22/06/2020
VTP 212E = Intermediate Directing 2019/2020
Kumpulan B
Tajuk : Buli/Depressi (Kesihatan Mental)
Buli/Depressi merupakan sebuah persembahan teater devised yang disampaikan oleh kumpulan B di bawah kod kursus VTP 212E dan merupakan persembahan pertama yang dilakukan secara berasingan tetapi digabungkan secara editing dan menjadi sebuah persembahan teater devised yang lengkap.
Arahan dan jalan cerita Faizatul Akmal Binti Abdullah
Diterajui oleh tiga pelakon utama Adeline (Mangsa B), Shen Enya (Pembuli A) dan Haziq (Personaliti C).
Kisah ini diinspirasikan dari statistik kes buli dan depressi di Malaysia semakin meningkat iaitu 2013 :0.02% hingga 2018: 0.09%
Teater devised Buli/Depressi mengisahkan tentang Si Pembuli A memakai baju merah yang menggambarkan perasaan marah dan benci melontarkan beberapa helai kain berwarna mewakili emosi ( Merah : marah/benci, Kuning: Sunyi, Oren: Memberontak, Perang: kosong) kepada mangsa buli B yang berpakaian putih ( suci/bersih). Pergerakan pembuli A adalah mengikut lawan jam dan dalam bulatan. Mangsa buli B berada ditengah-tengah bulatan menjadi marah, benci, dendam dan cuba bangun melawan kelemahan diri. Pada awalnya dapat dilihat mangsa buli B masih berpakaian putih tetapi ada kain merah dilehernya yang melambangkan perasaan mara dan dendamnya. Seterusnya dengan pergerakkan yang melambangkan kebangkitan dan semangat akan tetapi hatinya mula kosong dengan kain dilehernya berubah kepada warna kuning (kosong) dan akhir sekali mangsa buli B mengenakan baju gelap dan mengenakan kain oren dilehernya melambangkan bahawa dia sedang memberontak kerana ditindas dan akhirnya dari personaliti B mangsa buli berubah menjadi personaliti C yang mana masih menggenakan pakaian gelap dan berkain oren. Personaliti C diperlihatkan lebih kuat dan tidak lemah seperti mangsa buli B. Personaliti C kemudiannya mengulangi perbuatan pembuli A. Ia seolah-olah membuktikan bahawa dia juga berkuasa dan bertenaga. Jika dilihat corak pergerakkan mereka, mereka bergerak secara bulatan. A mengelilingi B dan C mengelilingi A secara simboliknya kami ingin menyatakan bahawa kesihatan mental yang dialami (depressi/ buli/kemurungan/ditindas/penindas) sebenarnya berpunca dari sekeliling kita dan ianya terus terusan berulang. Berkemungkinan si A juga adalah magsa buli seperti B dan bertukar menjadi C dan dengan cara membuli atau membalas dendam dengan cara yang sama akan membuatkan mereka ini berasa diri mereka berkuasa dan tidak ditindas. Ini merupakan salah satu masalah kesihatan mental yang kronik dan patut dirawat segera agar ia tidak menular.
Jangan lupa ya sahabat-sahabat sekalian untuk menonton Teater Devised Buli/Depressi ini dan jangan lupa juga untuk like, comment dan share di mana saja anda berada. SELAMAT MENONTON SEMUANYA!!! πππ
https://youtu.be/mOiOJs8FT0E