ATMA Malaysia

ATMA Malaysia Pertubuhan Anak Teater Malaysia ATMA merupakan sebuah organisasi yang mengangkat komuniti seni teater di Malaysia

“TEPI KAIN : SEBUAH TEATER FORUM”“Inikan Malaysia. Sebuah negara yang DEMOKRASI. Bebas untuk berbuat apa saja. Bebas unt...
20/09/2023

“TEPI KAIN : SEBUAH TEATER FORUM”

“Inikan Malaysia. Sebuah negara yang DEMOKRASI. Bebas untuk berbuat apa saja. Bebas untuk mengamal apa saja, asalkan tidak hilang jati diri kita.

Hari ini negara kita dah menuju KEMAJUAN. Hari untuk kita menyambut diri kita yang sebenarnya, bebas dari terkongkong, bebas dari pemikiran yang tidak bebas…”

Bersempena .my

Sebuah perjalanan teaterikal menuju satu pemikiran yang menyatupadukan.

Credit 📸 :











“TEPI KAIN : SEBUAH TEATER FORUM”“Aaahhh Adalah satu keindahan Tuhan, Yang hitam duduk dengan yang putih, Yang panjang d...
20/09/2023

“TEPI KAIN : SEBUAH TEATER FORUM”

“Aaahhh Adalah satu keindahan Tuhan, Yang hitam duduk dengan yang putih, Yang panjang duduk dengan yang pendek, yang gelap dengan yang terang..

Berbunga tapi tersusun, bergaris tapi berselerak..

Ini adalah bukti kehidupan !!”

Bersempena .my

Sebuah perjalanan teaterikal menuju satu pemikiran yang menyatupadukan.

Credit 📸 :











“TEPI KAIN : SEBUAH TEATER FORUM”“Berkumpulnya kita pagi ini, adalah untuk membincangkan tentang satu isu tergempar yang...
20/09/2023

“TEPI KAIN : SEBUAH TEATER FORUM”

“Berkumpulnya kita pagi ini, adalah untuk membincangkan tentang satu isu tergempar yang berlaku di kampung kita.

Setuju tak Tuan-Puan sekiranya….”

Bersempena .my

Credit 📸 :











DISEBALIK TABIR“TEPI KAIN : SEBUAH TEATER FORUM” 🇲🇾bersempena   .my Sebuah perjalanan teaterikal menuju satu pemikiran y...
19/09/2023

DISEBALIK TABIR

“TEPI KAIN : SEBUAH TEATER FORUM” 🇲🇾

bersempena .my

Sebuah perjalanan teaterikal menuju satu pemikiran yang menyatupadukan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Kita sama-sama telah buktikan, kita semua boleh bersatu walaupun dalam perbezaan.

Kerana perbezaanlah yang membuat kita ISTIMEWA. ✨🇲🇾











Orang kampung kan dah sepakat, kita kena bersatu padu.Oleh itu, kita haru bersatu dan berpadu NYANYI SAMA-SAMA !!!Nahh l...
15/09/2023

Orang kampung kan dah sepakat, kita kena bersatu padu.

Oleh itu, kita haru bersatu dan berpadu NYANYI SAMA-SAMA !!!

Nahh lirik..





Bersempena dengan   pada sabtu ini dan sambutan Hari Malaysia Ke-60 🇲🇾,ATMA Malaysia bakal mempersembahkanTEPI KAIN : SE...
12/09/2023

Bersempena dengan pada sabtu ini dan sambutan Hari Malaysia Ke-60 🇲🇾,

ATMA Malaysia bakal mempersembahkan

TEPI KAIN : SEBUAH TEATER FORUM

Berkumpul di Stesen LRT Gombak pada 8.30 Pagi,

16 September 2023, Sabtu

dengan berpakaian Etnik dan sarong,

dan mari bersama di dalam perjalanan teaterikal bersama 2,000 rakyat Malaysia yang lain menuju ke Dataran Merdeka.

Bersama-samalah dengan kami dalam menyambut seruan perpaduan di pagi Hari Malaysia.

Anda juga boleh sertai dengan berkumpul di 7 Stesen seluruh Kuala Lumpur. 😉

“Perpaduan Dalam Perbezaan”

“Kita Semua, Anak Teater Malaysia..”









