Pusat Latihan PSS TLDM KD SRI PINANG

Pusat Latihan PSS TLDM KD SRI PINANG Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia.

KD SRI PINANG merupakan sebuah unit Pasukan Simpanan Sukarela TLDM tertua di Malaysia, berperanan melahirkan modal insan yang berjiwa patriotik daripada kalangan orang awam Malaysia untuk dilatih dengan kemahiran tentera laut supaya mempu menyumbang kepada kedaulatan negara Malaysia tidak kira ketika waktu aman mahupun waktu darurat.

๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—ž๐—œ ๐—•๐—จ๐—ž๐—œ๐—ง ๐—•๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—” ๐——๐—œ ๐™ˆ๐™Š๐™Š๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™๐™€ ๐™๐™๐˜ผ๐™„๐™‡, ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š.Seramai 32 x Pegawai dan Anggota PSSTLDM KD SRI PI...
23/08/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—ž๐—œ ๐—•๐—จ๐—ž๐—œ๐—ง ๐—•๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—” ๐——๐—œ ๐™ˆ๐™Š๐™Š๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™๐™€ ๐™๐™๐˜ผ๐™„๐™‡, ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š.

Seramai 32 x Pegawai dan Anggota PSSTLDM KD SRI PINANG telah berjaya melaksanakan dan menamatkan Latihan Fizikal Mendaki Bukit Bendera pada 15 Ogos 26 bertempat di ๐˜”๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ต๐˜ฆ ๐˜›๐˜ณ๐˜ข๐˜ช๐˜ญ, Bukit Bendera, Pulau Pinang.

Latihan ini bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal, daya tahan serta ketahanan mental dalam kalangan warga KD SRI PINANG di samping memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturahim antara Pegawai dan Anggota.

Latihan dimulakan dengan taklimat keselamatan serta penerangan berkaitan laluan pendakian dan tatacara keselamatan sepanjang aktiviti. Para peserta kemudiannya memulakan pendakian secara berkumpulan mengikut tahap kecergasan masing-masing sehingga berjaya menamatkan laluan yang ditetapkan.

Secara keseluruhannya, latihan telah berjalan dengan lancar dan semua 32 x peserta berjaya menamatkan pendakian tanpa sebarang kecederaan serius.

Semoga latihan seumpama ini dapat meningkatkan tahap kecergasan, ketahanan fizikal dan mental serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga PSSTLDM KD SRI PINANG.





๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฆ ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—จ๐—ง (๐—ฃ๐—”๐—ฃ, ๐—ฃ๐—ฅ๐—Ÿ, ๐—ž๐—ข๐— ) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒPada 17 hingga 21 Ogos 2026 yang lalu, telah berlangsung dengan ja...
23/08/2026

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฆ ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—จ๐—ง (๐—ฃ๐—”๐—ฃ, ๐—ฃ๐—ฅ๐—Ÿ, ๐—ž๐—ข๐— ) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Pada 17 hingga 21 Ogos 2026 yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Kursus Peningkatan Kelas I Pelaut (PAP, PRL, KOM) Tahun 2026.

Kursus ini disertai oleh 9 orang anggota berpangkat Laskar Kelas I yang mewakili Unit Bawah Naungan (UBN) Markas Pasukan Simpanan TLDM, iaitu KD SRI MEDINI, KD SRI MANJUNG, KD SRI LIKAS, PSTL Labuan dan PSTL Kuantan.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah mengikuti modul daripada setiap cawangan masing-masing yang merangkumi pelbagai aspek berkaitan pengetahuan dan kemahiran pengurusan kelautan, termasuk tindakan serta tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai persediaan untuk menjawat tanggungjawab sebagai seorang Laskar Kanan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan kesungguhan yang telah ditunjukkan sepanjang kursus. Semoga segala input dan ilmu yang diperoleh dapat dipraktikkan di unit masing-masing dan seterusnya menjadi pemangkin kepada kejayaan, di samping menyumbang dengan penuh dedikasi ke arah kecemerlangan perkhidmatan TLDM.

Selamat maju jaya dan teruskan kecemerlangan! โš“





๐—ž๐—— ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—ฃ๐—Ÿ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—Ÿ๐—ž๐—ก ๐Ÿฏ.๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฏ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒBUKIT KETERI, 17 Ogos 2026 โ€“ KD SRI PINANG, Pusat La...
20/08/2026

๐—ž๐—— ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—ฃ๐—Ÿ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—Ÿ๐—ž๐—ก ๐Ÿฏ.๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฏ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

BUKIT KETERI, 17 Ogos 2026 โ€“ KD SRI PINANG, Pusat Latihan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM telah menyertai Eksplorasi Kerjaya dan Pameran PLKN 3.0 Siri 3/2026 di Kem Bukit Keteri, Perlis.

