Combat survival/ bushcraft Malaysia

Combat survival/ bushcraft Malaysia Solo camping, survival skil, jungle life, hunting, trap,

06/01/2023

TOTURIAL MEMBUAT JERAT
https://youtu.be/ezZluJFVBio

Dalam video ini, sekali lagi saya upload satu video tentang toturial membuat/memasang/menahan jerat. Di atas permintaan daripada peminat Zexson Combat, untuk melihat bagaimana pemasangan jerat dengan lebih detil.jadi saya hormati mereka dengan upload video ini. jerat ini sesuai untuk semua jenis binatang.saiz jerat memainkan peranan penting mengikut kesesuian jenis binatang yang lalu di kawasan tersebut. jerat ini juga sesuai dipasang di semua keadaan tanah, mahupun kawasan berbukit ataupun kawasan gunung.

BAHAN-BAHAN PEMBUATAN JERAT
* 1x kayu panjang-kayu pelantik
* 2x kayu pendek- kiri/kanan laluan.
* 1x kayu kecil 2inci panjang- alat pekerja.
* 1x tali 8mm 4kaki- tali jerat.[simpul tali lasoh]
* 2x tali nylon 0.5mm- tali penahan,tali trigger
* 1x ring besi

**SEMOGA BERMANFAAT**

17/05/2022

Jerat musang-SURVIVAL
Video penuh klik link dibawah

SURVIVAL SKILL: membuat jerat tupai adalah antara di dalam pelajaran survival, kerana  sedikit sebanyak membantu kita un...
22/04/2022

SURVIVAL SKILL: membuat jerat tupai adalah antara di dalam pelajaran survival, kerana sedikit sebanyak membantu kita untuk kelangsungan hidup di dalam hutan ketika kita dalam keadaan darurat, selain itu, jerat ini juga boleh digunakan untuk mengawal haiwan perosak di kebun² ,terutama tupai dan juga tikus.

RUPANYA DEKAT LAZADA PUN BANYAK SUDAH DIJUAL!!! Antara barang yang paling wajib dibawa ketika masuk hutan, SURVIVAL KIT ...
18/04/2022

RUPANYA DEKAT LAZADA PUN BANYAK SUDAH DIJUAL!!! Antara barang yang paling wajib dibawa ketika masuk hutan, SURVIVAL KIT boleh membantu untuk menghentikan pendarahan dan juga rawatan awal dalam emergency case.

Size : 21 x 14 x 5cm / 8.27 x 5.51 x 1.97inch. Lightweight and compact, fits well in your backpack. Include 19 kinds of basic essential first aid kit emergency components. Durable and waterproof EVA bag. Suitable for travel, car, outdoors, home, etc. Camoflage design may or may not. be slightly diff...

24/02/2022

SURVIVAL SKILL- jerat langgaran, jerat ini biasa dipraktikkan di asia tenggara, seperti sabah, sarawak semenanjung malaysia dan kalimantan, ia sering digunakan kerana senang dikendali dan tidak memerlukan modal yg besar. Jerat ini sangat sesuai digunakan untuk menangkap babi hutan dan rusa. Walau bagaimana pun jerat ini mempunyai kelemahan tersendiri, antaranya ialah jerat ini mudah terlepas, ini disebabkan kebarangkalian binatang terlalu awal melanggar tali trigger sebelum kakinya masuk ke dalam lingkaran tali jerat, yg kedua, jerat ini kerap terlepas apabila ranting ranting pokok jatuh di atas tali trigger tersebut..