TEATER KENAPA KAU MASUK NERAKAMenyelusuri kisah kehidupan Alif, Laila dan Akasyah semasa hayat mereka di dunia. Setiap d...
15/08/2023

TEATER KENAPA KAU MASUK NERAKA

Menyelusuri kisah kehidupan Alif, Laila dan Akasyah semasa hayat mereka di dunia. Setiap daripada mereka cuba menyingkap kembali detik situasi yang menghimpit lalu mempengaruhi kesan dan pilihan seterusnya yang harus diambil. Tetapi sebagai manusia mereka terlupa, setiap keputusan bukan sahaja memberi kesan kepada masa hadapan di dunia bahkan terhadap kehidupan selepas kematian.
Naskah Kenapa Kau Masuk Neraka ini merupakan sebuah karya dan arahan .amirrul

Pementasan ini bakal mempertontonkan lakonan oleh barisan pelakon seperti .ahmadi Azwan Ahmadi, Aidil Rosli, Shasha Fairus dan Atiqah Jani dan turut bersama sebagai Tauke Panggung, iaitu Saudara Ausz Dinz

Pementasan ini dipersembahkan oleh dengan mendapat kerjasama daripada , Arajiwa dan Rundi & Associates.

Teater Kenapa Kau Masuk Neraka bakal menemui penonton bermula 16 hingga 20 Ogos 2023, dengan dua waktu tayangan iaitu pada 8.30 Malam dan 3 Petang di Bleenkbox Studios, PJCC.

Penonton diingatkan bahawa pementasan ini hanya sesuai untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja berikut pengisian yang mungkin tidak sesuai untuk mereka yang di bawah umur.

Jumpa Anda Di Sana !! 🤘🇲🇾







BENGKEL PENULISAN SKRIP PENTASWalid Ali  ialah seorang penulis, deviser, pengarah, dan sinografer persembahan kontempora...
13/07/2023

BENGKEL PENULISAN SKRIP PENTAS

Walid Ali ialah seorang penulis, deviser, pengarah, dan sinografer persembahan kontemporari. Beliau telah bekerja dengan ramai pengkarya terkenal sejak 2008. Beliau telah membuat persembahan live arts di Edinburgh Fringe Festival dan Chapters Arts Centre. Berikut adalah beberapa karya seni beliau sebagai pengarah atau penulis: Culik (2012), How to Read My Map (2016-today), Holy Kitchen (2016), M. Nasir Simbah Cat (2016), Keluarga Borjuis
(2016), Ajak Crush Awak (2018), Teater Modular (2016- 2018), Uncharted Territory (2020), Teater 14 Februari (2022), Nor Mustafa & Para Isteri (2023).

Selain membuat persembahan, beliau merupakan pensyarah seni persembahan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Di dalam bengkel anjuran ini, peserta bakal didedahkan dengan pelbagai ilmu berkaitan penulisan skrip pentas seperti persediaan menulis dan merangka idea, pembinaan skrip, semakan semula idea dan sesi maklum balas.

Bengkel ini akan berlangsung seperti ketetapan berikut :-

TARIKH : 15 Julai 2023
MASA : 10.00 pagi - 5.00 petang
TEMPAT : Studio Sedar Ruang, Alam Budiman, Shah Alam

Kepada yang berminat holeh mendapatkan akses pernyertaan dengan mengimbas kod QR yang tertera.

Terus Maju Jaya !! 🥰








JELITAWAN DAN LELAKI HAIWANTeater 'Jelitawan dan Lelaki Haiwan' merupakan sebuah pementasan yang adaptasi karya terkenal...
12/07/2023

JELITAWAN DAN LELAKI HAIWAN

Teater 'Jelitawan dan Lelaki Haiwan' merupakan sebuah pementasan yang adaptasi karya terkenal 'Beauty And The Beast' telah digarap baharu bercirikan budaya Malaysia sempena
Program Citra Malaysia 'Colours of Malaysia' 2023.

Sebuah karya adaptasi dari cerita rakyat Perancis 'La Belle Et La Beta' oleh Jeanne Marie Leprince De Beaumont.

Karya ini hasil olahan semula oleh Khartasis yang diarahkan oleh Shaikh Hasrul.

Pementasan Jelitawan dan Lelaki Haiwan versi Malaysia ini pastinya menjanjikan kelainan yang membuat penonton teruja menyaksikannya.

Pementasan ini merupakan anjuran Jabatan Kebudayan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Pusat Pelancongan Malaysia (MatiC)

Pementasan ini bakal berlangsung seperti ketetapan berikut :-

TARIKH : 14 & 15 Julai 2023
MASA : 8.30 Malam
TEMPAT : Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur

Masuk adalah percuma !!!