Penyertaan KD SRI PINANG sebagai wakil TLDM bertujuan memberi pendedahan mengenai peranan dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara, fungsi dan bidang tugas TLDM, di samping memperkenalkan peluang dan laluan kerjaya dalam perkhidmatan ini yang berteraskan disiplin, kepimpinan, kemahiran dan semangat patriotisme.

Melalui pameran, para pelatih berpeluang mendapatkan maklumat berkaitan kehidupan warga TLDM serta berinteraksi secara langsung dengan pegawai dan anggota bagi mengetahui bidang kepakaran, latihan dan pembangunan kerjaya yang ditawarkan.

Program ini turut disertai pelbagai agensi kerajaan dan pasukan keselamatan termasuk Rejimen Askar Wataniah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut berkongsi maklumat kerjaya masing-masing.

Program ini diharap membantu pelatih membuat pilihan kerjaya yang lebih jelas serta memupuk minat untuk berkhidmat kepada negara melalui TLDM.





๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—™ ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—˜๐—ฆ6 Ogos 2026 โ€“ Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Staf PALAPES Laut telah diad...
19/08/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—™ ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—˜๐—ฆ

6 Ogos 2026 โ€“ Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Staf PALAPES Laut telah diadakan di Pejabat Pegawai Memerintah KD SRI PINANG.

Lt Dya Izlyn Shafika binti Zamvery PSSTLDM telah dinaikkan pangkat ke pangkat Leftenan PSSTLDM, berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2026.

Beliau telah dipertugaskan Pertugasan Sepenuh Masa (PSM) dan diperjawatkan sebagai Pegawai Staf PALAPES Laut Universiti Utara Malaysia (UUM).

Bravo Zulu diucapkan kepada Lt Izlyn Shafika binti Zamvery PSSTLDM atas kenaikan pangkat dan PSM tersebut. Semoga terus cemerlang dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.





๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—๐—œ๐—ช๐—” ๐— ๐—จ๐—ฅ๐—ก๐—œ : ๐—š๐—ข๐—ง๐—ข๐—ก๐—š-๐—ฅ๐—ข๐—ฌ๐—ข๐—ก๐—š ๐——๐—œ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—๐—œ๐—— ๐—๐—”๐— ๐—˜๐—ž ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—จ๐—•๐—”๐—กPulau Pinang, 8 Ogos 26 - Seramai 22 warga KD SRI PINANG tel...
09/08/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—๐—œ๐—ช๐—” ๐— ๐—จ๐—ฅ๐—ก๐—œ : ๐—š๐—ข๐—ง๐—ข๐—ก๐—š-๐—ฅ๐—ข๐—ฌ๐—ข๐—ก๐—š ๐——๐—œ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—๐—œ๐—— ๐—๐—”๐— ๐—˜๐—ž ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—จ๐—•๐—”๐—ก

Pulau Pinang, 8 Ogos 26 - Seramai 22 warga KD SRI PINANG telah menyertai program gotong-royong di Masjid Jamek Batu Uban, Pulau Pinang anjuran AJK Masjid Batu Uban dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM).

Aktiviti kerja pembersihan dimulakan secara berpasukan meliputi tiga kawasan utama iaitu, kawasan dalam masjid, kawasan luar masjid dan kawasan tanah perkuburan.

Semua peserta berkumpul di dalam ruang utama masjid setelah selesai kerja pembersihan dijalankan untuk sesi perkongsian mengenai sejarah dan latar belakang Masjid Jamek Batu Uban yang disampaikan oleh Tuan SK Abd Aziz bin SK Mohamed.

Masjid Jamek Batu Uban telah dibina pada tahun 1734 dan diasaskan oleh Tuan Haji Mohammad Saleh (Nakhoda Nan Intan). Masjid ini merupakan masjid tertua di Pulau Pinang dan menandakan tapak penempatan masyarakat Melayu terawal di negeri ini. Program ini diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan makan yang disediakan khas oleh pihak AJK Masjid Batu Uban.

Program seperti ini telah dapat meningkatkan hubungan silaturahim dan mewujudkan kerjasama yang baik antara warga KD SRI PINANG dengan masyarakat setempat selain dapat mengetahui nilai sejarah masjid tertua di Pulau Pinang.





03/08/2026

Warga KD SRI PINANG menyertai ๐˜•๐˜ข๐˜ท๐˜บ ๐˜™๐˜ถ๐˜ฏ 2026 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 02 Ogos 26.





๐™‰๐˜ผ๐™‘๐™” ๐™๐™๐™‰ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒKuala Lumpur, 2 Ogos 26 - Seramai 37 x warga KD SRI PINANG telah menyertai ๐˜•๐˜ข๐˜ท๐˜บ ๐˜™๐˜ถ๐˜ฏ 2026 bertempat di Datar...
03/08/2026

๐™‰๐˜ผ๐™‘๐™” ๐™๐™๐™‰ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Kuala Lumpur, 2 Ogos 26 - Seramai 37 x warga KD SRI PINANG telah menyertai ๐˜•๐˜ข๐˜ท๐˜บ ๐˜™๐˜ถ๐˜ฏ 2026 bertempat di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah disempurnakan pelepasan oleh Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dengan penyertaan lebih 15,000 peserta. Hadir bersama Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Tan Sri Dr Zulhelmy bin Ithnain.

