Galeri Cik Siti

  • Home
  • Galeri Cik Siti

Galeri Cik Siti Galeri Cik Siti is a heritage gallery under Makmal Warisan (MW), Faculty of Creative Technology & Heritage, Universiti Malaysia Kelantan.

Serving as a platform for learning, exhibition, and research on national heritage, supporting education and research.

DAULAT TUANKUMerafak sembah menjunjung kasih dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yan...
01/06/2026

DAULAT TUANKU

Merafak sembah menjunjung kasih dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan hidayah-Nya serta mengurniakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan dan kebijaksanaan yang berterusan dalam menerajui negara serta memayungi rakyat dengan penuh adil dan saksama.

Daulat Tuanku.





SELAMAT HARI KAAMATAN ✨️"Syukur atas rezeki bumi, syukur atas nikmat kebersamaan."Semoga semangat penuaian ini bukan sah...
31/05/2026

SELAMAT HARI KAAMATAN ✨️

"Syukur atas rezeki bumi, syukur atas nikmat kebersamaan."
Semoga semangat penuaian ini bukan sahaja meraikan hasil bumi, tetapi juga menuai kembali rasa cinta terhadap budaya, tanah air, dan sesama insan.





SELAMAT HARI WESAK ✨️Di sebalik keheningan cahaya lilin dan haruman bunga teratai, tersimpan pengajaran abadi, bahawa ke...
31/05/2026

SELAMAT HARI WESAK ✨️

Di sebalik keheningan cahaya lilin dan haruman bunga teratai, tersimpan pengajaran abadi, bahawa kedamaian sejati bukan dicari di luar diri, tetapi ditemui dalam ketenangan jiwa.

Semoga perayaan suci ini membawa sinar pencerahan, memperkukuh rasa syukur, dan mengingatkan kita akan erti kasih sayang tanpa batas terhadap sesama insan.





SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 🌙Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang mulia ini, marilah kita bersama-sama menghayati e...
26/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 🌙

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang mulia ini, marilah kita bersama-sama menghayati erti pengorbanan dan keikhlasan yang diwariskan oleh Nabi Ibrahim AS serta keluarganya.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan pada hari ini menjadi lambang kesyukuran kita kepada Allah SWT, dan semoga segala amalan serta doa kita diterima di sisi-Nya.

Kepada seluruh umat Islam, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga Allah menerima amalan kalian semua. 🤲




22/05/2026

Podcast Sembang Warisan Di Meja Kopi.

Lensa Konservator : Mengapa Bagunan Warisan Perlu Terus "Bernafas" ?





21/05/2026

CURATOR LIVE TALK | Siri 2/2026

Tajuk:
ADAKAH MUZIUM BERJAYA MENDEKATKAN ARKEOLOGI KEPADA MASYARAKAT ?

Galeri Cik Siti membawakan sesi Curator Live Talk yang mengupas persoalan ini secara santai tetapi bermakna bersama Dr Norhidayahti Mohd Muztaza, yang akan berkongsi pengalaman dan perspektif kuratorial dalam menyampaikan arkeologi melalui ruang pameran muzium.

📅 21 Mei 2026 (Khamis)
🕙 10.00 pagi – 11.00 pagi
📍 Facebook Live Galeri Cik Siti

Jangan lepaskan peluang untuk melihat bagaimana muzium berperanan sebagai jambatan antara arkeologi dan masyarakat.

“Kurator berkongsi, arkeologi didekati.”

19/05/2026

NANTIKAN SIRI PODCAST TERBARU!

Jangan lupa untuk saksikan siri podcast terbaru bersama Cik Din di laman sosial media kami. Facebook Galeri Cik Siti serta di Tiktok dan Instagram Makmal Warisan.





SELAMAT HARI MUZIUM ANTARABANGSA KEPADA SELURUH DUNIA ✨Tau tak hari ni hari apa? 🏛️18 Mei setiap tahun disambut sebagai ...
18/05/2026

SELAMAT HARI MUZIUM ANTARABANGSA KEPADA SELURUH DUNIA ✨

Tau tak hari ni hari apa? 🏛️

18 Mei setiap tahun disambut sebagai Hari Muzium Antarabangsa, dimana hari yang diraikan seluruh dunia untuk menghargai warisan, sejarah, dan budaya kita.

Muzium bukan sekadar tempat menyimpan barangan lama. Ia adalah jendela masa lalu yang mengajar kita erti kehidupan, perjuangan, dan identiti sesebuah bangsa. 🌍

Jom kita jaga dan hargai warisan kita bersama! 💪




06/05/2026

PODCAST SEMBANG WARISAN DI MEJA KOPI (SIRI 1)
'Asyik & Identiti: Cerita di Sebalik Gerak'

Address

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN Kampus Bachok Beg Berkunci No. 01, Bachok, Kelantan

16300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Galeri Cik Siti posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your establishment to be the top-listed Arts & Entertainment?

Share