GamesBond

Call Directions Website Contact the establishment

GamesBond Let's work together! Welcome to GamesBond. Welcome to new revolution of gaming experience. Your day will never be the same like before. Born for the game.

Gamesbond is a Malaysian event and esports company dedicated to organizing top-notch tournaments, supporting content creators, and building a vibrant community through exciting events, partnerships, and innovative digital experiences. Join us to experience the most enjoyable and healthy environment of PS4 gaming today. BOND to the game.

Selamat Hari Kehebatan buat Pali. Dengan meningkatnya umur ini, meningkatlah juga riaknya dari semasa ke semasa.P/s: Pal...
19/09/2026

Selamat Hari Kehebatan buat Pali. Dengan meningkatnya umur ini, meningkatlah juga riaknya dari semasa ke semasa.

P/s: Pali cakap jangan lupa tap2 screen gais. 1000 likes satu office dapat zus gais kamon!!!

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Malaysia!Ikhlas daripada Gamesbond ❤️
16/09/2026

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Malaysia!

Ikhlas daripada Gamesbond ❤️

Terima kasih PlayStation Asia for the merch!Korang dah layan game Wolverine ke belum?
16/09/2026

Terima kasih PlayStation Asia for the merch!
Korang dah layan game Wolverine ke belum?

Korang dah ready?
15/09/2026

Korang dah ready?

Salam dan hi semua, Gamesbond dengan bangganya mempersembahkan;“Kumpulan Pengadil Esukan FIFAe Pertama dari Malaysia”Kal...
08/09/2026

Salam dan hi semua,

Gamesbond dengan bangganya mempersembahkan;

“Kumpulan Pengadil Esukan FIFAe Pertama dari Malaysia”

Kalau anda nak tahu, untuk jadi pengadil di kejohanan rasmi FIFAe ini; anda memerlukan pengiktirafan rasmi dari FIFA dan FIFAe untuk menjadi “Certified Referee” dan melayakkan anda untuk memegang kedudukan sebagai Pengadil FIFAe. Untuk mendapatkan status “Certified Referee” ini, anda memerlukan beberapa proses yang mencabar. Dan paling penting, ianya tidak fokus kepada mana-mana title tertentu; dan dari on-stage Referee sampai la OB pun kena ada certification dari FIFA untuk melayakkan anda menjalankan tugas sebagai Referee.

Sijil yang anda nampak tu bukan sijil penghargaan tau, ianya sijil rasmi FIFAe yang memperakui individu dalam gambar ini berstatus “Certified Referee” oleh FIFAe. Mengancam kan?

Paling menarik, Malaysia antara negara yang mempunyai paling ramai pengadil berstatus “Certified Referee” oleh FIFAe di dunia yang penuh pancaroba ini. Status ni bukan sahaja melayakkan mereka serta Gamesbond terlibat dengan kejohanan local, ianya turut menjadi penanda aras untuk team Gamesbond terlibat dengan kejohanan antarabangsa, benua mahupun planet. Wow.

Jangan risau, kami sedang dalam proses untuk meneruskan usaha ini untuk batch kedua kehebatan ini, kalau anda berminat, boleh roger kami tau. Visi kami adalah ingin melahirkan lebih ramai “Certified Referee” oleh FIFA dari Malaysia dan kami mohon anda semua bersama dalam usaha murni ini.

Sekej*p, renungkan kata-kata ini.

Ada Gamesbond ada kehebatan. Wow mcm tak kena tapi itulah dia. Abamzano paling perform selaku ketua “Certified Referee” FIFAe wow.

Ok guys, nak frame sijil kelayakan tu j*p. Nanti kitorg sambung cerita lagi, ada benda lagi best nak share lepas ni…

Salam and hi semua, ini cerita kami!FIFAe Continental Championship 2026 by AFC dan FIFAe Continental Championship 2026 f...
06/09/2026

Salam and hi semua, ini cerita kami!

FIFAe Continental Championship 2026 by AFC dan FIFAe Continental Championship 2026 feat. Rocket League.

Hari ini selesai FIFAe Continental Championship 2026 diadakan di 5 negara berbeza; Malaysia, Mexico, Brazil, Portugal dan Morocco. Tahniah kepada negara yang layak ke FIFAe World Cup 2026 yang akan diadakan di Jeddah tahun ini.

Alhamdulillah syukur, buat julung kalinya, selepas 11 tahun menapak di dalam industri esukan di Malaysia, Gamesbond berjaya menjadi antara syarikat esukan pertama di Malaysia yang bekerjasama dan diberi kepercayaan untuk menghasilkan kejohanan esukan bersama organisasi bola sepak terbesar di dunia; FIFA.