Tujuan penganjuran ๐˜•๐˜ข๐˜ท๐˜บ ๐˜™๐˜ถ๐˜ฏ ini adalah untuk memupuk gaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan antara warga TLDM dengan masyarakat awam.





๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—จ๐—ง ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—ง๐—Ÿ๐——๐— ) ๐—ž๐—˜ ๐—ž๐—— ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—šPada 22 Jul 2026 telah berlangsungnya Lawatan Vetera...
31/07/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—จ๐—ง ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—ง๐—Ÿ๐——๐— ) ๐—ž๐—˜ ๐—ž๐—— ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š

Pada 22 Jul 2026 telah berlangsungnya Lawatan Veteran TLDM yang telah dihadiri oleh:
1. Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamed Ali (Bersara)
2. Laksamana Pertama Dato' Aziz bin Mohd Dom (Bersara)
3. Kepten Haji Razak bin Yusof TLDM (Bersara)
4. Komander Abdullah Thani bin Zainal Abidin TLDM (Bersara)
5. Komander Azahari bin Yusof TLDM (Bersara)
6. Leftenan Komander Ali Noor Razak bin Mohd Noor Sidek TLDM (Bersara)

Lawatan ini adalah untuk mengetahui perkembangan terkini TLDM, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara warga veteran dengan anggota TLDM yang masih berkhidmat. Lawatan ini turut menjadi platform untuk berkongsi pengalaman, pandangan dan nasihat yang bernilai dalam memperkukuhkan lagi semangat warga TLDM. Pesanan yang amat bermakna daripada Tan Sri supaya sentiasa jujur, ikhlas dan berintegriti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

Semoga hubungan erat yang terjalin ini terus diperkasakan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan para veteran, serta menjadi inspirasi kepada generasi pewaris dalam meneruskan kecemerlangan dan kegemilangan TLDM.





๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—˜๐— ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐——๐—˜๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—ฃ๐—ž๐—•๐— ) (๐—Ÿ) ๐—ญ๐—ข๐—ก ๐—จ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒPerkhemahan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) (L...
31/07/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—˜๐— ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐——๐—˜๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—ฃ๐—ž๐—•๐— ) (๐—Ÿ) ๐—ญ๐—ข๐—ก ๐—จ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Perkhemahan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) (L) Zon Utara telah berlangsung dengan jayanya pada 24 hingga 26 Julai 2026 di Pusat Latihan RELA Wilayah Utara, Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah.

Program ini telah menghimpunkan seramai 300 orang peserta PKBM (L) serta 30 orang guru pengiring daripada sekolah-sekolah yang mengambil bahagian. 10 buah sekolah yang terlibat adalah SMK Kulim, SMK Pekula Jaya, SMK Alma, SMK Dato' Onn, SMK Bukit Jambul, SMK Tanjung Bunga, SMK Seri Balik Pulau, MRSM Arau, MRSM Balik Pulau dan Kolej Sultan Abdul Halim.

Perkhemahan ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama berpasukan dan setia kawan dalam kalangan peserta PKBM (L), mengeratkan hubungan silaturahim, di samping meningkatkan ketahanan mental dan fizikal melalui pelbagai latihan asas ketenteraan yang diterapkan sepanjang program berlangsung.

Bravo Zulu kepada para peserta!

Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai kepimpinan yang diperoleh sepanjang perkhemahan ini dapat dimanfaatkan dalam melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berdaya tahan dan berjiwa patriotik.


TLDM

(L)

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ฅ ๐—ง๐—œ๐—š๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ๐—จ22 Julai 2026 โ€“ Telah berlangsung Perlawanan Bola Tampar Tiga Penjuru di Gelanggang B...
31/07/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ฅ ๐—ง๐—œ๐—š๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ๐—จ

22 Julai 2026 โ€“ Telah berlangsung Perlawanan Bola Tampar Tiga Penjuru di Gelanggang Bola Tampar Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang yang menghimpunkan tiga agensi iaitu KD SRI PINANG (TLDM), Jabatan Perikanan Malaysia dan Jabatan Laut Malaysia.

Penganjuran perlawanan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim, memperkukuh kerjasama strategik antara agensi serta menyemarakkan semangat kesukanan melalui pertandingan yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni, kompetitif dan muhibah.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform memperkukuhkan jalinan kerjasama serta memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga ketiga-tiga agensi.





Navypeople
Sediaberkorban

Address

Jalan Akuarium
Penang
11700

Telephone

6046599209

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Latihan PSS TLDM KD SRI PINANG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share