14/05/2026
𝗠𝗔𝗞𝗠𝗔𝗟 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗗𝗨𝗞 𝗞𝗥𝗔𝗙 𝗕𝗔𝗧𝗜𝗞 𝗧𝗘𝗥𝗔𝗣 (𝗙𝗔𝗦𝗔 𝟭) 𝗗𝗜 𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗛𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 (𝗣𝗣𝗞𝗞) 𝗠𝗨𝗔𝗥, 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥
Terima kasih diucapkan kepada Kraftangan Malaysia Cawangan Johor atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk menjadi tenaga pengajar bagi aktiviti Makmal Pembangunan dan Pengeluaran Produk Kraf Batik Terap (Fasa 1) di bawah Projek Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) anjuran Kraftangan Malaysia Cawangan Johor yang telah berlangsung dari 11 hingga 14 Mei 2026 bertempat di Kompleks Penghulu Mukim Sungai Balang, Muar, Johor.
Makmal yang disertai seramai 30 orang peserta ini melibatkan penyertaan komuniti setempat sekitar Kampung Sarang Buaya dengan memberi tumpuan kepada penghasilan produk kraf batik kain pasang berukuran 2.5 meter menggunakan teknik batik terap bermotifkan lada hitam dan gambir.
Terima kasih juga diucapkan kepada Encik Mohd Rosdi bin Ibrahim, anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Johor kerana membantu serta bekerjasama sepanjang program ini berjalan.
Adalah menjadi harapan kami agar komitmen peserta PPKK ini berterusan dan mampu melahirkan lebih ramai usahawan kraf batik dari daerah Muar. Mudah-mudahan, segala usaha dan inisiatif ini mendapat keberkatan dan membuahkan hasik yang berkekalan buat komuniti setempat serta memberi impak positif dalam memperkukuh industri kraf negara.