Selamat malam kasih. Selamat malam sayang. Selamat malam cinta.

  • Home
  • Selamat malam kasih. Selamat malam sayang. Selamat malam cinta.

Selamat malam kasih. Selamat malam sayang. Selamat malam cinta. Selamat malam kasih. Selamat malam sayang. Selamat malam cinta. Allahuakbar, Ya Rahman, Ya Rahim. Selamat lena beradu bersama kedinginan malam. Tidurlah. Rindu kamu.

Ketahuilah oleh kamu.... kasih, sayang dan cinta ini tidak pernah hilang, berjurang atau terpadam. Berehatlah bersama kasih itu, sayang itu dan cinta itu... yang akhirnya menjadi rindu. Sayang kamu. Cinta kamu.

15/03/2022

Kalau aku masih menulis,
Tetapi tidak lagi disini,
Adakah itu lebih baik?
Adakah tidak bercerita lagi didepan kamu, itu adalah lebih baik?

Apakah menulis di suatu tempat yang rahsia tanpa pengetahuanmu, itu lebih baik?

Tidakkah aku bercerita,
Kesemua yang aku ceritakan,
Tentang s**a duka kehidupan ini....
Maka rasa lebih tenteram sesudah melihat aku. Melihat pergerakan suara hati aku sering waktu berkumandang dan berdendang didepan mata mu. Tidakkah ini lebih baik? Tidakkah melihat aku selalu ada disini bercerita, dikira baik? Tidakkah kamu mahu mensyukurinya? Kerna aku masih ingin bercerita. Kisah s**a. Kisah duka. Kisah rasa tak gembira. Kisah gembira. Tidakkah kamu ingin bersyukur tentang itu?

Cuba bayangkan....
Disuatu hari kemudian,
Aku tidak lagi menulis.
Tidak ada lagi sesuatu yang baru, yang bisa dibaca olehmu. Bagaimana dengan harimu? Apakah kamu akan seperti dulu yang s**a membaca? Membaca semua cerita. Tentang kita. Tentang mereka. Tentang aku. Tentang kamu. Tentang siang. Tentang malam. Tentang nafas. Tentang hantu. Tentang aku jadi hantu. Tentang naga saka yang ku bela. Tentang hikayat dongeng manusia. Tentang cinta luar biasa.

Lalu,
Bagaimana hari mu setelah aku tiada? Adakah itu nanti akan lebih baik? Lebih baik jika aku tidak ada.

Adakah kamu akan baik-baik saja?
Tanpa aku menulis lagi seperti ini.

_________
Tuduh mu aku bermain-main cinta. Jika cinta ini sekadar permainan, lalu mengapa hati kita sama-sama tercedera? Tuduh mu aku mencipta kata-kata. Jika kata-kata ku adalah dusta semata, lalu mengapa kamu terpesona dan bernafas dengannya? Tidakkah kau merasa degup cinta itu berdetak lembut mengetuk hati mu? Dan itu, aku.

Kadang-kadang....Cinta adalah perkara yang tidak masuk akal. Yang mana, ianya tidak boleh disangkal oleh hati. Kita cuba...
18/03/2021

Kadang-kadang....
Cinta adalah perkara yang tidak masuk akal. Yang mana, ianya tidak boleh disangkal oleh hati. Kita cuba mengatur hati dengan menggunakan akal. Hakikatnya, cinta adalah mengikut kata hati. Dan, akal harus akur dengan segala kehendak hati.

Kerna itu, adakala kita perlu berkorban dan mengorbankan diri demi orang yang kita cintai. Walau mungkin, tidak ada jaminan balasan bahagia disebalik kesengsaraan yang kita lalui saat itu. Semuanya kita lakukan.... adalah kerana hati dan akal telah mendahulu segala lojik situasi dan lojik kondisi. Maka sebab itu, kita lalukan saja kisah hati ini untuk bercinta.

Kerna cinta...
Adalah cinta.
Jiwa yang mencintai cinta.

Kerna hati.....
Sudah dipunyai.

Written by Hirne Saris.

_______________
Love should be like breathing. It should be just a quality in you – wherever you are, with whomsoever you are, or even if you are alone, love goes on overflowing from you. It is not a question of being in love with someone – it is a question of being love.

