaha murni ini. Alhamdulillah, dengan gotong-royong yang dijalankan, kawasan sekitar menjadi lebih bersih dan selesa untuk penduduk kampung, sekali gus memberi keselesaan kepada mereka yang datang berkunjung ke tanah wakaf dan masjid.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini diberkati dan memberi manfaat kepada seluruh penduduk kampung. Semoga kita terus berganding bahu untuk menjaga kebersihan dan kemakmuran kampung kita.


Majlis Kenduri Kelompok 2025 sempena menyambut Ramadhan anjuran Masjid Kg. Tanjung Ayer Hitam dab JPKK kaw. 8 mukim Pont...
13/02/2025

Majlis Kenduri Kelompok 2025 sempena menyambut Ramadhan anjuran Masjid Kg. Tanjung Ayer Hitam dab JPKK kaw. 8 mukim Pontian dan komuniti setempat.

tarikh : 15 Feb 2025
hari : Sabtu
masa : 7.15 malam
tempat : Masjid Kg. Tanjung Ayer Hitam.

semua dijemput hadir.

Address

Tanjong Resort
Pontian
82010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tanjong Resort posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share