20/07/2026
20 Julai 2026 | Majlis Makan Malam Apresiasi Jawatankuasa Kecil Gawai Dayak Bazaar & Ethnocultural Festival Peringkat Sarawak.
Majlis yang berlangsung di Imperial Hotel, Miri pada 18 Julai ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada semua jawatankuasa, badan-badan NGO serta agensi kerajaan yang telah bertungkus-lumus menjayakan Gawai Dayak Bazaar & Ethnocultural Festival.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Penguang Manggil, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.
Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa penganjuran festival tahun ini mencapai kejayaan yang amat membanggakan berdasarkan maklum balas positif daripada pelbagai pihak, di samping peningkatan jumlah jualan para peniaga serta kehadiran pengunjung yang memberangsangkan sepanjang festival berlangsung.
Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa dan komitmen dalam menjayakan acara tahunan ini. Semoga semangat kerjasama ini terus diperkukuhkan demi memartabatkan budaya Dayak serta merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi tempatan.