Kartunpolitan Malaysia

Kartunpolitan Malaysia Malaysia cartoon, comic, caricature, animation (and related) daily news, events and activities.

Jangan lupa AHAD ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026.
02/06/2026

Jangan lupa AHAD ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026.

02/06/2026

Salam Sejahtera!
Mengumumkan Satu Konspirasi! Atas arahan pihak tertentu yang tak dapat digelakkan,.. Ini lah dia!
Koleksi Edisi Khas dan Terhad 100 unit saja! Siap nombor siri kat tapak.

Menan Kotak-kotak Keluang Man!
Kepala boleh pusing-pusing, boleh cabut-cabut dan boleh selerakkan kat lantai! Bila terpijak, sakit tapak kaki...! Sila berhati-hati!

02/06/2026

Meraikan Setiap Cerita Kanak-kanak

Jom bersama kami dalam satu sesi istimewa yang menghimpunkan 3 tokoh seni dan kreatif bagi meraikan dunia kanak-kanak melalui cerita, imaginasi dan kreativiti.

๐Ÿ“… 2 Jun 2026 (Selasa)
โฐ 1.00 petang โ€“ 2.00 petang
๐Ÿ“ Pentas Utama, PBAKL

Bersama Uncle Nai, penulis buku kanak-kanak, ilustrator dan pencerita; Datoโ€™ Imuda, pelakon, pelawak, pengacara, penyanyi dan kartunis; serta Art Fazil, penyanyi, pemuzik, penulis lagu dan pengkarya kreatif.

๐ŸŽ Door gift istimewa menanti pengunjung yang hadir!

22/05/2026
https://www.facebook.com/share/p/18S5s1W7jR/
22/05/2026

https://www.facebook.com/share/p/18S5s1W7jR/

Siapa sahaja yang tidak mengenali Lat, kartunis legenda negara yang telah menceriakan kehidupan rakyat Malaysia dengan karya penuh santai dan dekat dengan masyarakat. Datuk Mohammad Nor Khalid dilahirkan pada 5 Mac 1951 dan nama beliau begitu sinonim dengan karya ikonik Kampung Boy yang mula diterbitkan pada tahun 1979. Menariknya, watak utama dalam Kampung Boy itu sebenarnya diambil daripada nama panggilan beliau sendiri sejak kecil. Disebabkan bentuk mukanya yang bulat ketika kanak kanak, keluarga dan rakan rakannya memanggil beliau โ€œBulatโ€ sebelum nama itu dipendekkan menjadi Lat. Dari situlah lahirnya nama yang akhirnya terkenal di seluruh dunia.

Sejak usia muda lagi, bakat melukis Lat memang luar biasa. Ketika berusia 9 tahun, beliau sudah mula menjual komik hasil lukisannya kepada rakan rakan untuk membantu menambah pendapatan keluarga. Membesar di kampung dengan suasana hutan, dusun dan lombong bijih timah menjadikan banyak pengalaman hidup beliau diterjemahkan ke dalam karya kartun yang sangat dekat dengan masyarakat Malaysia. Apa yang membuatkan karya Lat begitu istimewa ialah cara beliau menggambarkan kehidupan sosial dan politik negara dengan gaya humor yang santai tanpa menyentuh sensitiviti mana mana pihak. Tidak hairanlah karya beliau bukan sahaja diminati di Malaysia, malah turut mendapat perhatian di luar negara.

Pada tahun 1994, Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah mengurniakan gelaran Datuk kepada Lat sebagai penghargaan atas jasa beliau dalam memupuk perpaduan dan persefahaman masyarakat melalui kartun. Satu lagi fakta menarik tentang tokoh hebat kelahiran Perak ini ialah beliau merupakan abang kepada pengarah filem terkenal Malaysia, Allahyarham Mamat Khalid. Dua beradik ini benar benar membuktikan bahawa anak Perak mempunyai bakat besar dalam dunia seni dan hiburan negara. Nama Lat akan terus dikenang sebagai antara kartunis paling berpengaruh dalam sejarah Malaysia.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Juga kepada pengunjung yang datang. Tamat su...
18/05/2026

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Juga kepada pengunjung yang datang. Tamat sudah untuk kali ini. Kami akan kembali lagi di lain masa dan di destinasi yang berbeza. Insyalah.

Day 3, ada doodle battle sedang berlangsung. Selain itu gerai-gerai jualan masih berjalan seperti biasa.
17/05/2026

Day 3, ada doodle battle sedang berlangsung. Selain itu gerai-gerai jualan masih berjalan seperti biasa.

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽMenerima berita pelukis komik/kartunis legenda, NASAH atau nama sebenarnya S...
01/02/2026

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Menerima berita pelukis komik/kartunis legenda, NASAH atau nama sebenarnya Sharif bin Kassan @ Hassan telah kembali ke rahmatullah. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.27 petang semalam 31/1/2026 di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) di Kuala Lumpur.

Allahyarham banyak menghasilkan komik sejak era 1970an. Antaranya ialah Bujal, Bambino, Pak we Malang dan banyak lagi.

Semoga Allah tempatkan bersama orang beriman beramal Soleh.
Al Fatehah ...

UNTUK MAKLUMAN
Jenazah Pak Nasah akan dimandi dan disembahyangkan pagi ini 1/2/2026 di Madarasah Al-Khairiah Flat Seri Perak.Jenazah akan dikebumikan di Rhaudhatul Sakinah.

28/01/2026

Address

Petaling Jaya
46000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kartunpolitan Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share