KDCA Nabawan

KDCA Nabawan Official page of the KDCA Nabawan District.

Kaansayan Ramuyun,Sekitar momen penuh makna para finalis Unduk Ngadau Nabawan dan Pagalungan 2026 sepanjang Segmen Buday...
28/04/2026

Kaansayan Ramuyun,

Sekitar momen penuh makna para finalis Unduk Ngadau Nabawan dan Pagalungan 2026 sepanjang Segmen Budaya Tradisi: Sumundai.

Generasi hari ini adalah jambatan antara khazanah budaya dan masa depan.
Di sinilah mereka merasai sendiri kehidupan yang menjadi akar masyarakat Murut.

Daripada mengetam padi hingga memahami setiap prosesnya,
setiap pengalaman menjadi penghubung agar khazanah budaya ini terus hidup.

Selaras dengan tema Kaamatan tahun ini,
Kaamatan: Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian

Kaamatan: Harvesting Unity, Celebrating Harmony.

Kaamatan: Angukum ra Pasisimpungan, Angilau ra Kaansayan.

Kaamatan: Mongomot Pisompuruan,
Mamaramai Piunungan.

usaha ini menjadi simbol perpaduan, kebersamaan dan kekuatan budaya yang terus mekar dalam masyarakat kita.

Warisan dijaga, legasi diteruskan.

Kredit gambar: Kupisanangan Studio

27/04/2026

Kaansayan Ramuyun..

Satu pengalaman…
Satu perjalanan…
Satu kisah yang bakal dikongsi..

Nantikan Pengisian Budaya: Pantingaisan ra Umoh.

27/04/2026

Kaansayan Ramuyun,

Pada 25 April 2026, bertempat di Sekolah Adat Paluan, aktiviti budaya “Pantingaisan ra Umoh” sempena Minggu Pertandingan Randawi Tavantang Nabawan dan Pagalungan 2026 telah berlangsung dengan lancar dan penuh semangat budaya.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Puan Agnes Andrew Bacon, selaku Pengerusi KDCA Nabawan merangkap Pengerusi Sekolah Adat Paluan, kerana telah membenarkan Randawi Tavantang Nabawan dan Pagalungan menjalankan program di tempat ini. Terima kasih juga atas kesudian meluangkan masa bersama pasukan RTK Nabawan & Pagalungan sehingga program ini berjaya dilaksanakan.

Begitu juga kepada semua AJK RTK Nabawan & Pagalungan yang bekerjasama dalam menjayakan program ini. Penat lelah yang dicurahkan pada masa itu amat berbaloi. Paningkuangan ramuyun.

Tidak dilupakan juga para peserta RTK Nabawan dan Pagalungan 2026 yang begitu bersemangat serta menunjukkan kesungguhan yang tinggi terhadap setiap aktiviti yang dianjurkan.

Terima kasih juga diucapkan kepada RTK Nabawan (Encik Fachai Sikana) & RTK Pagalungan 2025 (Encik Ebbes Taimis) kerana sudi meluangkan masa untuk turut serta dalam program ini. Untuk makluman, program ini juga disertai oleh RTK Pagalungan 2022, Encik Liefhiro Ubin, serta RTK Pagalungan 2023, Encik Azlee. Terima kasih atas sokongan ini.

Tidak dilupakan juga penghargaan kepada Peter Bonaventure selaku Jurugambar dan videografi untuk program ini, serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini.

Terima kasih atas sokongan dan dedikasi semua pihak.

Kaamatan: Angukum ra Pasisimpungan, Angilau ra Kaansayan.

Warisan dijaga, legasi diteruskan.

Muzik Latar.
*Pensiangan – Rosdi Bambangan*
AI Cover oleh FJ Sound

Digunakan untuk tujuan persembahan budaya dan bukan untuk sebarang tujuan komersial
🚫 Not for monetization
📌 All rights belong to the original creator & FJ Sound

26/04/2026

Kaansayan Ramuyun,

Aktiviti kedua sempena Minggu Pertandingan diteruskan dengan dua sesi perkongsian yang penuh ilmu dan inspirasi:

Sesi 1: Warisan Kraftangan, Sulaman & Manik Tradisi Murut
Sesi ini telah dikendalikan oleh Puan Lieya Dieha Lieya dan zandi Kartinie Michallenna , yang sejak awal lagi tampil dengan penuh semangat untuk turut sama menjayakan aktiviti ini. Bahan-bahan bagi aktiviti ini turut disediakan khas sepenuhnya oleh mereka berdua sebagai tanda kecintaan terhadap warisan budaya serta komitmen dalam melestarikan seni sulaman manik tradisi Murut. Dengan bimbingan dan dedikasi mereka, ramai finalis berjaya menghasilkan gelang tangan dan cenderakenangan bercorak tradisi Murut.