Jumpa anda di sana !! 🥰🇲🇾







TEATER KOMPILASI VOL 07Projek ini merupakan siri ke-7 bagi Teater Kompilasi anjuran  lanya merupakan satu projek yang di...
11/07/2023

TEATER KOMPILASI VOL 07

Projek ini merupakan siri ke-7 bagi Teater Kompilasi anjuran

lanya merupakan satu projek yang dianjurkan sebagai satu bentuk tugasan kepada pelajar kelas pengarahan yang dianjurkan oleh Revolution Stage.

Pelajar dikehendaki untuk mementaskan skrip yang dipilih sebagai salah satu ujian mereka dalam mempelajari kelas pengarahan di Revolution Stage.

Pengarah bagi projek kali ini terdiri daripada pelajar Kelas Pengarahan dan seorang pengarah jemputan.
Antaranya ialah Awe Said, Azril Suhaili, Megat Keroll, Aden dan Zulfazli Izham.

Untuk edisi Teater Kompilasi kali ini, terdapat 5 naskah yang bakal diketengahkan.
Antaranya adalah naskah 'Senapas' karya Khairunazwan Rodzy , ‘Jam Dinding Yang Berdetak' karya Nano Riantiarno dan olahan Along Silalahi , 'Khianat' olahan Fazli, naskah
'Assalamualaikum YB' karya Adieyka Zainal dan 'S**t Happen' karya Arshad Adam.

Teater Kompilasi Vol 7 bakal membuka tirainya seperti ketetapan berikut :

TARIKH : 12 - 16 Julai 2023
MASA : 3.00 Petang & 9.00 Malam
TEMPAT : Revolution Stage

Tiket boleh didapati melalui laman web www.revolutionstage.com dengan harga RM 30.00.








WEBINAR TEATER THRONE OF THORNS:PERTEMBUNGAN BUDAYA DALAM TEATERWebinar Teater Throne of Thorns: Pertembungan Budaya dal...
11/07/2023

WEBINAR TEATER THRONE OF THORNS:
PERTEMBUNGAN BUDAYA DALAM TEATER

Webinar Teater Throne of Thorns: Pertembungan Budaya dalam Teater ini adalah sebuah sebuah sesi diskusi mengenai 'cross cultural' di dalam pementasan Throne Of Thorns yang pernah dipentaskan sebelum ini.

Webinar ini bakal membincang tentang bagaimana naskah
Shakespeare ini bernafas dengan sentuhan Teater Tradisional Mak Yong.

Yang lebih menarik lagi pementasan ini dilakonkan ole pelakon australia dan diarahkan oleh Dr. Norzizi Dato Zulkifli.

Webinar ini akan mengupas tentang proses yang dilalui sutradara dan pelakon yang asing dengan Mak Yong merupakan sebuah proses yang sebenarnya tidak mustahil.

Webinar ini akan menampilkan Saudara Nabil Zahan iaitu pelajar Sarjana Pengajian Persembahan, Fakulti Muzik & Seni Persembahan, UPSi selaku moderator dan pengarah teater tanah air, Dr Norzizi Dato Zulkifli.

Webinar ini bakal berlangsung secara atas talian seperti ketetapan berikut :

TARIKH : 12 Julai 2023
MASA : 9.00 Malam
TEMPAT : di platform Google Meet

Anda boleh mendapatkan akses dengan mengimbas kod QR yang telah disediakan.







DUA TIGA KUCING BERLARITeater 'Dua Tiga Kucing Berlari, merupakan sebuah naskhah teater moden karya pengkarya terkenal, ...
07/07/2023

DUA TIGA KUCING BERLARI

Teater 'Dua Tiga Kucing Berlari, merupakan sebuah naskhah teater moden karya pengkarya terkenal, Kala Dewata.

Persembahan ini akan dibarisi oleh Pelajar Diploma Teater Tahun I, Fakulti Teater, ASWARA sebagai sebuah penilaian dan teater ini adalah dibawah bimbingan Engku Nor Zalifah dan Shah Dolken, yang dipersembahkan oleh .prod

Mengangkat sebuah kisah perjuangan yang terhalang oleh perselisihan antara kaum, cinta dan agama. Persoalan adakah kasih sayang yang sanggup melakukan segala pengorbanan, mencapai sebuah harapan bakal terungkai.

Pementasan akan berlangsung seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 7 - 9 Julai 2023
Masa : 8.30 Malam & 3.00 Malam
Tempat : Blackbox, ASWARA

sebarang pertanyaan boleh terus hubungi .prod

Jumpa anda di sana !! 🥰

official




Address

Petaling Jaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ATMA Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to ATMA Malaysia:

Share