21/07/2018
20.07.2018 (Jumaat)
Kelab Kebudayaan, Rekreasi & Sukan Pergigian Miri telah menganjurkan satu program Pertandingan 10,000 Langkah di kalangan anggota pergigian Bahagian Miri bertempat di Miri City Fan pada 20 Julai 2018. Seramai kira-kira 90 orang anggota pergigian Miri telah mengambil bahagian dalam Pertandingan 10,000 Langkah ini. Antara lain objektif adalah untuk melahirkan anggota pergigian Miri yang mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif dalam membentuk peribadi yang sihat di kalangan anggota pergigian sekaligus dapat membantu dalam memberikan perkhidmatan pergigian yang lebih baik dan efektif kepada masyarakat setempat. Antara aktiviti yang dijalankan semasa Program Pertandingan 10,000 Langkah ini dijalankan termasuklah Sesi Zumba yang sangat bertenaga dan membakar kalori! :) yang diketuai oleh JP Gloria Ang Anna Levi, Sesi Jualan Minuman untuk Dana Kelab oleh JP Suzana Jaffar Suzana Jeff dan Sr Shamsiah Shamsiah Abu Nawas . Program Pertandingan 10,000 Langkah ini yang diketuai oleh Ketua JK Pelaksana Dr Jasper Jasper Chiu Sing Yew , dengan AJK seperti Dr Yamuna Yamuna Ponnudurai, Dr Alice Thong , Dr Ng King Hua, JP Syuriza Syurissa Ashburn, JT Jamaliah Jamaliah Masnu, Dr Intan Intan Salwina sebagai Setiausaha, telah menyaksikan Dr Amy Low Amy Low Johan bagi Kategori Wanita Terbuka, JT Kasuma Kasuma Jamaluddin Johan bagi Kategori Wanita Veteran, Trainee DSA Abg Solahhudian Johan bagi Kategori Lelaki Terbuka manakala JT Muhd Yazid BJ Abdullah Johan bagi Kategori Lelaki Veteran. Tahniah! dan Syabas! kepada semua pemenang dan juga kepada semua peserta yang terlibat kerana berjaya sehingga ke "finishing line". Anda semua adalah pemenang! :) Terutamanya buat DDO Bahagian Miri dalam menyokong dan memberikan kerjasama dalam penganjuran aktiviti seumpama ini. Terima kasih diucapkan!. Tahniah juga buat semua AJK yang telah menjayakan program ini dengan lancarnyadan sampai berjumpa lagi! :e