02/01/2025
AMPANG SUPERBOWL SINGLES CHALLENGE 2025.
Tarikh : 3 - 5 Januari 2025
Tempat : Ampang Superbowl, Mahkota Parade, Melaka
Masih ada 1 hari lagi sebelum bermula pertandingan.
Penjelasan tentang harga untuk setiap blok:
Untuk percubaan yang pertama, anda perlu membayar RM300 untuk blok tersebut (tidak kira anda bermain di blok yang mana).
Untuk percubaan yang kedua, anda perlu membayar RM275 untuk blok tersebut (tidak kira anda bermain di blok yanh mana), dan seterusnya.
Jika anda ingin bermain 2 blok, harga yang perlu dibayar adalah :
RM300 + RM275 = RM575
Harap semua pemain faham maksud perkataan ‘1st Attempt’, bermaksud blok pertama yang anda bermain, bukan block #1.
Pembayaran perlu dibuat semasa daftar diri pada hari pertandingan.
Jika masih belum buat tempahan slot, boleh tekan di pautan di bawah:
https://www.cognitoforms.com/AmpangSuperbowl1/AMPANGSUPERBOWLSINGLESCHALLENGE
Hadiah berupa sebuah kereta Proton Saga 1.3L AT untuk akan diberikan kepada peserta pertama yang mendapat 'perfect game' semasa pertandingan.