Pertubuhan Seni Silat Warisan Pusaka Kedah

Pertubuhan Seni Silat Warisan Pusaka Kedah BERSAMA MEWARISI PUSAKA BANGSA

06/08/2026
29/07/2026

"Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan Pertubuhan Gayong Pusaka dan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia . Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa dan kesilapan arwah, menerima segala amal ibadah serta kebajikan yang telah dilakukan, melapangkan kuburnya, menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman, dan mengurniakan syurga yang tertinggi. Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan ketabahan, kesabaran serta kekuatan dalam menghadapi ujian yang berat ini. Al-Fatihah." 🤲🕊️

Ikhlas daripada : Ammar Salimi Bin Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia merangkap Yang Di Pertua Negeri Kedah.

PERTUBUHAN SENI SILAT WARISAN PUSAKA Pengambilan Pelatih Baru 2026 Residensi Bidara Ayer Puteh Pendang“BERSAMA MEMARTABA...
15/06/2026

PERTUBUHAN SENI SILAT WARISAN PUSAKA

Pengambilan Pelatih Baru 2026
Residensi Bidara Ayer Puteh Pendang

“BERSAMA MEMARTABATKAN AGAMA,BANGSA DAN TANANAIR”

Bunga melati di tepi perigi,Harum mewangi di waktu senja,Silat warisan penyeri diri,Adab dijaga ilmu dipelajariLangkah t...
01/06/2026

Bunga melati di tepi perigi,
Harum mewangi di waktu senja,
Silat warisan penyeri diri,
Adab dijaga ilmu dipelajari

Langkah tersusun penuh berani,
Gerak berseni penuh tertibnya,
Warisan pusaka terus lestari,
Membina jiwa kuat perkasa.

Anak muda ayuh bersama,
Belajar silat penuh bermakna,
Yang berminat jangan berlengah,
Hubungi talian yang tertera.

www.wasap.my/60194992936/belajarsilat

'BERSAMA MEMARTABATKAN PUSAKA AGAMA DAN BANGSA"

fans

“Selamat Hari Lahir YDH Ayahnda Guru UTAMA  Pengasas PERTUBUHAN SENI SILAT WARISAN PUSAKA (Tuan Guru Paklang Lah ) yang ...
12/05/2026

“Selamat Hari Lahir YDH Ayahnda Guru UTAMA Pengasas PERTUBUHAN SENI SILAT WARISAN PUSAKA (Tuan Guru Paklang Lah ) yang ke-85

Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik, umur yang diberkati, dipermudahkan segala urusan serta terus menjadi insan yang memberi cahaya ilmu, bimbingan dan inspirasi kepada anak-anak murid serta masyarakat.

Terima kasih atas segala tunjuk ajar, nasihat dan pengorbanan yang tidak ternilai.
Semoga YDH Ayahnda Guru sentiasa berada dalam rahmat, perlindungan dan kasih sayang Allah SWT.

🌹 Barakallah Fi Umrik 🌹”
fans

Guru silat di kampung.Masih Ada guru-guru tua di kampung,tidak ramai lagi yang  ada dizaman sekarang ini.mereka tidak ba...
05/04/2026

Guru silat di kampung.
Masih Ada guru-guru tua di kampung,tidak ramai lagi yang ada dizaman sekarang ini.
mereka tidak banyak bicara, bukan kerana takut,
tetapi kerana hati mereka sentiasa bersama Allah.

Mereka tidak s**a disanjung atau diraikan,
tidak mengharap pangkat atau kedudukan.
Lebih rela dihina daripada dipuji,
kerana mereka menjaga hati daripada riak.

Ilmu mereka bukan sekadar terbang tinggi,
bukan sekadar pukulan beribu,
tetapi ilmu mereka hanya satu—
mengenal diri, mengenal Tuhan.

Guru seperti ini dizaman sekarang tidak diperlukan lagi,Kerana mereka dilihat lemah tidak nampak hebat di Mata kasar.

Kenal guru sebenar guru.
Carilah mereka ketika mereka masih ada.

Pengambilan murid
29/03/2026

Pengambilan murid

SALAM AIDILFITRI
20/03/2026

SALAM AIDILFITRI

28/02/2026

Untukmu agamamu,untukku agamaku

Address

Kg Pokok Tai
Pendang
06720

Telephone

0182824936

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Seni Silat Warisan Pusaka Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share