Siapa sangka bermula dengan usaha kecil dari sebuah studio esukan di Kota Damansara, Gamesbond kini diberi peluang untuk meneruskan perjuangan di pentas antarabangsa. Dari tournament komuniti, event-event kecil dan pelbagai cabaran sepanjang perjalanan, sedikit demi sedikit kami cuba membina pengalaman, kepercayaan dan reputasi sehingga akhirnya sampai ke tahap ini.

Kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak FIFAe dan AFC atas kepercayaan yang diberikan untuk menguruskan kejohanan antarabangsa FIFAe Continental Championship 2026 by AFC dan FIFAe Continental Championship 2026 feat. Rocket League yang memberikan laluan ke kejohanan utama esukan dunia di bawah kelolaan FIFA iaitu FIFAe World Cup 2026. Bagi kami, peluang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ini merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna dan satu lagi langkah penting dalam perjalanan Gamesbond.

Paling penting, terima kasih dan tahniah kepada semua individu yang terlibat untuk menjayakan kejohanan ini dari A sampai Z. Full tiptop service dari Gamesbond team. Semua usaha, masa dan tenaga anda semua untuk memastikan kejohanan ini berjalan lancar adalah amat dihargai dan kami akan sentiasa ingat. Korang semua memang Superman dan Superwoman dan paling utama, banyak benda yang kita semua belajar dan boleh improve sama-sama. Semua team yang menjayakan di belakang tabir ini, ada yang first time bersama Gamesbond, ada yang dah bertahun follow dan bekerja bersama Gamesbond dan paling best, semua disatukan kat event ni dan sama-sama buat yang terbaik. Apa yang berlaku di belakang tabir mungkin tidak dilihat oleh semua orang, tetapi setiap seorang daripada korang memainkan peranan yang sangat penting untuk menjadikan event ini berjaya.

Paling manis juga, untuk event kali ini, kami berjaya membantu menaikkan talent-talent yang selama ini bersama-sama dalam perjuangan Gamesbond. You guys deserved it dan tahniah kerana anda telah membuktikan anda juga sebaris dengan talent FIFA yang lain. Dan tahniah lagi, anda juga dah tersenarai sebagai sebahagian daripada talent untuk FIFAe. Bagi kami, melihat talent yang pernah bermula bersama Gamesbond kini mendapat peluang untuk berada di pentas yang lebih besar adalah antara perkara yang paling membanggakan daripada event kali ini.

Selain itu, kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak dan individu yang pernah terlibat dalam liku-liku perjalanan Gamesbond sepanjang 11 tahun ini. Kami doakan yang terbaik buat anda semua tidak kira di mana anda berada. Sama ada pernah bekerja bersama kami, pernah memberi peluang, pernah membantu, pernah menyokong atau pernah menjadi sebahagian daripada mana-mana projek Gamesbond, anda semua adalah sebahagian daripada perjalanan yang membawa kami sampai ke hari ini.

Kepada semua pihak yang menyokong perjalanan Gamesbond selama ini, milestone ini adalah untuk anda semua!

Semestinya, more to come dan InsyaAllah akan ada big announcement for our next big project bersama Gamesbond! Nantikan...

Selamat Hari Kemerdekaan ke-69, Malaysia! 🇲🇾✨Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita, menguatkan perpaduan dan...
31/08/2026

Selamat Hari Kemerdekaan ke-69, Malaysia! 🇲🇾✨

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita, menguatkan perpaduan dan membawa Malaysia ke arah masa depan yang lebih gemilang. ❤️🤍💙💛

Happy birthday Suki Lee Selamat menyambut hari lahir yang ke-23 untuk kali yang ke 23. Semoga panjang umur dan murah rez...
05/08/2026

Happy birthday Suki Lee

Selamat menyambut hari lahir yang ke-23 untuk kali yang ke 23. Semoga panjang umur dan murah rezeki.

Suki cakap dapat 100 likes dia belanja admin. Apa lagi guys, jalankan tanggungjawab anda.

Masuk Spiderman-2 sekarang dan dapatkan dua skin ni cuy. Padu uiiii
29/07/2026

Masuk Spiderman-2 sekarang dan dapatkan dua skin ni cuy. Padu uiiii

Ini semua “easter-egg” yang ada di cover FC27. Korang dapat jumpa berapa?
28/07/2026

Ini semua “easter-egg” yang ada di cover FC27. Korang dapat jumpa berapa?

Address

B6-3-7, Signature Park, Jalan Teknologi 2/1E, Kota Damansara, Kuala Lumpur
Petaling Jaya
47810

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 15:00 - 20:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+601116239320

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GamesBond posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to GamesBond:

Shortcuts

Share