31/08/2026
https://www.facebook.com/share/19QVVpozRv/?mibextid=wwXIfr
KUCHING LIGHTS AND FLORAL FESTIVAL 2026 & LUNA LIGHT WONDERLAND DITUTUP SEMENTARA SUSULAN KEADAAN JEREBU MEMBIMBANGKAN
KUCHING, 31 Ogos 2026 – Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengambil keputusan untuk MENUTUP SEMENTARA Kuching Lights and Floral Festival 2026 dan Luna Light Wonderland yang sedang berlangsung di Taman Botani Sarawak kepada orang awam, susulan keadaan jerebu yang semakin membimbangkan di Bandaraya Kuching.
Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pengunjung, petugas serta semua pihak yang terlibat dalam penganjuran acara berkenaan.
Berdasarkan keadaan semasa, kualiti udara di kawasan Bandaraya Kuching berada pada tahap yang membimbangkan (TAHAP BERBAHAYA) dan keadaan ini boleh memberi risiko khususnya kepada golongan yang sensitif terhadap pencemaran udara, termasuk kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah pernafasan.
Sehubungan itu, Kuching Lights and Floral Festival 2026 dan Luna Light Wonderland ditutup sementara kepada orang awam sehingga keadaan jerebu kembali berada pada tahap yang selamat dan sesuai untuk aktiviti luar.
DBKU akan terus memantau perkembangan kualiti udara dan keadaan jerebu dari masa ke semasa serta akan memaklumkan kepada orang awam mengenai pembukaan semula kedua-dua lokasi tersebut melalui saluran komunikasi rasmi DBKU.
DBKU memahami kesulitan yang mungkin timbul susulan keputusan ini. Walau bagaimanapun, keselamatan dan kesihatan orang awam sentiasa menjadi keutamaan.
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa mengikuti perkembangan terkini berkaitan kualiti udara, mengurangkan aktiviti luar sekiranya keadaan jerebu bertambah buruk serta mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi menjaga kesihatan diri dan keluarga.
Kerjasama dan perhatian orang awam amatlah dihargai.
Sebarang kesulitan amatlah dikesali.
Sekian, harap maklum