18/03/2021

Kamu....
Menjadilah apapun, sama ada sebagai orang baik mahupun sebaliknya... namun harus tetaplah punya jati diri. Sifat dan sikap yang baik-baik. Hati yang baik. Jiwa yang baik. Naluri yang baik.

Kamu.... adalah tentang siapa yang diri kamu zahirkan. Yang diri kamu cuba ditonjolkan. Yang ditunjukkan. Yang difikirkan. Yang ditafsirkan. Yang diperkatakan. Dan yang diperlakukan. Jika kamu menghina kejiwaan yang kamu miliki untuk diperlihatkan kepada orang lain, jadi dimana nilai harga diri tentang "SEORANG" peribadi baik kamu itu?

Aku berbicara tentang kesemua perkara yang baik-baik kerana diri aku ini mempunyai harga dan nilai jiwa yang baik. Sebagai manusia baik. Untuk mendapatkan karma yang baik juga.

Jadi, aku berpesan dengan kebaikan ini... untuk mendapat dan memberi manfaat kebaikan itu juga kepada kamu. Lalu, perlakukan semua kebaikan itu kepada orang lain.

Jadilah apa saja....
Tetapi jika kamu masih mempunyai jiwa yang baik, nescaya lingkaran kebaikan itu masih berada disekeliling kamu bersama kasih sayang.

Berbuatlah apa saja dengan ses**a hati. Tetapi, menjadilah orang-orang yang punya sejarah kehidupan yang baik untuk dikenang walaupun sanjungan itu muncul sesudah kita mati. Selebihnya... bersifat ikhlas. Ikhlas kepada kehidupan dan semua hidupan.

Dan Tuhan... pasti memberikan semula kemewahan perasaan sebagai jiwa insan. Dengan cinta. Dengan bahagia. Dengan gembira.

Lalu,
Kamu percaya akan keberadaan dirimu sendiri tanpa perlu menghitung pahala atau dosa dimata manusia. Sama ada seseorang yang lain itu jahat atau baik disisi yang lain. Dimata Tuhan telah terjawab segala. Tuhan lebih tahu segala. Dan kamu, sekadar terus menikmati hidup ini tanpa perlu bersangka-sangka tentang orang lain. Untuk ditemukan jalan ketenangan dan kebahagiaan.

Kamu, adalah kamu jiwa yang sebenarnya jiwa.

Selamat malam.
Salam kasih sayang
Written by Hirne Saris

___________
Your attitude is like a price tag, it shows how valuable you are. When you judge others, you do not define them, you define yourself

Jika sekeras-kerasnya aku membencimu, mengapa tidak selembutnya lebih dari itu kau terus mencintaiku? Jika sekerasnya ak...
15/03/2021

Jika sekeras-kerasnya aku membencimu, mengapa tidak selembutnya lebih dari itu kau terus mencintaiku?

Jika sekerasnya aku telah menolakmu, mengapa tidak selembutnya kau tetap saja menarikku lalu memelukmu?

Jika sekerasnya aku pernah membunuh cintamu, mengapa tidak selembutnya juga kau terus menerus menghidupkan ia semula? Seperti dulu dan selalunya... begitu.

Mengapa kau berhenti untuk percaya bahawa kita akan selalu bersama dan tetap akan baik-baik saja? Jika bukan hari ini, tentu baik-baik saja pada hari esok, atau akan datang.

Mengapa tidak kau percaya yang aku ini tertakdir sebagai kepunyaanmu..... kekal kepunyaanmu.... tetap menjadi hanya kepunyaan kamu saja.

Mengapa tidak kau percaya kepadaku? Daripada berputus asa untuk bersamaku?

Kerana.....
Sekeras apapun aku,

Hanya kamu...
Hanya kamu yang mampu melembutkan aku. Membuka hatiku. Mencairkan marahku. Membuang gundahku. Sedihku. Melebar senyumku. Gegar tawaku. Memanjakan aku. Selalu meredupkan pandangku. Untuk terus memandang mu.

Lalu, jangan pernah berhenti percaya.... bahawa hanya engkau yang mampu takluki hatiku.

Written By Hirne Saris
"It's YOU."

_____________
“The couple that fights the most is the one most in love… it shows they care enough to notice the other one screwed up and care enough to mention it to the person so they can fix it. When you stop fighting it means you stopped caring.”

