Muzium Seni Bina Malaysia - Page Rasmi

Muzium Seni Bina Malaysia - Page Rasmi Muzium Seni Bina Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 2004.

Muzium Seni Bina Malaysia di bawah pengurusan Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Selatan adalah satu-satunya muzium yang memberikan gambaran mengenai keunikan, keistimewaan dan ketinggian mutu warisan seni bina yang terdapat di Malaysia. Objektif utamanya adalah untuk mempamerkan keunikan dan kepelbagaian warisan seni bina di Malaysia selain mengendali dan menyediakan maklumat asas mengenai sejarah s

erta perkembangan seni bina yang terdapat di negara ini. Lebih menarik lagi bangunan yang merupakan sebuah muzium ini juga merupakan sebuah bangunan warisan seni bina penjajahan Belanda sekitar tahun 1700-an.

12/06/2026

Bila muzium ‘datang’ ke sekolah… 🏫✨

​Muzium Seni Bina Malaysia berjaya bawakan Program Muzium @ Komuniti ke SK Pulai, Merlimau pada 9 Jun 2026. Melibatkan lebih 600 pelajar, program ni penuh dengan aktiviti berimpak:

🔹 Lawatan Berpandu Pameran Bergerak Jejak Seni Bina Zon Zon Selatan
🔹 Kuiz Pameran 🧠
🔹 Pemasangan Kit STEM (Tajaan Yayasan Mr D.I.Y.) 🛠️

​Kreatif dan penuh bertenaga! Jom lihat sekitar kemeriahan program itu. Sekolah korang bila lagi? 🎬






Sekolah Kebangsaan Pulai, Merlimau, Melaka

MELAKA, 10 Jun 2026 (Rabu) - Muzium Seni Bina Malaysia berjaya menghimpunkan lebih 600 pelajar SMK Dato' Abdul Rahman Ya...
10/06/2026

MELAKA, 10 Jun 2026 (Rabu) - Muzium Seni Bina Malaysia berjaya menghimpunkan lebih 600 pelajar SMK Dato' Abdul Rahman Ya'akub, Merlimau dalam Program Muzium @ Komuniti yang berlangsung hari ini. Program dijalankan secara berperingkat bagi memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman interaktif melalui Lawatan Berpandu, kuiz pameran, dan aktiviti pemasangan Kit STEM Mr D.I.Y. Turut hadir YBrs. Encik Saufi bin Mat Kahar, Pengetua SMK Dato’ Abdul Rahman Ya’akub dan Encik Fakhrul Izhar bin Ramlee, Pegawai SIC+ TVET, selaku wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.





MELAKA, 9 Jun 2026 (Selasa) – Muzium Seni Bina Malaysia telah berjaya melaksanakan Program Muzium @ Komuniti di Sekolah ...
09/06/2026

MELAKA, 9 Jun 2026 (Selasa) – Muzium Seni Bina Malaysia telah berjaya melaksanakan Program Muzium @ Komuniti di Sekolah Kebangsaan Pulai, Merlimau, yang melibatkan penyertaan lebih 600 pelajar secara berperingkat. Program yang dirasmikan oleh Pegawai SIC+ TVET Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Encik Fakhrul Izhar bin Ramlee ini, padat dengan pelbagai aktiviti pengisian berimpak termasuk Lawatan Berpandu Pameran Bergerak Rumah Tradisional Zon Selatan, kuiz pameran, serta aktiviti pemasangan Kit STEM tajaan Mr D.I.Y.





01/06/2026

𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Sembah Takzim Daripada:
Ketua Pengarah dan seluruh warga Jabatan Muzium Malaysia

Penafian: Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.

Kementerian Perpaduan Negara






Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 ​Pengarah serta seluruh warga kerja Muzium Seni Bina Malaysia ingin mengucapkan Selama...
30/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak 2026

​Pengarah serta seluruh warga kerja Muzium Seni Bina Malaysia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua umat Buddha.

​Semoga semangat perpaduan dan nilai-nilai murni sentiasa mekar dalam kalangan masyarakat kita yang berbilang budaya.





Selamat Menyambut Tadau Kaamatan & Hari Gawai! ​Pengarah dan seluruh warga kerja Muzium Seni Bina Malaysia ingin menguca...
30/05/2026

Selamat Menyambut Tadau Kaamatan & Hari Gawai!

​Pengarah dan seluruh warga kerja Muzium Seni Bina Malaysia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Tadau Kaamatan kepada seluruh masyarakat Kadazandusun, Murut, dan Rungus, serta Selamat Hari Gawai kepada masyarakat Dayak di Sarawak.

​Semoga perayaan menuai pada tahun ini membawa limpahan rezeki, keharmonian, kesihatan yang baik, dan kemakmuran yang berpanjangan buat kita semua. Bersama-sama kita terus memelihara dan menghargai kekayaan warisan budaya serta seni bina tradisi yang menjadi lambang identiti serta perpaduan negara.

​Kotobian Do Tadau Tagazo Do Kaamatan!
Gayu Guru Gerai Nyamai!





29/05/2026

IMBASAN PROGRAM MUZIUM @ KOMUNITI: POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA (PMM)

Merlimau, 22 April 2026 - Muzium Seni Bina Malaysia telah berjaya melaksanakan Program Muzium @ Komuniti yang membawakan Pameran Bergerak eksklusif bertajuk "Garis & Akar: Lensa Lim Chong Keat"

Pelbagai program pendidikan menarik telah dijalankan bagi menyokong pameran ini, antara

🔷️Lawatan Berpandu
🔷️Kuiz Interaktif Kahoot
🔷️Aktiviti Pemasangan Set STEM Mr. D.I.Y.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada seluruh warga Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, PMM atas kerjasama erat dan komitmen yang cemerlang sepanjang program ini berlangsung.





27/05/2026

Sorotan Reruai Muzium Seni Bina Malaysia! 🇲🇾✨

​Saksikan kemeriahan reruai kami bersempena Program Sambutan Minggu Perpaduan Zon Selatan 2026. Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir memeriahkan acara dan menyokong warisan seni bina negara pada 8-10 Mei 2036 lalu di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Melaka.





SELAMAT HARI RAYA AIDILADHAPengarah dan seluruh warga kerja Muzium Seni Bina Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Ray...
26/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Pengarah dan seluruh warga kerja Muzium Seni Bina Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, khususnya kepada para pengunjung setia kami. Semoga perayaan ini membawa keberkatan dan kebahagiaan kepada kita semua.

​NOTIS MAKLUMAN: PENUTUPAN OPERASI MUZIUM
​Sila ambil maklum mengenai perubahan waktu operasi muzium sempena sambutan Hari Raya Aidiladha seperti ketetapan berikut:

​Tutup: 27 Mei 2026 (Rabu)
​Dibuka Semula: 28 Mei 2026 (Khamis)

​Pihak pengurusan muzium memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Selamat bercuti dan pandu cermat ke destinasi anda!





Address

Muzium Seni Bina Malaysia, No. 1, Jalan Kota
Melaka
75000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 16:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muzium Seni Bina Malaysia - Page Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category