Sesi 2: Mentor Inspirasi, Catwalk, Persembahan Pentas & Q&A.
Sesi ini telah dikendalikan oleh jemputan khas, Simaya Eyka Majin , yang berkongsi tips dan motivasi berdasarkan pengalaman beliau dalam pertandingan Unduk Ngadau, khususnya ketika bertanding di Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Kebangsaan 2024.

Perkongsian ini turut diperkukuh dengan input daripada para AJK berpengalaman serta Simaya Velintinah Marcus (Unduk Ngadau Pagalungan 2025), sekali gus membantu para finalis meningkatkan keyakinan, penguasaan pentas serta kemahiran sesi Q&A dengan lebih berwibawa.

Kami turut berbesar hati menerima kunjungan Datin Hajah Rufinah Pengeran , yang sudi menyampaikan sumbangan kewangan serta kata-kata motivasi kepada para finalis. Beliau juga beramah mesra sambil melihat sendiri hasil karya yang dihasilkan oleh para finalis.

Setiap langkah membawa mereka lebih dekat ke pentas akhir, bukan sekadar mencari juara, tetapi kami ingin melahirkan duta warisan budaya.


Nantikan video dan gambar rasmi yang bakal menyusul.

Paningkuanangan.

𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡-𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗦𝗨𝗚𝗔𝗡𝗗𝗢𝗜 𝗞𝗔𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 (𝗧𝗘𝗥𝗕𝗨𝗞𝗔)𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗡𝗔𝗕𝗔𝗪𝗔𝗡 & 𝗣𝗔𝗚𝗔𝗟𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲Kepada seluruh warga Nabawan dan Pagalungan!...
23/04/2026

𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡-𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡
𝗦𝗨𝗚𝗔𝗡𝗗𝗢𝗜 𝗞𝗔𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 (𝗧𝗘𝗥𝗕𝗨𝗞𝗔)
𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗡𝗔𝗕𝗔𝗪𝗔𝗡 & 𝗣𝗔𝗚𝗔𝗟𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

Kepada seluruh warga Nabawan dan Pagalungan! Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan mereka di Pentas Akhir Sugandoi.

𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 :
Dewan Terbuka Daerah Kecil Pagalungan

𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 :
2 Mei 2026 (Sabtu)

𝗠𝗮𝘀𝗮 :
4:00 Petang

Penganjuran Sugandoi Kaamatan Nabawan & Pagalungan 2026 bakal melakar sejarah kerana julung kalinya diadakan di Daerah Kecil Pagalungan.

​Mari kita bersama-sama memeriahkan suasana sambutan Kaamatan tahun ini. Jumpa anda di sana!

𝙆𝙖𝙖𝙢𝙖𝙩𝙖𝙣: 𝘼𝙣𝙜𝙪𝙠𝙪𝙢 𝙍𝙖 𝙋𝙖𝙨𝙞𝙨𝙞𝙢𝙥𝙪𝙣𝙜𝙖𝙣 𝘼𝙣𝙜𝙞𝙡𝙖𝙪 𝙍𝙖 𝙆𝙖𝙖𝙣𝙨𝙖𝙮𝙖𝙣

𝙆𝙖𝙖𝙢𝙖𝙩𝙖𝙣: 𝙈𝙤𝙣𝙜𝙤𝙢𝙤𝙩 𝙋𝙞𝙨𝙤𝙢𝙥𝙪𝙧𝙪𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙢𝙖𝙧𝙖𝙢𝙖𝙞 𝙋𝙞𝙪𝙣𝙪𝙣𝙜𝙖𝙣

𝙆𝙖𝙖𝙢𝙖𝙩𝙖𝙣: 𝙈𝙚𝙣𝙪𝙖𝙞 𝙋𝙚𝙧𝙥𝙖𝙙𝙪𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙧𝙖𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙝𝙖𝙧𝙢𝙤𝙣𝙞𝙖𝙣

23/04/2026
Kaansayan Ramuyun,Sekitar sesi pendaftaran, penyerahan sash dan Nombor giliran Unduk Ngadau Kaamatan Nabawan dan Pagalun...
22/04/2026

Kaansayan Ramuyun,

Sekitar sesi pendaftaran, penyerahan sash dan Nombor giliran Unduk Ngadau Kaamatan Nabawan dan Pagalungan yang telah berlangsung pada 11 April 2026 dan berjalan dengan lancar serta penuh semangat.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah hadir dan mendaftar, termasuk para pengurus peserta serta ibu bapa atas sokongan dan komitmen yang diberikan.

Tidak dilupakan juga penghargaan kepada Unduk Ngadau Pagalungan 2025 Cik Velintinah Marcus kerana turut hadir bersama-sama kami. Untuk semua AJK Unduk Ngadau Nabawan dan Pagalungan 2026, pasukan fotografi dari Kupisanangan Studio, serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi ini, pihak KDCA Nabawan ingin mengucapkan ribuan terima kasih..

Paningkuanangan.

Address

Nabawan

Website

https://www.tiktok.com/@kdcanabawan?_r=1&_t=ZS-94oh6hyBVdU,

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KDCA Nabawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to KDCA Nabawan:

Share