Kalau aku masih menulis,Tetapi tidak lagi disini,Adakah itu lebih baik?Adakah tidak bercerita lagi didepan kamu, itu ada...
15/03/2021

Kalau aku masih menulis,
Tetapi tidak lagi disini,
Adakah itu lebih baik?
Adakah tidak bercerita lagi didepan kamu, itu adalah lebih baik?

Apakah menulis di suatu tempat yang rahsia tanpa tahumu, itu lebih baik?

Tidakkah aku bercerita,
Kesemua yang aku ceritakan,
Tentang s**a duka kehidupan ini....
Rasa jiwamu lebih tenteram melihat aku. Melihat pergerakan suara hati aku sering waktu berkumandang dan berdendang. Tidakkah ini lebih baik? Tidakkah melihat aku selalu ada bercerita, dikira baik. Tidakkah kamu ingin mensyukurinya? Kerna aku masih ingin bercerita. Kisah s**a. Kisah duka. Kisah rasa tak gembira. Kisah gembira. Tidakkah kamu ingin bersyukur tentang itu?

Cuba bayangkan....
Disuatu hari kemudian,
Aku tidak lagi menulis.
Tidak ada lagi sesuatu yang baru, yang bisa dibaca olehmu. Bagaimana harimu? Apakah kamu akan seperti dulu yang s**a membaca? Membaca semua cerita. Tentang kita. Tentang mereka. Tentang aku. Tentang kamu. Tentang siang. Tentang malam. Tentang nafas. Tentang hantu. Tentang aku jadi hantu. Tentang naga saka yang ku bela. Tentang fairytale. Tentang cinta luar biasa.

Hurm....
Bagaimana kamu dihari aku telah tiada?

Written by Hirne Saris

Jangan tanyaKenapa aku cintai diaSampai hujung duniaAku berlari punYang aku temuCuma jawapan...Aku cinta diaKalau masih ...
13/01/2021

Jangan tanya
Kenapa aku cintai dia
Sampai hujung dunia
Aku berlari pun
Yang aku temu
Cuma jawapan...
Aku cinta dia

Kalau masih bertanya juga
Mahu aku jawab apa?
Aku cuma tahu... aku cinta dia
Aku cinta dia
Cinta dia
Selebihnya, aku tidak tahu
Mengapa dan bagaimana cinta itu ada
Dari mana bermulanya rasa cinta

Segalanya,
Terasa sempurna
Melengkapi galaksi jiwa

Jangan tanya...
Aku cuma tahu,
Hati ini ada dia
Dalam diri ini ada cinta
Dan aku bahagia
Mencintai nya
Seadanya

Puisi "Aku Cinta Dia" by Hirne Saris

______________
“The heart has its reasons which reason knows not.” ―Blaise Pascal

Pagi ini.Mungkin pagi yang sedihBagi seseorang.Mungkin petang yang sedihUntuk seseorang.Mungkin malam yang sedihDari ses...
11/01/2021

Pagi ini.
Mungkin pagi yang sedih
Bagi seseorang.
Mungkin petang yang sedih
Untuk seseorang.
Mungkin malam yang sedih
Dari seseorang.

Pagi ini.
Didengari sebuah lagu sedih
sedang dimainkan.

Pagi ini.
Dilukiskan gambar sedih
Dari kejadian.
Sebuah tragedi.
Menyayat hati.

Pagi ini.
Cerita sedih air mata.
Bernafas dengan terluka.
Berjasad sengsara.

Apakah kita terlupa
Tentang cerita hidup?
Kita diuji untuk menghargai pengalaman.
Untuk dipandang ke belakang
Mengira parut kenangan
Sejauh ini sudah kita menang.

Pagi ini.
Derukan nafas sekali lagi.
Walau air mata tumpah
Kesekian kalinya,
Tersenyumlah seorang diri.
Tersenyumlah kepada diri sendiri.
Sejauh ini kamu sudah menang.
Melepasi rintangan dan halangan.
Ujian kehidupan.

Pagi ini.
Adalah petang bagi seseorang.
Adalah malam bagi seseorang.
Dimanapun kamu berada,
Aku doakan kebahagiaan
Dipermudahkan setiap urusan
Dilenyapkan kesedihan.
Dijauhkan kesepian.

Cintailah cinta.
Kerna dengan cinta,
Kamu ingin hidup selamanya
Walau....
Hanya didalam mimpi seseorang.

