10/12/2025
Mugo statement
Saya terpanggil untuk mengulas isu-isu yang berlaku di dalam venue, khususnya perbuatan meraba dan bergaduh. Tindakan seperti ini jelas melanggar etika dan semangat sebenar sebuah gig. Selain itu, saya ingin menegaskan tentang larangan meminum alkohol, menghisap g***a dan merokok di dalam venue. Kita semua seharusnya menghormati house rules yang telah ditetapkan.
Sebagai komuniti, kita perlu menunjukkan sisi positif. Kehadiran wanita dan kanak-kanak di dalam venue menjadikan tanggungjawab kita lebih besar untuk menjaga kelakuan dan memastikan ruang itu selamat untuk semua. Hormatilah mereka, hormatilah tempat, dan hormatilah budaya gig yang kita sama-sama sayangi.
Make gig great again.