13/01/2022

Jerat musang&pelanduk, jerat jenis langgaran dan tekanan/hentakan yang kuat pada sasaran boleh memecahkan kepala sang pelanduk dan musang, jerat ini jarang diprakitkan di malaysia/Indonesia akan tetapi jerat ini sangat pepular digunakan di negara Thailand, nyanmar, laos dan juga vietnam. Keberkesanan jerat ini adalah 100% dan juga tidak menggunakan tali sama sekali. Jerat ini juga boleh dipasang di mana2 dan mudah dipasang. Oleh itu jerat ini sangat sesuai dipraktikan di dalam SURVIVAL SKILL kerana jerat hanya menggunakan kayu dan parang/pisau sahaja untuk membuatnya. Sama2lah kita belajar dan menimbah ilmu kemahiran survival agar suatu hari nanti kita boleh menggunakanya ketika kita dalam keadaan darurat di dalam hutan

Di hutan BORNEO, kita sering tahu, bahawa hutan gunung Borneo adalah antara salah satu hutan yang paling extrem dan sang...
12/01/2022

Di hutan BORNEO, kita sering tahu, bahawa hutan gunung Borneo adalah antara salah satu hutan yang paling extrem dan sangat mencabar di dunia. Hari ini sayaingin berkongsi sedikit ilmu mempelajari/mengenali antara tumbuhan di hutan gunung borneo yang boleh dimakan dan Membekalkan air bersih ketika kita dalam keadaan darurat ataupun tersesat, selain dari membekalkan zat, tumbuhan ini juga mempunyai kegunaan tersendiri antaranya boleh menyembuhkan selesma, melegahkan gigitan serangga, ubat terseliuh, dan sebagainya. Maklumat2 yang saya dapat ini adalah, dari orang kampung yang sering menggunakan tumbuhan ini untuk kegunaan harian mereka, dan diturunkan dari turun temurun dari nenek moyang mereka sehingga hari ini.

13/12/2021

Siapa xkenal pokok tongkat ali.. .. Ada banyak pokok di hutan yang hampir/mirip dengan pokok tongkat ali, ada beberapa ciri2 tongkat ali yg kita kena ambil tahu sebelum kita mencari/mengambil pokok tersebut... Antara ciri ciri pokok tongkat ali adalah, daun2 tumbuh berkelompok memebentuk suatu jambak besar di bahagian atas, daun berwarna hijau tua dan sedikit tebal, batang biasanya lurus dan tidak bercabang, dan kulit yang sangat pahit ketika digigit... Untuk melihat lebih detil ciri2 tongkat ali, boleh menonton video ini...

18/11/2021

Jerat ini adalah jerat binatang merayap seperti tikus, ular, biawak, landak, pelanduk, musang, burung wak-wak, burung tekukur dan sebagainya. jerat ini 100% tidak menggunakan tali . keberkesanan jerat ini adalah 90% ,akan tetapi saiz jerat berpandukan binatang yg lalu di kawasan jerat tersebut. jerat jenis ini kerap digunakan di negara Thailand, Vietnam dan juga Cambodia, akan tetapi jerat ini boleh dipraktikkkan di Malaysia dan Indonesia kerana jerat ini sangat mudah dibuat dan tidak memerlukan material yang banyak.

05/11/2021

Sekali lgi Zexson combat membuat jerat jenis pisau... Jerat ini sangat mirip dengan jerat RAMBO, akan tetapi jerat ini sangat jarang sekali dibuat kerana jerat ini sngat bahaya kepada manusia. Keberkesanan jerat ini adalah 100% membunuh mangsa yg lalu.

29/10/2021

Zexson combat- sekali lagi membuat jerat babi hutan dengan menggunakan umpan seperti sisa makan/buah serta daun2. jerat ini juga bleh digunakan untuk binatang binatang lain seperti kijang, rusa, monyet dan juga pelanduk, cuma umpan yg berbeza megikut kesesuaian makanan binatang tersebebut. jerat ini sering diguna pakai di kawasan lereng lereng hutan /di kawasan kebun yang sering dikacau oleh binatang liar. manakala keberkesanan jerat ini adalah 100% dimana binatang liar akan menghidu umpan tersebut dan ingin memakannya.

Address

Melaka

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Combat survival/ bushcraft Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share