Written by Hirne Saris
Puisi "Sedih Buat Seseorang".

_____________
“There’s a natural law of karma that vindictive people, who go out of their way to hurt others, will end up broke and alone.” – Sylvester Stallone (*and it's me.)

04/12/2019

Kerna....
Cinta adalah sesuatu yang menakutkan.

Bagaimana manusia menjadi begitu berani memberikan hatinya untuk terluka?

Sedangkan kita bertaruh demi untuk menikmati erti bahagia. Dan rasa gembira.

Hakikatnya.
Tidak begitu.
Tidak ramai yang mampu fahami ia seperti itu. Memahami.... Betapa menjunjung hati seseorang yang mencintai itu, sangat berat dan sangat sulit. Hati yang perlu dijaga.

Yang kumahu....
Seseorang yang bisa menjaga hatiku.

Tanpa tercedera.
Atau dicederakan.

Tetapi.
Tidak begitu.
Hatiku selalu parah.
Selalu patah. Oleh seseorang yang lemah. Lemah untuk menjadi orang-orang yang bercinta dan dicintai. Mereka itu, si looser.

Makanya aku tegar menjadi seperti ini. Yang tidak termiliki. Hati yang tidak termiliki. Mungkin ini sisi sepi yang paling drastis. Kritis. Namun aku tak mahu terlalu lali disakiti hati. Kerna aku bimbang, andai suatu hari nanti ketika cinta mulai mengetuk pintu hati ini, aku terlalu takut untuk membukanya sekali lagi. Sedang mungkin, itu adalah cinta yang dijanjikan kembali ke syurga.

Written by Hirne Saris.

Ia terlalu s**ar menuturkannya.Beri si dia sebuah puisi cinta, sebuah puisi kasih atau sebuah puisi sayang. Kami bantu a...
03/12/2019

Ia terlalu s**ar menuturkannya.

Beri si dia sebuah puisi cinta, sebuah puisi kasih atau sebuah puisi sayang. Kami bantu anda membina sebuah puisi untuk si dia.

Berikan situasi anda, kami ciptakannya khusus untuk anda.

Aku benarkan kau terbang bebasJauh ke angkasarayaMahupun menjunam dimuaraAtau mungkin nantiBerlabuh didermaga cinta lain...
29/11/2019

Aku benarkan kau terbang bebas
Jauh ke angkasaraya
Mahupun menjunam dimuara
Atau mungkin nanti
Berlabuh didermaga cinta lain
Bukan aku yang punya
Tetap denai sepi ini
Ku lamankan untukmu
Persembahkan dedak kasih
Untuk kau santap jiwa
Lamaran sebuah setia
Saat kau terluka

Berlarilah semahumu
Ke gunung mana sekalipun kau tuju
Mahupun tenggelam didalam lautan
Atau menghilang diri dalam kabus
Hingga hitam pekat malam dini
Tak ku temui bebayangmu lagi
Buta cinta terabakan mata hati
Tetap disini aku berdiri
Bakarkan diri dengan cahaya
Hangus rentung petak hati ini diuji
Aku tetap sudi menanti
Menyambut kata rindumu
Tanpa jemu

Sekeping hati ini
Sendiri atau penuh keramaian
Bahagia atau suram
Hujan mencurah atau berpanas
Dalam mata hatiku
Walau lelah dan tenat begini
Setiap kali hidup teruji
Aku akan selalu tersenyum untukmu
Sebagai bahu yang kau perlu
Membasuh lusuh malang kecewa
Tawarkan larat hitung beban derita
Seusia dunia sanggup ku sembahkan
Asal terbaik bermilik segala bahagia
Akhirnya tetap milikmu jua

Semahumu...
Apa jua kau laku
Aku tetap sayang kamu
Kerna dihati ini kaulah tetamu
Yang selalu bersambut
Dari kamar setia perindu
Bersama sisa-sisa waktu
Tertinggal aku

Puisi "Semahumu" by Hirne Saris

________________
I have found the paradox, that if you love until it hurts, there can be no more hurt, only more love. ~Mother Teresa

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Selamat malam kasih. Selamat malam sayang. Selamat malam cinta. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Selamat malam kasih. Selamat malam sayang. Selamat malam cinta.:

  • Want your establishment to be the top-listed Arts & Entertainment?

Share