Jarak dari bandar Pasir Puteh ialah 20 km, manakala 22 km dari bandar Machang, dan perlu melalui jalan lebuhraya Machang-Pasir Puteh. Pusat rekreasi ini merupakan kawasan air terjun berbatu, dan mempunyai laluan untuk mendaki ke puncak air terjun. Kawasan mandi untuk golongan dewasa dan kanak juga disediakan, juga terdapat taman permainan untuk kanak-kanak dan kawasan ini merupakan salah satu temp
at yang sesuai untuk tapak perkhemahan dan kemudahan seperti tapak, dewan,surau dan restoran masakan panas juga disediakan. Kawasan letak kereta disediakan untuk kemudahan pengunjung dan juga terdapat satu mini zoo disediakan di sini oleh pihak Pejabat Hutan Negeri Kelantan.